Wednesday, June 27, 2012
Tamat 44 Hari Berpantang
Alhamdulillah.. akhirnya hari yang dinanti pun tiba.. dah 2 hari aku melepasi hari ke-44 berpantang.. macam merdeka lepas ambik spm pulak rasanye hihi.. tapi aku masih jaga juga bab2 makan ni.. takleh yang sejuk2.. kang tak pasal2 kembung pulak perut wiwin pas menyusu nanti.. yang gatal2 pun takleh.. takut bahagian dalam badan kat tempat czers tu datang masalah pulak.. biorlah berpantang lama sikit ..
Semalam aku ada appointment kat HKL..untuk riview masalah BP ngan ubat2 yang aku makan.. alhamdulillah nampaknya doktor pun happy dengan progress kesihatan aku.. dengan itu appointment semalam merupakan appointment terakhir aku kat HKL.. aku 'discharge' dari temujanji ANC HKL.. alhamdulillah.. cuma aku masih kena ke klinik KKIA untuk pantauan BP ngan ubat aku huhu.. MGTT aku pun kira ok gak.. sebelum minum air gula 5.6, 2 jam lepas minum gula pulak 7.01 hhuhu.. kalau 7.8 kena wat bsp selalu.. leceh tu.. tapi aku kena beringat.. 7.01 boleh kira tahap border tu.. 7-8 tahun lagi kemungkinan boleh kena kencing manis kalo tak berjaga.. xmo xmo xmo..
Dan paling best semalam balik jer dari HKL, aku ngan asben sempat lagi gi shopping.. aku beli 4 pasang baju for twins, 3 helai tracksuit anak bujang dan 2 helai baju tidor anak dara tunggalku.. asben pulak sempat sambar selai jeans Camel.. n sehelai jeans Camel & Kameja kotak2 untuk anak bujangku juga.. untuk aku? hurmm.. next time lah aku beli sebab dah lewat.. kesian mak mertuaku jaga twins sorang diri.. aku ada benda yg aku aim.. tungguuuu hihi..
Friday, June 22, 2012
Terima kasih Mak..!
Dah lima hari aku kembali ke KL.. dan lima hari gaklah aku tak berkesempatan nak update blog terchenta aku ni... baru jer on laptop, dah terdengar suara tangisan salah satu babyku.. lepas nyusukan baby aku pun hilang mood dah ler nak mengarang.. macamtulah selalunya..
Tadi pun camtu gak.. tapi aku dah serahkan tugas menidurkan twin hazim kat asbenku hihi tu yang sempat nak mengupdate entry ni hah..
Hari ni merupakan hari ke-41 aku berpantang.. tinggal 3 hari jer lagi.. insyallah.. tapi oleh sebab aku melahirkan twins dengan kaedah czers, aku tetap berpantang dari makan benda2 gatal dan sejuk.. banyak dah ibu mertuaku pesan.. tu jgn makan, ni jgn makan.. kena ikut cakap org2 tua..
Bercakap pasal ibu mertua.. aku sangat bersyukur dan berterima kasih kat mak mertuaku sebab jaga aku dan cucu2nya sepanjang aku berpantang 44 hari ni.. kalau takde mak, tak taulah aku.. 2 minggu mak turun KL masa aku lepas bersalin.. lepas tu kami balik ke kampung 3 minggu.. mak jaga kami kat sana.. now mak ikut kami balik KL lagi untuk bantu aku.. apa lagi yang mampu aku ucapkan kat mak selain ucapan terima kasih atas kasih sayang yang mak ngan abah berikan pada aku sekeluarga.. "terima kasih mak".. sob sob sob..
Oklah.. nak tido dah.. takleh berjaga lama2.. nanti bp naik hihi.. aku masih dalam observation mengurangkan ubat darah tinggi.. off ubat tu off ubat ni.. mudah2an kesihatan aku kembali stabil nanti.. aku rindukan saat sihatku.. waktu ni baru ingat lagu Raihan dulu.. Demi Masa..
Selamat malam,

Saturday, June 16, 2012
Melawat Kawasan Rumahku @Baling, Kedah Part 2: Jom Kutip Telur Itik
Aku tak penah tengok itik bertelur.. rupanya ikut suka dialah yer nak bertelur kat mana.. kalau itik tu landing kat tempat ok, telurnya pun ok gak lah tapi kalo landing kat batu ke, kayu ke tu yang banyak telur yang pecah.. kalau sehari kutip 150 biji, 20biji dah tentu pecah.. kadang2 lebih.. payah jugak ek..
oklah jom tengok anak daraku kutip telur itik.. 1st time tu..
oklah jom tengok anak daraku kutip telur itik.. 1st time tu..
masa ni itik tengah bersantai..
siap bertopi bagai..
cam best jer..
lepas kutip kena masukkan dalam tong ni pulak..
macam kutip buah manggis kat atas kepala dia tu pulak..
tapi bila itik tu datang kat dia.. terus dia tegak macam tu.. hihi
amacam.. ok tak? so.. sape mau cari pengalaman kutip telur itik, bagi itik makan, bersihkan telur itik, masinkan telur itik, makan telur itik selama seminggu, boleh mohon jadi sukarelawan ok.. minum pagi dan petang disediakan ngee~
Friday, June 15, 2012
Melawat Kawasan Rumahku @Baling, Kedah Part1 : Ternak Itik
Inilah haiwan peliharaan terkini abahku ngan adik iparku kat rumah ni.. itik telur.. luas jugak kawasan itik ni.. ada 200 ekor kalau aku tak silap.. kalau dah ternak itik telur dah tentu hasilnya telur itik kan.. sehari leh dapat banyak biji ooo... kalo teringin nak makan telur itik turun gi kutip jer hihi.. caiyok!! jom jln2 lagi..
itik2 ni ngah bertelur kot..
elok jer dok setempat..
ada kolam kecik untuk itik berkubang..
inilah hasilnya..
ini pulak yang dah siap ikat.. nak hantar kat kedai orang order.. dasaat!!
bestkan dok kat kampung.. mcm2 leh ternak..
ada sapa mau order telur itik..
habaq mai kat cek naa.. :)
Labels:
khasiat telur itik,
telur itik,
tempahan telur itik
Wednesday, June 13, 2012
Kena OFF Juga Akhirnya
Aduhai.. risau sebenarnya hati ni.. ingatkan aritu lepas jumpa doktor kat klinik kesihatan baling ni nak cut-off ubat atenolol ni bila balik kl nanti.. memanglah doktor suh off terus ubat tu aritu tapi aku yang tak berani.. aku takut datang pula simptom macam aritu lagi.. so aku abaikan jerlah plan doktor tu hihi.. isnin, selasa dah berlalu.. alih2 hari ni nurse mai umah.. uikkk.. kata dah tak mai.. awat mai pulak.. adoiiii.. aku dah la makan atenolol tu.. hurmm.. nak tak nak terpaksa berterus teranglah.. so terpaksa jugaklah hari ni aku start OFF ATENOLOL.. aku tau ada orang ngah tersenyum happy baca entry aku ni.. siapa dia? biarlah rahsia..
ATENOLOL ni ubat darah tinggi.. ubat untuk kawal BP.. aduhaai.. risaunya aku nak menunggu pukul 4 petang ni.. sebab aritu aku kena kol 4.00 petang.. tapi kalau aku berjaya lalui fasa OFF atenolol ni maka ubat kawal bp aku semakin berkurangan ar..
Doakan aku berjaya melaluinya dengan tenang yer kawan2..
atenolol 100mg

Tuesday, June 12, 2012
Kemeriahan Sekitar Majlis Aqeqah Si Kembar & The Geng
Buat kenduri apa pun kat kampung, meriah die pasti lain kalo nak banding ngan kenduri yang dibuat kat KL.. betul!!!.. semangat gotong royong orang2 kampung tu yang membezakan kenduri kat KL.. aku kira bertuah dipertemukan jodoh dengan orang kampung.. (betulkan bang.. org kampung kan.. hihi.. mesti tak ngaku tu.. atau lebih tepat dijodohkan dengan orang yang mempunyai kampung halaman.. camgitu ok? hihi.) gitulah lebih kurang.. so dapatlah aku merasai suasana camgini setiap kali kenduri kendara di buat kat rumah ni.. Majlis Aqeqah cucu2 tokwan dah pastilah dibuat kat rumah ni.. belum lagi majlis berkhatan cucu tokwan, majlis korban dan majlis kahwin.. erkkk majlis kahwin lom penah wat lagi kat umah ni ler ... coming soon.. hihi (wink kat maksu farah 2x :p)..
Jomlah layan gambar2 kat bawah ni.. kalau ikutkan banyak lagi gambar yang boleh masuk sini tapi nak tunggu siap edit rasanye sebulan lagi kot baru siap.. almaklumlah.. skrg ni agak bz ngan si haziq ngan si hazim :)..

kaum2 wanita membantu potong2 bawang..
awal2 pagi lagi mereka dah sampai tau..
terima kasih lah banyak2..
tok nek pun ada gak..
ni lagi sebahagian kaum wanita yang membantu..
ni maklong ngan makngah..
orang yang awai2 lagi dah sampai..
periuk masak sup tulang.. yummy!!
kawah masak kurma daging
sodaap!!
ni periuk nasi Apollo..
wat masak nasi kukus.. pasti takde kerak hihi..
siap sedia lauk pauk..
sayang gambar lauk pauk tak disnap
makan2 time.. alhamdulillah cuaca haritu sangat baik..
tq Allah..
cucu2 tokwan..
anak menakan ngan paklong kecik ngah basuh pinggan..
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar..
dianggarkan kira2 700 orang tetamu yang hadir..
terima kasih semua..
Sunday, June 10, 2012
MAJLIS AQEQAH Untuk Mereka
Alhamdulillah Majlis Aqeqah dah pun selesai.. cuma aku lom sempat nak wat entry pasal masjlis tu... ntah nape macam malas pulak jejari jemari aku ni nak menaip.. nantilah.. kena wat jugak sebab tu untuk kenangan nanti..
Majlis ni diadakan khas buat mereka berlima.. Mereka ni semua sepupu.. Nuha, Amsyar, Marissa dan Kembar Hazim & Haziq..
Jom kita ketahui hikmah dan kebaikan melakukan Aqeqah .. bukan ape.. kadang2 kita ni selalu terlupa.. bukan tak tau.. tapi tulah.. :)

Hikmah dan kebaikan melakukan Aqeqah
- Sebagai bukti kesyukuran dan rasa gembira atas kurniaan dan anugerah daripada Allah serta diiringi dengan doa agar anak menjadi insan yang soleh.
- Menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa atau orang tua supaya sanggup berkorban dan bersusah payah demi anak-anaknya.
- Melepaskan penghalang pada bayi untuk memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka kelak.
- Melindungi anak daripada gangguan syaitan
- Dengan daging sembelihan Aqiqah, orang-orang miskin dan jiran tetangga dapat berkongsi kegembiraan atas anugerah kurniaan anak tersebut.
Wednesday, June 6, 2012
Persiapan Majlis Aqeqah Mulai Dirasai
Pagi2 lagi Maklong ngan Makngah dah mai umah nak bantu persiapan majlis aqeqah esok.. Lagipun ni majlis maklong ngan makngah jugak.. aqeqah ni untuk anak bangjai (perempuan) cucu maklong 1 bahagian, anak fahmi cucu makngah 1 bahagian, dan selebihnya bahagian cucu abah.. 1 bahagian anak bangcik dan 4 bahagian anak po (panggilan manja asben aku kat kg) hihi anak aku ler tu.. aqeqah untuk si kembar hazim & haziq.. jadinya semua 7 bahagian pada seekor lembu..
Hari ni bahang suasana kenduri dah mula terasa.. bila makcik2 aku mai berkumpul ramai2 potong2 bawang dan sediakan bahan memasak untuk esok.. tadi pun ada acara masak memasak jugak.. masak untuk makan tengahari bagi semua kaum keluarga yang datang membantu.. siap ada serawa pisang ngan bubur kacang lagi.. aku tengok jer ler yer.. :p
Khemah 2 biji dah pasang tadi.. pinggan dan alatan lain dah sampai semalam.. kerusi meja pun dah ada.. tinggal nak susun jer lagi.. Meriahnye.. Rumah ni riuh gile dengan kehadiran sepupu2 sepapat yang rata2 umur comel2 belaka.. berlari sana, berlari sini, bergumpal, menangis, ketawa, bergaduh pastu kawan balik..
Adik ipar aku yang dok kat SP pun dah sampai sekeluarga.. Adik ipar aku ayie ngan did balik esok.. sebab malam ni dorang keje.. adik ipar aku si Farah pulak, hurmm malam ni kot balik.. rasanye dia kat alorstar outstation.. sempat ke dia nak sambung wat dadih tu hihi.. kalo x sempat xyah lah farah.. cukup dah tu..

Monday, June 4, 2012
Jom Belajar Buat Dadih
Ni bukan aku yang masak.. almaklumlah dalam pantang, kena jadi pemerhati jer.. ni semua adik iparku si Farah yang buat.. Amalina pun ada datang membantu semalam.. dorang nak sediakan 400 biji dadih untuk tetamu Majlis Aqeqah nanti..
Aku tak penah buat dadih ni.. tapi tengok cara buatnya.. senang jer.. hurmm.. leh cuba nanti.. Jom sapa yang nak mencuba.. bahan2nya dan cara membuatnya ada kat bawah ni ok.. :)
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
3 liter air
1 1/2 cawan gula
1 packet serbuk dadih perisastrawberi/coklat
Cara Memasak:

- Campurkan 3 liter air dan 1 1/2 cawan gula di dalam periuk.
- Tambahkan 1 tin susu cair, masak hingga mendidih.
- Padamkan api dan masukkan serbuk dadih perlahan-lahan dan kacau hingga sebati.
- Tambah gula buah-buahan malik yang ada dalam packet serbuk dadih dan kacau lagi 2-3 minit.
- Tuangkan dalam acuan dan sejukkan..
Subscribe to:
Posts (Atom)