Inilah yang dikongsikan oleh blogger Ju Anns dalam blognya.. banyak info kita leh dapat darinya.. jom terus membaca..
Antara sayur yang sesuai
Ni lah rupa makanan yang dah diblend
1. Untuk puree buah-buahan, potong dadu dan masukkan dalam foil
aluminium, pastu kukus. Kemudian blend sampai halus dengan sedikit air.
Masukkan dalam bekas cube ais. Dah beku, boleh alihkan ke dalam
tupperware bagi jimatkan ruang dlm fridge
Antara puree buah yg sesuai kukus cara ni:
Epal, buah lai, kurma, strawberry, peach
2. Buah/sayur potong kecil2 dan rebus. Kemudian blend sampai halus
dengan sedikit air dari rebuasan tadi. Masukkan dalam bekas cube ais.
Dah beku, boleh alihkan ke dalam tupperware.
Yg sesuai cara ni:
Kentang, kacang peas fresh, carrot, labu, keledek, brokoli, bunga kobis putih
3. Isi ayam potong kecik2. Atau ambik beberapa keping ikan tenggiri.
Buat sup. Macam biasa, cuma guna buah pelaga dgn bawang merah je. Halia
dll tak perlu. Dah masak, cuma ambil sup dan isi ayam/ikan yang dibuang
tulang. Blend dan bekukan dalam cube ais.
**Jgn letak garam or gula sebab nama pun baby kan.
Untuk baby yang dah pandai kunyah sikit or 8 bulan ke atas:
Rebus ayam, makaroni, carrot, bawang, buah pelaga (kayu manis dan bunga
lawang bagai tak perlu). Bila makaroni dah empuk, keluarkan semua bawang
dan buah pelaga dan buang. Yang lain-lain boleh blend. Masukkan dalam
bekas cube ais. Dah beku, boleh alihkan ke dalam tupperware bagi
jimatkan ruang dalam fridge.
1 comment:
@Nooriah: Terima kasih kaknoor sudi singgah dan follow.. nanti sy jenguk akak juga ye..
Post a Comment