Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, December 14, 2011

Dua Beradik Cemerlang di UTM

Entry ni khas buat kawan ku Norzuli Idayu.. Tahniah Zuli!! Tahniah kat adik Zuli jugak :) .. Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kehidupan Zuli sekeluarga.Amin.

Petikan dari UTM News:

“Kami sentiasa berlumba-lumba untuk memperoleh gred tertinggi dalam setiap peperiksaan.” Demikian kata Norzuli Idayu Muharam, 33, salah seorang penerima Anugerah Medal, Hadiah Akademik dan Hadiah Khas sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-47 dari UTMSPACE. Graduan Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di sebuah sekolah di Kuala Lumpur berkata, dia dan adiknya saling bersaing secara sihat dan positif untuk memperoleh kecemerlangan.

“Meskipun saya kakak, saya tidak berasa kekok atau segan untuk bertanya dengan adik cara menyelesaikan tugasan terutamanya hal berkaitan komputer. “Di samping itu, kami sering mengingati antara satu sama lain mengenai perkembangan terkini tentang pengajian masing-masing:’ katanya ketika ditemui semasa Majlis Penyampaian Anugerah Medal dan Anugerah UTMSPACE yang diadakan di Pulai Spring Resort, di sini, kelmarin. Pemegang purata mata gred keseluruhan (CGPA) 3.70 itu berkata, dia berazam untuk mencipta kecemerlangan tersendiri memandangkan pada masa kini telah terlalu ramai graduan berijazah namun apa membezakannya adalah pencapaian yang diperoleh. Sementara itu, adiknya Mohd Hariz Muharam, 29, berkata, meskipun mereka berdua menyambung pengajian secara separuh masa, namun itu tidak menjadi alasan untuk mencipta kecemerlangan dan kejayaan dalam pelajaran. Mohd Hariz yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganggap kejayaan yang diperoleh merupakan berkat usahanya yang berterusan di samping kerap melakukan perbincangan dengan rakan sekuliah.

“Oleh kerana saya menyambung pengajian secara separuh masa, tumpuan di dalam kelas amat penting. Saya sentiasa fokus menelaah pelajaran ketika di kuliah. Sekiranya ada yang tidak faham, saya terus bertanya kepada pensyarah mahupun rakan yang lain. “Saya dan kakak saling mengingati antara satu sama lain untuk sama-sama mengulang kaji pelajaran, kuiz dan menyiapkan tugasan masing-masing. Setiap kali peperiksaan, kami sentiasa berlumba-lumba untuk melihat keputusan siapa yang paling tinggi’ kata pemegang CGPA 3.51 ini.

http://www4.utmspace.utm.my/en/SP_News/News.aspx?newsId=161

Caiyok!!

No comments:

Iklan