Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, February 21, 2014

Peniaga Online Ditipu atau Menipu

Semakin hari aku rasakan meniaga secara online semakin mencabar dan agak merisaukan.. mana tak nya.. macam-macam hal.. peniaga menipu pelanggan, peniaga ditipu peniaga borong, pelanggan menipu peniaga pun ada tau.. yang susahnya kami si peniaga yang tak terlibat menerima tempiasnya sekali..

Jom kita tengok macamana pelanggan menipu peniaga..:

Ada banyak kes macamni.. yang ni salah satunya lah.. Pembeli guna bukti transaksi yang sama ke atas beberapa penjual online sebagai bukti bayaran barang yang ditempah.. cthnya: Zai membeli produk Harum Malam dengan peniaga A sebanyak 10 botol.. dengan bukti transaksi yang di printcreen tu juga digunakan sebagai rujukan yang menyatakan bahawa pembayaran telah dibuat ke atas produk yang sama dengan harga yang sama kepada Peniaga B.. kesibukkan dan atas rasa percaya kepada pelanggan tersebut, ada peniaga yang tidak menyemak transaksi dalam akaun bank mereka.. dan bila menyedari ada sesuatu yang tak kena barulah semakan dibuat.. selalunya dah terlambat.. kesian kat peniaga tu kan.. takpe pembeli.. kat sini ko senang lenang atas kerja tipu ko.. huhuhu..!!

Ni pula kes terkini dan diulangi oleh si PENIPU DURJANA!!

Seorang seller ditipu hidup2 oleh pemborong online TILAM TATAMI baru2 ni.. bila disiasat mamat penama dibawah ni penah menipu pada tahun 2007.. macam best jer menipu kan.. macam takde sapa nak tangkap jer kan..

Butiran kes:

Duit di bank in atas nama mamat ni..
muhammad nazirul mubin bin jailani..

Seller Q beli tilam tu dengan pemborong FB Dora Dina.. lepas duit 3k dimasukkan ke dalam akaun pemborong tersebut, seller Q ni cuba hubungi pemborong macam biasa untuk pastikan duit diterima.. tapi malangnya acc Seller Q dah di block dari masuk ke acc FB pemborong Dora Dina tersebut.. dan kemudian beberapa pemerhati perasan yang Dora Dina telah menukar nama FB nya kepada Helen Young.. seller Q tak putus asa nak dapatkan balik duitnya .. seller Q dapat contact si Helen Young ni dalam page kat bawah ni.. dan bermulalah episod tuntutan dibuat.. kalau nak tau cerita lanjut, silalah ke sana yer..


Tu belum kira kes2 lain.. ada peniaga di tipu dengan FB Jasmeenbaby sebanyak RM9k katanya.. kes masih dalam siasatan.. dah 6 bulan berlalu.. siasatan sangat slow.. kes menjadi rumit bila si pemilik FB dan pemunya akaun bank adalah orang yang berbeza.. dan mcm2 hal lah..


Yang menjadi persoalannya.. kenapa tidak ada satu badan pun yang begitu SERIUS mahu menangani atau membawa mereka ini kepengadilan.. atau mungkin peniaga2 yang teraniaya ini perlu tampil dalam BERITA TV3 atau mohon Encik Mazidul membuat pendedahan.. nanti aku cuba usulkan.. semoga mereka yang dianiaya ini mendapat pembelaan..

2 comments:

shahrilhakime said...

tapi byk yg terjadi.... pembeli yg tertipu...... kalo kes camni... deme bulih report TTPM ... tribunal tuntutan pengguna Malaysia... tapi kalo penjual yang tertipu nak report kat sape???

atieaizam said...

dorang pun boleh gak report kat tribunal.. tapi yg geramnya si penipu tu.. boleh buat lagi dan lagi.. mcm xde undang2 yang boleh tangkap dia.. sikit pun x heran..

Iklan