2 hari lepas saya gi klinik ada date dengan doktor.. doktor baca kan result ujian darah yang saya kena buat bulan lepas.. suspen pun ada.. dengan teliti saya mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut doktor zam aritu.. kata doktor tahap kolesterol saya ok.. alhamdulillah.. tahap gula saya pun ok.. alhamdulillah cumaaa.. aduhh.. ada cuma la pulak.. cuma tahap potassium saya jer rendah.. tak sepatutnya potassium saya ni rendah sangat.. 2.4 jer.. tahap normal 3.5.. terdiam saya kejap.. memula yang bermain difikiran.. "potassium tu apa?" satu2 soalan saya ajukan.. doktor jelaskan kat saya itu ini begitu begini dan last sekali.. "nanti makan ubat dalam sebulan, kita bagi appointment datang balik klinik buat ujian darah lagi".. haaa.. cucuk lagi??? adehhhh.. xpelah nak wat camner kan.. cucuk pun cucuklah..
Tadi saya menggoogle maklumat tentang kurangya potassium.. adalah sikit maklumat yang saya dapat.. xpelah.. nanti jumpa doktor saya tanyakan lagi sampai saya puashati..
Inilah info yang saya dapat tentang potassium.. ada berkaitan dengan buah pinggang .. klik
sini untuk penjelasan seterusnya..
Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh anda?
Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat
saraf dan otot.Satu daripada otot yang sangat penting iaitu
jantung,berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh
potassium.Selain itu potassium juga diperlukan untuk menjaga
keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH.
Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan
baik,tahap darah mestilah dijaga supaya berada diantara 3.5 dan 5.5
mEq/L.
Buah pinggang
membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang
normal.Ini kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau
rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.
Bagaimana saya boleh tahu apakah potassium saya berada pada tahap yang tinggi atau rendah?
Potassium Rendah
Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita.
Buah pinggang
yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke
dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di
dalam darah.Oleh kerana kebanyakan makanan kita mengandungi
potassium,potassium rendah (hypokalemia) jarang berlaku kepada mereka
yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat.Pengambilan makanan yang
kurang zat,muntah dan cirit-birit yang berlebihan,dan mengambil
ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya
potassium kepada anda.
Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah:
- Otot menjadi lemah
- Kekejangan
- Kebingungan
- Masalah dengan koordinasi otot
- Denyutan jantung menjadi tidak teratur
- Jantung gagal berfungsi
Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang
gagal fungsi buah pinggangnya kerana
buah pinggang
telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium.Ujian darah
akan dilakukan bagi membantu doktor untuk memastikan tahap potassium.