WAJIB BACA!!
Menurut saudara Kamal Affandi Hashim,penganalisis 
jenayah,nampaknya ada perkara2 yang tidak kita ketahui dalam membuat 
polis report yang menyebabkan sesetengah report kita tidak dapat diambil
 tindakkan.
 
Dalam
 membuat report berkenaan "tertipu" dgn jual beli online, perkataan tipu 
tidak boleh digunakan kerana sebenarnya tiada elemen jenayah 
disitu. Mangsa tidak di paksa, di ugut atau di ancam keselamatan utk 
melakukan transaksi pembayaran kepada pemangsa. Ayat dalam report nak 
kena betul contohnya menggunakan perkataan "MEMPERDAYA" dan "MENDORONG".
 
Contoh
 ayat : "saya tertarik dengan iklan penjualan blablabla dan seterusnya 
menghubungi si polan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan 
barangan yang dijualnya,saya merasakan si polan telah memperdaya saya 
dan mendorong saya melakukan transaksi pembayaran sebanyak blablabla 
apabila setelah saya membuat pembayaran tersebut melalui blablabla,si 
polan telah bertindak menyekat saya dari menghubunginya baik menerusi 
laman facebook dan panggilan/sms pun tidak 
dijawap,blablablabla"....selepas ada 2 perkataan memperdaya dan 
mendorong, barulah boleh digunakan perkataan tipu, ditipu dan sebagainya.
  
 Beliau tanyakan juga pada Saudara Arifin kenapa tak boleh mention ditipu je 
terus,katanya sebab itu adalah pertuduhan yg direct sedangkan tiada 
elemen2 jenayah yang berlaku dalam transaksi yang dibuat,mangsa tidak 
diugut,tidak dipaksa,tidak diancam keselamatannya utk membuat transaksi 
terbabit,jadi takleh nak charge apa2, contoh la saya tulis saya kena 
tipu, saya masih boleh dipersoalkan sebab kaitannya dgn tiada paksaan 
tadi, namun jika perkataan memperdaya dan mendorong digunakan, itu memang 
ada clause undang2, jadi kot mana2 pun polis nak kena buat kerja/siasatan
 yang mana ianya akan dirujuk kepada Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
 
So
 yang paling penting sekarang adalah pengunaan ayat yang betul dalam 
membuat lapuran Polis,ingat keyword yang penting ya... "MEMPERDAYA" dan 
"MENDORONG"
 
Dibawah ini saya sertakan penerangan ringkas tentang Seksyen 420 Kanun Keseksaan
 
PENIPUAN ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT Seksyen 415, 416, 419, 420 Kanun Keseksaan:
 
Seksyen
 415 iaitu:Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, 
sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;
 
(a)
 secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong 
orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada 
mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan 
harta itu; atau
 
(b)
 dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang 
telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang 
dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak 
diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah 
menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh,
 minda, reputasi atau harta.
 
Jelasnya,
 penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan
 mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia 
katakan itu sebagai benar.
 
Elemen
 ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga 
memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang 
membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.
 
Jika
 tiada harta yang terserah kepada pihak yang satu lagi hukuman boleh 
dikenakan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 
maksimum PENJARA LIMA TAHUN atau denda atau kedua-dua sekali.
 
Kesalahan
 penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi 
dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan 
menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.
 
Walaupun
 orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha
 mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh
 dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu 
untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.
 
Dalam
 Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai
 orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan 
menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat 
daripada penipuan secara biasa tadi.
 
Di
 bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan hukuman bagi jenis penipuan secara 
menyamar ini adalah PENJARA tidak melebihi daripada TUJUH TAHUN atau 
denda atau kedua-duanya sekali.
 
Bagaimanapun,
 jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau 
barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku 
kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh 
dikenakan terhadap pesalah.Hukuman boleh dikenakan di bawah Seksyen 420 
Kanun Keseksaan iaitu PENJARA tidak kurang dari SATU TAHUN dan tidak 
lebih daripada 10 TAHUN dan hendaklah dikenakan SEBATAN dan juga denda.
 
Pengguna mestilah senantiasa berhati2 dalam 
menjalankan urus niaga secara online,jangan terlalu gopoh dalam membuat 
keputusan,selidiki terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara,jangan
 rambang mata dan menyesal kemudiannya,diharap maklumat ini dapat 
membantu pengguna-pengguna yang telah tertipu untuk menuntut keadilan 
dengan sebaiknya
 
 
 
No comments:
Post a Comment