Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, August 14, 2014

DIET ATKINS: PERINGATAN BUATKU

Bukan mudah kita nak ubah cara makan kita.. almaklumlah.. sejak kecik dah disajikan dengan nasi.. pagi, tengahari.. makan malam mesti ada nasi.. kalau tak makan nasi sehari rasa tak lengkap.. rasa macam pedih hulu hati lah.. ahh macam-macam lah rasa.. macam aku.. ada darah tinggi dan gula paras border .. so kene pandai ejas dengan keperluan seharian aku.. kang tak pasal2 hypo.. ada yang mengamuk membebel sebab tak makan katanya.. pada hal diet atkins ni bukannya maksud kita tak makan.. cuma kita hadkan pengambilan karbo tu.. makan lah benda lain.. yang tak makan pasal apa kan..

Oleh kerana makan nasi dan benda2 lain selama ni takde sekatan.. so list kat bawah ni aku rujuk sebagai panduan dan ingatan buat aku.. jom kita semak..!!

1. Hati2 dengan makanan kat kedai..contoh
  • sate (ada gula)
  • ayam golek (ada madu)
  • sup, tomyam (gula or rempah)
  • rempah2 yg kita guna untuk memasak..pastikan  tahu jumlah carbnya..
  • serbuk cili (beli yang ori, blande sendiri)
  • RAGU2 JGN MAKAN
2. Cheat sket...rasa je..(tak boleh!)
  • tak boleh..
  • kerana ia akan membuat aku hilang ketosis
  • ketosis akan berlaku selepas gula dalam darah tiada..mengambil masa 2 hari
  • jika aku cheat sehari...bermakna aku dah cheat sebanyak 3 hari..sayangkan...sehari = 3 hari...
3. Pastikan aku cukup makan
  • badan memerlukan tenaga utk pecahkan lemak2 aku..kurang makan = metabolisma akan menurun..kalau turun pun..bukan sbb lemak yg hilang..tapi xcukup makan.
  • tidak perlu elak makanan berminyak..goreng macam biasa...jgn asyik rebus or kukus je...kerana fat diperlukan sebagai sumber tenaga utk memecahkan lemak di badan
  • Diet atkins bukan diet berlapar
4. Senaman
  • Senaman bersesuai dengan berat badan aku, bagi yg terlalu obes, atau masih obes..sentiasa bergerak sudah memadai.
  • Makan protein kena ada..jgn makan sayur sahaja semata2..berat tak turun juga.
  • Banyakkan aktivi berjalan..utk kekalkan metabolisma..
  • konsistenkan senaman..walaupun sedikit, yang penting konsisten.
  • fokus pada diet adalah paling penting, senaman ketika gemok, buat cara gemok, cukup dgn senaman yang buat anda bergerak, fokus satu2, supaya mental anda kuat. Dah hampir bmi, anda boleh buat senaman apa anda suka. Ingat ye, untuk lost weight pemakanan sangat penting.
    "Kita boleh turunkan berat badan dengan hanya menjaga pemakanan, kita boleh turunkan berat dengan menjaga pemakanan & bersenam. Tp kita tak boleh turunkan berat badan dengan hanya senaman tanpa menjaga pemakanan."
    Jangan tamak..pepatah melayu
    "Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran"
5. Air
  • fungsi air juga mengekalkan metabolisma
  • mengawal paras asid urid
  • membuang toksin dalam badan
  • minum air sekurang kurangnya 4 liter.. 1 liter utk berat 25kg.. so kiralah berapa liter korang kene minum air sehari.. jenuh!! aku kene kurang2 4 liter tu..
6. Keyakinan
  • yakin pada diri sendiri
  • jgn takut beli baju kecil or seluar kecil..anda kena yakin anda boleh memakainya satu hari nanti
  • jangan stress kalau berat tak turun, cuba ubah menu..cara pemakanan...waktu makan...selagi anda yakin boleh..pasti boleh..
7. Masyarakat
  • abaikan kata2 sidiran 
  • buktikan aku boleh berjaya
  • fikirkan diri sendiri..bukan org lain..kerana kita nak menanggung berat obes kita..bukan mereka
8. alat bantuan
  • penimbang..haa ni wajib la ada...supaya setiap penurunan buat kita lebih semangat, selain tu utk elakkan kita terkantoi..kalau berat naik, cuba ubah menu.klu berat turun..cuba kekalkan menu dan kuantiti selagi kita mampu.
  • cermin...supaya aku tak lupa diri..aku gemuk.hehhehehe...cermin diri sendiri hari2..supaya aku tak termakan pujian dan kata2 org yg mengatakan anda dah kurus atau comel...comel tu sebenarnya gemuk,hahaha
  • botol air...senang nak target berapa liter anda minum...contoh 1 hari ada wajib habiskan 3 botol 1.5Liter.
9. Nutrisi
  • makan multivitamin jika mampu
10. Gaya hidup
  • pastikan tidur yang cukup
  • sarapan diambil seawal yang boleh(waktu badan kita paling effective bekerja)
  • makan sebelum jam 8 malam..lebih kurang 4 jam sebelum tidur bagi yg bekerja shift
  • kurangkan stress

GOOD LUCK kat aku!!

No comments:

Iklan