Astro bakal bertemu buku dengan ruasnya.
Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang rungutan mengenai
perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Kisah tak ada siaran ketika
hujan dan juga bill mahal yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sering
kali terdengar khususnya di media sosial.
Itu belum lagi diperkatakan mengenai rancangan yang sama diulang
beratus-ratus kali serta program hiburan yang adakalanya naik menyampah
tengok, tetapi masih dihidangkan kepada pengguna. Malah sejak
akhir-akhir ini, iklan komersial makin meriah walhal pengguna bukannya
bayar yuran bulanan untuk melihat iklan.
Pihak Astro pula seolah-olah bermaharajalela berbuat apa saja terhadap
pengguna demi mengaut keuntungan berjuta setiap bulan. Dimaklumkan,
Astro mencatatkan keuntungan berbilion ringgit Malaysia setiap tahun
hasil daripada lebih 3 juta pelanggan tetapnya.
Jangan dipersoalkan kenapa masyarakat masih memilih Astro jika tahu
penyedia perkhidmatan berkenaan mempunyai rekod yang mengecewakan
terhadap pelanggan dan juga siaran tv nya.., ia adalah kerana masyarakat
tiada pilihan khususnya kawasan yang tidak ada liputan siaran
televisyen. Maka sebab itulah Astro terpaksa dijadikan pilihan.
Kini dimaklumkan terdapat berita yang sangat melegakan kepada pelanggan
yang tak berpuas hati dengan Astro. Dan apabila berita ini menjadi
realiti, dijangka zaman kegemilangan 'kaut untung' Astro akan berakhir.
Jika dahulu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pilihan utama rakyat
seluruh negara, kini zaman emas itu akan kembali lagi dengan program
pendigitalan saluran rancangan stesyen penyiaran terbabit yang disahkan
sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.
Ini umpama buku dengan ruas kepada syarikat Astro kerana selepas selepas
program pendigitalan RTM, rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran
Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standart (SD) dibawah projek
Angkasapuri Media City.
Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV
Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel
Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, akan membekalkan dekoder
khas yang berharga RM200 kepada pengguna.
Malah, sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar Bukhary
juga akan memberikan dekoder percuma kepada 2 Juta penerima BR1M yang
dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus
mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.
Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun
2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke
Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan
Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini
menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan
menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta
40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.
Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan
yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro
seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata
pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma
sahaja.
Inilah yang dikatakan bahawa Astro bakal bertemu buku dengan ruasnya.
Dan tak dapat dinafikan, sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary amat
besar kepada rakyat Malaysia. Dan siapa dapat nafikan, bahawa hanya anak
melayu seperti Syed Mokhtar sahaja yang dapat meneutralkan Taikun besar
seperti Ananda Krishan
2 comments:
Salam Atie...mmg tak sabar nak tggu hari trsebut...ASTRO mmg melampau2!!
wsalam.. sama lah kita pun.. punya marahkan astro, skrg dah guna unify hypptv.. no more astro!!
Post a Comment