Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, December 1, 2011

Alahan Mengandung Gatal-gatal Badan

Aku dah lama discaj.. terima kasih kat kawan-kawan yang mendoakan kesihatan aku.. alhamdulillah aku cuma ditahan semalam saje kat wad aritu.. tapi ujian aku ketika hamil tidak berhenti setakat itu.. kali ni aku kena alahan gatal-gatal seluruh badan.. mulanya aku ingatkan gatal2 yang biasa singgah kat badan aku ni yang datang sesekali setahun.. tapi malangnya gatal-gatal tu tak hilang hilang pun..

Hari ni dah 12 hari aku berdepan dengan masalah ni.. yang peliknya pulak, gatal2 kat badan hanya timbul aktive pada belah malam sahaja.. waktu siang ada lah sebutir dua.. kadang2 xde langsung.. pernah aku bagitau Dr yang merawat aku tentang masalah ni.. dia pun macam heran jugak dengan masalah aku ni.. waktu rawatan tu siang, so payahlah aku nak tunjukkan kegatalan yang aku ceritakan pada dia.. nasib aku ada ambik gambar semalamnya tu.. aku tunjukkanlah kat Dr tu.. dia pun terkejut tengok kulit aku yang naik bengkak-bengkak.. pastu Dr bagi aku sejenis ubat.. dia kata ubat ni save untuk wanita hamil..

Sebenarnya aku agak berat nak makan ubat tu sebab risaukan kandungan aku ni.. tapi bila keadaan gatal yang tak terkawal aku memaksa diri aku untuk telan jugak pil tu.. dan dalam 10 minit kemudian aku pun terlena.. macam ubat tido pulak hihi.. tapi memang iyer pun.. aku mengantuk gile makan ubat tu.. tapi bila gatal2 tak melampau aku kuatkan semangat menahan gatal2 tu dengan menyapu Cala-my lotion yang aku beli kat farmasi.. bukan setakat tu jer.. lepas mandi tak kira waktu bila pun, pasti aku lumurkan badan aku dengan bedak Aiken.. dan terkini mak mertua aku buatkan aku ubat sapuan dari daun belimbing buluh yang dicampurkan dengan bedak sejuk.. aku belum guna lagi bedak sapuan tu.. mudah-mudahan ia dapat mengurangkan atau menghilangkan rasa gatal2 yang melanda aku saban malam.. mudah-mudahan insyallah.

7 comments:

Alia Rahmat said...

erkk .. macam takut nak pregnant .. hik3..

hopefully semua oke ye akak . baby pun sihat ;)

munna said...

alahai kesiannya atie.... dugaan buat ibu mengandung tu... take care ye

Kak Imun said...

Salam, atie. Time mengandung memang macam tu, imunisasi kita agak menurun. Tapi bila dah bersalin, semuanya back to normal...:)

fazilah Rahman said...

kenapa yew..try mkn softgel minyak dara kew.myak tu mgandong pon boleh mkan..abg ila pon kna...dia gatal time mlm dan xbekerja...mgkin sbb alahan...keturunan...hormon...drah putih...

shark said...

kesiannya kak atie..banyak sabar eh :(

Unknown said...

Ya Allah..same sebijik prob ni dgn sy..sy smpai xboleh tido malam..satu bdn naik bintat2 n gatal2..boleh x sy nk tau nama ubat tu?huhu

atieaizam said...

@Norul: nama ubat tu priton.. norul klik kat link ni.. ada gambar ubat tu..

http://atieaizam.blogspot.com/2012/02/alahan-semasa-mengandung-ubat-gatal.html

Iklan