Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, December 17, 2011

Hanya Borang BR1M ASLI/ORIGINAL sahaja yang akan diterima

Haaaa.. ini lah yang aku dengar cerita desas desus dari semalam.. dan akhirnya kenyataan media telah pun dibuat oleh menteri berkenaan..

Moh baca berita ni ekk..

BACHOK: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi asli.
“Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu, di sini semalam.

Seramai 56 petani menerima bantuan RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, LHDN mempunyai mekanisme mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima tulen atau sebaliknya.
Menurutnya, kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu. - Bernama

Sumber: HMetro


2 comments:

Arizakiah said...

Sebenarnya borang BR1M yang difotostat boleh digunakan dan diterima....

atie aizam said...

@Arizakiah: betul tu kak.. dorang ni wat kita kompius jerk.. mcm2 hal lah..

Iklan