Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, March 8, 2014

PESAWAT MAS KE BEIJING DILAPORKAN HILANG DAN TERPUTUS HUBUNGAN DENGAN TRAFIK KAWALAN UDARA SUBANG



Paparan penerbangan sebuah laman trafik udara menyatakan pesawat MH370 mendarat jam 6.10 pagi. Menurut MAS, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pagi tadi selepas pesawat tersebut putus hubungan dengan pusat kawalan udara. – Gambar flightradar24.com, 8 Mac, 2014.


Innalillahiwainailaihirojiun...
Semoga mendapat perkhabaran yang baik2 tentang mereka..

Operasi menyelamat dilancarkan sebentar tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara pagi ini. Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini. Pesawat B777-200 tersebut berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam semalam dan dijangka mendarat pada 6.30 pagi ini.
"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu," tambahnya. Orang awam boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.  – 8 Mac, 2014.

No comments:

Iklan