Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, September 26, 2014

Segmen Cuti-cuti Malaysia: Aquaria KLCC

Ni cerita cuti sekolah yang baru lepas.. bila sebut perkataan CUTI SEKOLAH je.. soalan pertama akan keluar dari mulut anak-anak aku inilah.. "mama, cuti sekolah ni kita tak pegi mana ke?" dan kebiasaannya memang kami tak pergi mana-mana pun hehe.. bagi anak-anak aku cuti sekolah dgn jalan-jalan tu ada hubungkait tapi bagi aku pula cuti sekolah ada hubungkait dengan SESAK, RAMAI ORANG, TAK SERONOK.. boleh gitu hehe.. kesian kan anak-anak aku..

Kebelakangan ni aku selalu perhati kemesraan anak-anak aku.. anak-anakpun dah besar.. macam si asyraaf dia dah pandai bergaul, minta izin keluar jalan-jalan dengan kawan sekolah.. aku sentiasa pantau bab tu.. dengan siapa dia keluar dan wajib dia patuhi tempoh berjalan dan pukul berapa dia wajib ada kat rumah.. alhamdulillah setakat ni anak sulung aku tu sangat patuh dengan arahan.. tapi aku perasan, sejak dia dibenarkan keluar dengan kawan-kawan sekolah.. dia makin cuba nak elak ikut keluarga berjalan.. itu tak bagus.. dan aku perlu lakukan sesuatu untuk kekalkan hubungan kemesraan, hubungan kekeluargaan aku.. sebab tu lah, aku plan jalan-jalan yang ni dan jalan-jalan yang lain insyaAllah..

Jom layan gambar sekeping dua ni hihi.. kenangan di Aquaria KLCC.. tapi sebelum tu nak citer sikit pasal Aquaria KLCC ni.. aku beli tiket ni dengan GROUPON .. ada diskaun.. rm10 sorang.. banyak tu.. jom view info sikit
Harga tiket dewasa rm38 .. GROUPON rm28
Harga tiket kanak2 rm28 .. GROUPON rm18
Waktu lawatan pagi sampai kol 7 malam..
Camera boleh bawa.. tapi xleh guna flash... hehe nampak ke kalau tak guna flash.. tu salah satu cara dorang nak kita ambil gambar kat sana.. PERCUMA!!!

Masuk-masuk je cameraman dah suh berdiri ambil gambar siap-siap berlatar belakangkan kain biru.. PERCUMA ok!! tapi aku ambik gak gambar dengan flash sekeping dua kat tempat2 tertentu.. Bila bawa anak-anak kecil ni, jangan harap sangat lah yang anak-anak ni akan excited tengok FISH BESAR dalam cermin tu yer.. macam aku ni hah.. aku ingat si hazim dgn haziq ni beria2 lah nanti nak tengok fish.. tapi lain jadinya.. melalak tak ingat!! takut yang amat sangat kat ikan-ikan besar tu.. adoiiiiiii!!!!! terutama si abg hazim.. sampai sudah,, sampai keluar takutnya masih ada.. kesian pulak aku tengok hihi.. so si kakak je lah yang nampak excited sikit hihi..

So sebelum keluar, nak gak cari gambar yang kitorang ambik tadi dengan abg cameraman tu.. ok.. ada kaunter kat situ.. just tunjuk resit je.. nanti abg yang dok klik2 kat komputer tu tanya.. nak yang macamni atau macamni nanti gambarnya.. tapi sebelum tu aku tanya dulu.. berapa harga kalau macamni dan macamtu.. waahhhh!! paling murah sekeping RM40 ko.. edit lebih kurang je pun.. tapi sebab untuk kenangan kan.. aku ambik je.. duit boleh cari.. kenangan nak ada bukti baru boleh cepar recall hihi.. tadi aku kata percuma kan.. ambik gambar memang percuma.. tak nak beli pun takpe.. takde paksaan hihi..

oklah.. ni ada sekeping dua utuk kenangan..


Ok.. next plan.. LEGOLAND!!

No comments:

Iklan