Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, September 29, 2009

AidilFitri 2009 Pt.2

Hari Raya Kedua

Lepas dapat kata putus dari bondaku, aku terus maklumkan kat husben.. then sesi kemas baju pun berlangsung hehehe.. husben aku pulak banyak bantu kat kitchen site.. basuh pinggan, periuk dan kemas sikit-sikit.. tengkiu bang..

Kol 2.30 petang dari umah mak kami gerak ke arah Plaza Tol Jalan Duta.. kereta kat highway boleh tahan jugak banyaknya.. masa nak masuk 'terowong' kat Perak tu, amik masa jugaklah.. kat plaza tol kereta yang bayar kat lorong Tunai, berbaris panjang..sangat berdisiplin hehehe.. alhamdulillah dengan berbekalkan pengalaman balik kampung yang lepas-lepas kami dah reload kad TOUCH N GO kat Plaza Tol Duta tadi.. takut lama berbaris nak bayar tol macam keter2 lain tu..sian dorang..kat R&R sepanjang highway 'FULL' jer.. sebab tu kami tak berhenti langsung untuk makan.. cuma berhenti kejap kat mane ntah, aku dah lupa la pulak untuk buang2 apa yang patut.. nasib kat hentian tu tak ramai orang, takde la tunggu lama nak masuk 'toilet'.. pastu husben aku beli buah-buah potong untuk wat makan2 lam keter.. perjalanan diteruskan.. nasib la mira yang duduk n tido atas peha aku ni tak lasak sangat.. takde sakit sangat peha aku meriba dia berjam-jam tu..

Perjalanan kali ni tak macam perjalanan biasa yang kami lalui bila balik kampung.. biasanya kami ikut Grik.. tapi kali ni tak.. kami terus ke Alor Star then ke Pokok Sena umah kawan adik aku.. dia beria sangat nak pi umah kawannya tu.. bayangkanlah kol 8 malam baru kami sampai.. dari kol 2.30 petang sampai 8.00 malam.. itu pun husben aku bawak boleh la tahan lajunya 140-160 km/h, kalo tak..ish ish ish ntah kol brape sampai.. Kami dijamu nasi n lauk pauk.. alhamdulillah kenyang.. terima kasih ya tuan rumah.. meriah sungguh umah dia, bunyi mercun dam dim dum depan umah hehehe.. biasa la bila semua keluarga berkumpul.. macam ni la.. lepas sembang-sembang, kami minta diri pulang.. perjalanan diteruskan ke destinasi utama hehehe.. balik kampung la.. dalam perjalanan tu aku buat satu panggilan..

"Assalamualaikum farah..", aku bagi salam.

'waalaikumussalam.. akak.., jawab farah.

'farah wat pe tu?', soal aku lagi..

'baru nak tido', jawab farah lagi..

"farah..siapkan tempat tido akak.." aku cakap kat farah..

"akak! biar betul akak nih, akak kat maner ni?".. farah dengan nada riang macam tak pecaye jerk..

"lam keter la.. ondaway..insyallah dalam 2 jam kami sampai,siapkan yer.." aku yakinkan farah..

Memang sengaja kami nak buat surprise.. seronok dengar suara farah tadi hehehe.. mesti mak ngan abah pun hepi.. hepi ker? ahaks.. luka yang lama jangan dikenang.. huhuhuhu.. aku harap mak ngan abah hepi sama macam farah..

Alhamdulillah kami sampai umah mak (umah aku sebenarnya tu hehehe) dalam kol 1 pagi.. pas tukar2 baju kami terus zzzzzzz...lena.

Hari Raya Ketiga

Kat Kampung Baling.. Oleh kerana kepenatan aku masih ada, aku takde mood sangat nak pi beraya.. tapi aku gagahkan juga pi umah Mak Ngah.. Mak Ngah wat open house.. pastu kami terus balik umah..

Hari Raya Keempat

Jalan-jalan ke Sungai Petani & Penang.. Kami gerak dari umah mak pun dah lewat.. dah rasa macam malas jer nak pi penang.. takat sp tu okla..tapi sebab nak tunaikan hajat mak yang ikut aku sekali balik kampung ni.. aku pegi la jugak.. tapi memula kami ke sp.. beraya kat umah 'tok n tokwan teh'.. liza pun ada jugak.. dah kurus liza sekarang.. aku jer payah nak diet hehehe... kurus nak tapi diet tak nak.. pas sembang-sembang dan bertukar address blog masing.. kami gerak ke Penang.. cadangnya nak naik feri ke seberang tapi bila tengok mak aii.. beratur panjang, terpaksalah kami kensel plan tu.. ikut Jambatan Pulau Pinang jer la.. sebab dah lewat, kami tak pi jalan-jalan mane pun.. kami terus jer cari umah Mak Nah adik mak aku tu.. berpusing-pusing sesat.. umah dia dah bertukar view..maner nak jumpa hik hik hik.. pas calling calling banyak kali.. kami sampai jugak kat depan tembok pagar umah Mak Nah hehehe..alhamdulillah.. pas makan n bersembang-sembang, kami mintak diri balik.. juga ikut jambatan.. kami balik terus ke baling ikut highway Butterworth-Kulim-Grik.. sampai umah mak..cuci badan aka mandi, aku terus zzzz..

Monday, September 28, 2009

AidilFitri 2009

Baru hari ni aku berkesempatan update blog aku..tu pun dengan paler yang berdenyut2 ni tapi aku dah telan panadol active fast tadi..oklah sikit.. dalam fikiran aku ni berlambak-lambak story yang aku nak citer kat sini.. banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku sepanjang seminggu kita beraya ni..

Malam Raya

Aku masih berada kat Care4 mencari beberapa barang.. aku borong pampers untuk Mira 4 bungkus sebab harga 'offer' ..kurang RM6 dari harga biasa..banyak tu jimat..pastu aku beli kueh bangkit ngan kek chiffon orange.. apa lagi yang aku beli ek.. ader la sket2 barang lain..aku pun dah lupa hikhikhik..

Balik dari Care4 aku terus kemas-kemas umah.. masukkan kueh dalam balang kueh.. sapu sampah..letak alas meja makan.. dan yang paling last aku buat sebelum aku tido kejap dah tentulah iron baju raya anak-anak, baju raya suami ngan baju raya aku hehehe.. walaupun penat tapi aku puas sebab semua dah beres..

Hari Raya Pertama


Tugas pertama aku pagi raya ialah siapkan makan untuk husben aku sebelum dia pegi Sembahyang Raya..pastu aku bangunkan anak-anak supaya bersiap.. sementara tunggu husben aku balik dari masjid, aku pun bersiap la jugak.. tersenyum aku tengok anak-anak aku seronok berbaju melayu dan berbaju kurung.. cantik dan segak.. alhamdulillah..

Dalam kol 9.00 lebih kot, husben aku pun balik.. sebelum pegi umah mak, aku, husben dan anak-anak bersalam salaman dulu.. then kami bergambar-gambaran pulak.. aku la yang tukang amik gambar.. tapi.. macam mana nak bergambar family kalo yang amik gambarnya aku kan..tripod pun takdaq..so aku pun gunalah akai yang dianugerahkan Ilahi ni kan hehehe.. aku amik la papan iron board jadikan tempat letak camera.. dapatlah kami snap gambar sekeping dua.. kenapa sekeping dua jer? hikhikhik.. bateri camera habis huwahuwahuwa... geramnyeeeee...



Pas sesi bergambar kami cadangnya nak beraya jap kat umah makcik mamat jiran aku tu tapi memandangkan kami dah lewat ke umah mak, terpaksalah plan tu dibatalkan.. Kat umah mak, aku bersalam salaman pula ngan mak ngan ayah.. husben ngan anak-anak aku pun turut serta.. aku tak ke mana pun raya pertama ni sebab aku kene tunggu tetamu yang datang.. pagi tu ayah baru nak buat ketupat pulut feberet aku.. so sementara tu husben aku ajak gi umah "Apak".. bapak sedara belah ayah aku.. tak jauh..kat tingkat 1 jerk.. masa kat umah apak, achap datang bagitau "PakTua" ada kat umah.. so aku makan cepat-cepat pastu terus beransur balik umah mak.. pastu umah aku penuh pulak dengan sanak sedara Abang Nan.. seronok sekali sekali ramai gitu.. kat bawah ni gambar anak-anak abg sham @ PakTua bagi anak-anak aku.. wali pertama aku.




Aku tak pasti hujan turun kol brape.. time tu aku terlena jap..mmg tak sedar langsung.. aku terjaga masa aqeef sampai.. lewat petang kami balik umah.. pas mandi-mandi, aku masuk tido awai.. dalam waktu tu aku ngan husben aku berbincang pasal "macam nak balik kampung jerk" huhuhuu.. tu arr....ntah nape, aku rindu nak balik kampung..husben aku pulak dah tentu la suka.. dia soh berkemas.. tapi plan terpaksa ditunda sebab mak nak ikut then nak bincang ngan ayah dulu.. keputusan hanya dapat diputuskan dalam kol 11 pagi.. apa lagi..berkemas la.. Balik Kampung!!!oh..oh..oh balik kampung..hati ria!!!

Saturday, September 19, 2009

Hari Terakhir Ramadhan 2009

Alhamdulilah ibadah puasa tahun ni dapat dilaksanakan dengan baik berbanding dengan tahun-tahuh lepas.. terutama achap..tahun ni achap berjaya puasa hingga hari ni tanpa keluh kesah kecuali kalau tak bangun sahur hehehe.. ada la 2,3 kali terlajak tido.. tapi achap tetap puasa jugak.. syukur alhamdulillah. Semoga anak-anakku menjadi anak yang berakhlak mulia dan berjaya di dunia dan di akhirat, Amin.

Pagi ni hujan turun membasahi bumi Kuala Lumpur..sejuk..terasa sayu pulak..macam-macam tersimpul dalam hati ni.. husben aku dah keluar pegi hantar farah kat Stesen Bas Jalan Duta.. dia balik beraya ngan mak n abah.. uwaaaaa.. nak balik jugaaakk.. tapi kan.. aku masih takut-takut sebenarnya nak balik baling ni.. takut aku sedih lagi.. takut aku terasa hati lagi.. takut mak ngan abah tak selesa ngan aku.. takut abah tak layan aku.. nanti aku nangis lagi.. tapi aku nak balik.. aku nak balik kampung..tu la sebabnya kot hati aku sayu jer tengok tempat parking dah lengang, tak macam selalu penuh dengan kereta.. ramai dah balik kampung.. walaupun mak ngan ayah kat KL ni tapi hati aku seronok nak balik baling.. aku pun tak tau nape jadi macamtu.. tapi sebab pikirkan mak ngan ayah.. aku akur dengan giliran yang aku buat, walaupun giliran tu aku leh tukar kalau aku nak.. tapi.. takpe lah.. atleast aku leh gembirakan hati mak ngan ayah kalau aku beraya kat sini.. ada orang nak masakkan rendang mak.. ada orang nak teman mak sembang..ada orang nak teman mak ngumpat hahahaha.. anak mak...eh eh eh..tak tak tak.. adik-adik aku kata aku anak ayah.. hikhikhik..anak mak ngan ayah la kan kan kan..

Baru kejap ni kol 8.44am aku kol mak, tanye mak kat maner? mak kata mak kat Chowkit beli daging.. dah nak balik tapi ujan.. so aku suh mak tunggu situ.. aku call husben aku suh amik mak kat gerai.. klah..nanti aku sambung cerita aktiviti aku hari ni..taa

Saturday, September 12, 2009

Gath Ramadhan Exittarian 2009 KECOH!!!

Ntah kenapa aku malas sangat nak gi class arini.. bukan apa badan rasa tak larat semacam.. kalau aku datang period lewat ni lah jadinya.. lagi satu azabnya bila 1st day period..lenguh satu badan.. harini semua umat islam dah berpuasa 22 hari.. sama lah dengan aku..sepatutnya aku dah bercuti 3,4 ari lepas.. tapi ntah nape sampai hari ni aku masih tak cuti2..adakah aku? huwahuwahuwa.. tunggu 2,3 hari lagi..

Hari ni aku agak sebuk sikit.. kol 3 aku gi amik kueh raya, pastu aku ngan anak2 aku gi JJ Wangsamaju beli kasut Mira.. cadangnya nak cari jeans achap tapi takde saiz la.. kesian dia.. kami sampai umah dah lewat.. 15 minit agi kol 6 baru sampai umah.. mira ngan achap su bawak balik umah mak sementara aku bersiap kat umah..kami nak ke restaurant nelayan titiwangsa..

So samapi je sane aku tengok..wah ramainya manusia..macam seronok jerk..pastu aku terus ke dalam nak dapatkan table yang aku booking utk geng ittar ngan family aku ler.. aku tengok ramai yang dah beratur.. oklah..aku pun amik tempat jugak la.. 2 pompuan yang beratur depan aku dinaklumkan oleh lelaki kat meja reservation bahwasanya table FULL.. dia kata semua meja dah ada orang.. aku yang tengah beratur ni dah mula naik angin.. aku terus mencelah..

"mana boleh buat macam ni"

"saya nak jugak meja sebab ahli keluarga saya semua dah ada depan ni".. aku mula terasa bahang kepanasan dalam diri aku..

mamat tu boleh pulak kata:

"kami minta maaf, kami tahu salah kami"

kakak sorang tu kata:

"kami tak mahu tahu salah sapa, kami nak meja kami"

aku lantas ke meja hujung, minta tolong sorang kakak tu dapatkan meja aku.. kakak tadi tu pun minta tolong gak.. so staf2 tu mula berbincang2.. jam dah kol 7.03 malam..tinggal berapa minit jer lagi dah nak berbuka.. kakak yang aku minta tolong tu mula keluar dari tempat booking.. dia suh wakil2 yang dia catit nama ikut dia.. aku ngan husben bergegas ikut kakak tu termasuk 3 wakil lainnya.. dari satu penjuru ke satu penjuru kami pergi, semua penuh.. pastu kakak tadi tu kembali ke tempat booking, tiba2 dia patah balik..dia suh aku duduk kat 2 meja yg belum ada org tu.. so aku apa lagi..duduk la..mintak miza ngan family dia duduk sama.. alhamdulillah akhirnya dapat juga kami meja walaupun bukan terpaksa berebut dengan makcik lagi satu.. sementara menunggu makanan di ambil, kami berbuka dengan air mineral jer.. lama kelamaan meja aku ngan meja miza penuh dengan makanan..alhamdulillah.. mood makan kami kembali ceria hehehe.. paling best tengok nazri makan udang galah.. balun..husben aku pun sama.. tapi tu lah, arini aku letih dibuatnya..

Pengajaran untuk kali ni, bila booking mana2 tempat pastikan aku ada letak deposit.. susah kalau ada masalah macam ni.. TRAGEDI BERBUKA DI RESTAURAN NELAYAN TITIWANGSA .. harubiru..

Terima kasih pada yang hadir..seperti biasa, setelah dinilai dan diedit, maka terciptalah satu slideshow yang dinantikan..


Wednesday, September 9, 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 10

Macam mana la aku leh lupa lagi.. tahun lepas pun camni jugak..adeh..husben aku ingat ke? ishhh..aku tau dia pun lupa hehehe..kalau tak dia dah hint2 kat aku aritu.. aku lupa mayb sebab aritu busy ngan test osh kot..hurmmm..takpelah..masih dalam bulan yang sama.. sepatutnya anniversary kami pada 4 September tapi oklah kan sambut ari ni 090909 huhuhuhu... sure sambut kat umah mak..makan pas berbuka nanti..

Tadi bila aku teringat jer, terus aku sms husben aku hehehe..

"tak ingat anniversary ke?" huhuhu..

Puas aku nunggu hubby aku reply..hampir 10 minit hehehe menunggu itu menyeksakan, tu yang terasa lama tu..then handphone aku berbunyi...husben aku call.. dia kata udang galah yang dia beli pagi tadi tu sempena nak sambut anniversary la..banyaaakla..lupa jugak la tu.. so aku pun merisik2 la kan..kot kot leh order kek ke idak huhuhu.. alhamdulillah terus dapat lampu hijau.. apa agi, lepas habis cakap ngan husben, aku terus call secret recipe kat sogo tu.. aku order chocolate moist cake.. tu jer la kek yang paling sedap aku dan seluruh kuarga aku rasa..dan tak heranla kek tu jer la yg kami selalu order..kalau order kek lain sure banyak complaintnye.. so petang nanti aku kuar jap pi tukar baju yang aku beli aritu then amik kek terus.. so nanti aku tampal gambar kek tu kat sini k.. tata

Tuesday, September 8, 2009

Raya Theme 2009

Almost every year we have Raya Theme. You all pun ada kan.. Last year yellowish gold.. for this year i choose soft brownish gold... u know what..i bought the material early.. 2 months before Ramadhan.. see how excitednye aku bershopping raya hehehe.. bukan apa.. dah ada budget raya time tu, apa lagi, belasah jer la.. because of "ada rezeki lebih" i bought also for my 'mak & ayah' and for my 'mak & abah' at Baling, Kedah too.. i bought same colour & material for both daddy.. konon kasih sayang sama rata la ni hehehe...

Then semua kain-kain tu aku hantar kat "The Best Tailor in Baling".. who else? my lovely mak mertua la hehehehe.. but she is really really a good tailor.. every year raya my mother in law mmg tak menang tangan menjahit.. sometimes baju sendiri pun tak sempat jahit.. try to imagine that how busy nye mak aku yang ni.. ish ish ish.. thanks mak coz siapkan baju kami hikhikhik.. we already get the 'baju raya' 2 weeks before Syawal, bring it by "tukwan teh".. ur sewing 'super' dashat mak!!.. thank you so much ..muaaaaccchhh..love U.

Iklan