Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, February 7, 2014

Cyst Boleh Mengecut Dengan Amalkan Makanan Sunnah

Ini bukan pengalaman aku tapi info yang aku dapat dari seorang blogger mengenai pengalaman beliau mengatasi masalah Cyst.. dan pengalaman ini aku kongsikan bersama adik ku amna.. yang kini mengalami masalah yang hampir sama.. dan moga pengalaman puan ini boleh digunakan untuk ramai lagi wanita di luar sana..
 

Kenapa beliau start makanan sunnah?? jom dengar  perjelasan beliau yg sgt panjang lebar...


Bila kandungan ku dah 4 bulan 1/2 baru aku dapat merasa utk sharing pengalamanku dengan kalian... Tapi jangan menyumpah @ menyampah plak?? hehehee:P.. Sharing & caring.. Benda yg baik perlu la di share bersama..

3 bulan lepas aku disahkan mengandung, aku cek sndiri jer pakai pregnant test kit, hubby aku beli kat farmasi bila tau bini dia dah lama xperiod... memang sahih positif 2 line.. Al-Hamdulillah Qari dapat adik lagi... Qari pun dah pandai berdikari dan tahu dia akan jadi abang.. Qari xmau aku dukung dah.. Good boy Qari..

Bila tau kandungan ku agak2 dah 2 bulan, terus aku buat buku merah.. kerana aku ada kes anak no.2 meninggal dalam perut, perhatian doktor2 dan nurse di klinik kesihatan ibu & anak2 (KKIK Semenyih) memang teliti.. Tak semena-mena aku dapat sticker hijau sedangkan Tekanan darah, kepekatan darah (hb) aku ok jer.. maybe aku ada bad history.. Tapi bagus juga, aku dapat perhatian lebih.. Tq semua.. Tapi xlarat la asik kena g checkup la plak... nasib bek bos aku memahami.. Al-Hamdulillah..

Ketika 1st time checkup utk kandungan aku kali ni, bila giliran jumpa Doktor... Time doktor scan, tetiba Doktor nampak dalam kandunganku ada benjolan air sebesar 5 X 5 cm berhampiran dengan ovari aku... Aku terperanjat gler... Aku cakap; "Apa tu doktor? fibroid ker? Cyst ker?".. Akhirnya doktor bersuara; "Itu bukan fibroid, itu ada lah cyst jenis cecair. Saya minta awak refer ke Hospital.. Hospital mana awak nak check? Kebiasaan cyst akan ada ketika hamil dan akan hilang dengan sendirinya.. Tapi saya nak awak pergi ke hospital yg berhampiran untuk berjumpa dengan Doktor Pakar O&G untuk tahu tahap cyst kamu bahaya atau tak".. Lorr plak, xpasal2 awal2 kandungan kena refer ke hospital plak... Tapi appointment jumpa doktor kat Hospital Kajang yg berhampiran umahku dalam sebulan akan dtg.. cuma checkup jumpa doktor yg sama di klinik ni 2 week lagi... So, aku setiap bulan, aku kena buat checkup kat Hospital Kajang berjumpa dgn pakar O&G dan juga di Klinik... banyak la mc aku kali ni.. tapi mc kerajaan xpa kot... hehehee:P

*** Padan la aku awal2 mengandung tu, jerawat banyak naik kat muka aku... boleh dikira kuar dalam 20 biji disekitar dagu aku.. Hormon aku berubah agaknya.. Pada awalnya aku ingat aku nak period, selalunya time nak peod, aku akan naik 1 @ 2 jerawat.. tapi kali ni berbeza.. banyak gilakkk.. huhuuu.. Lagi satu muka aku xboleh pakai sebarang cream @ compact powder... lepas pakai, tengokla esoknya akibatnya jerawat batu yg nek.. huhuuuu... xpala, lain budak lain hormon mamanya kan... Agaknya kali ni anak mama xmau mama pakai makeup cantik2 kot.. hehehee:P

Sebenarnya, keluarga kami tak pernah ada sejarah cyst @ fibroid.. cuma aku ada cter la masalah ku kat ibuku.. Ibu ku cakap "Jangan risau, ibu dulu pernah mengandungkan angah @ dyan, lagi la doktor cakap kembar anggur.. dah hampir kena buang anak dalam kandungan lagi".. tapi Allah maha penyayang, semua selamat.. tengok aku & adik aku ada di dunia ini.. Dengan perjelasan ibu ku, aku perlu tabah menghadapi dugaan..

Sape yg tak terkejut kalo tetiba kita ada cyst??.. terus xselera makan aku ni.. asik dok pk pasal cyst ni... sampai berat badan ku turun 2 kg.. Tapi masa kandungan ku 4 bulan baru2 ni kena minum air gula plak (MGTT).. berat naik mendadak 3 kg plak... Hati sudah happy kerana Alhamdulillah cyst aku semakin mengecut dan semangat yg diberikan oleh suami & ibuku.. itu yg terlebih berat mendadak plak.. xpasal2 kena minum air gula awal2 bulan.. hehehee.. Alhamdulillah aku normal xda apa2.. cuma aku muntah dengan banyak la minum air gula yg sangat2 manis.. xsalah aku 1 gelas bersamaan dengan 70g gula.. sampai air yg jernih tu bertukar keruh macam air barli.. ngeri kan.. huhuuu..

Sebelum ni aku ada kawan officemate yg pernah ada cyst ni sebelum dia kahwin.. sekarang dah kawen & ada anak lagi.. Rupanya cyst ni memang ada setiap wanita... Dulu masa opismate cter, aku xda la nak amik tahu sgt pasal cyst ni, bila dah terkena.. baru nak google...

Aku google2 la dalam internet tentang nak kecutkan cyst.. so , aku terbaca pasal pemakanan sunnah.. Apa kata aku cuba...

try klik blog Dr Zubaidi info berkaitan dengan cyst...  http://drzubaidi.com/blog/?p=2065

Selepas 2,3 hari aku tahu kena cyst, memang ayam aku xsentuh langsung.. orang kata cyst xboleh makan ayam, nanti cyst tu bertambah besar... tapi aku mengandung kali ni nasib baik aku xsuka makan ayam. kalo tak parah xmakan ayam terliuq aku ni.. hehehee

Suami ajak g Giant, saje nak beli keperluan susu Qari & barang2 dapur.. Keluar drp Cashier Giant, suamiku terserempak dengan Pakcik saudara suamiku yg tengah berniaga jual produk makanan2 sunnah... So, dah melekat kat kedai pakcik saudara.. Then, pakcik tu punya la suruh kami cuba makanan sunnah.. Dapat diskaun banyak lagi sebab kami anak saudara kan..

Beliau yg suruh aku & suami mencuba makan Extra Virgin Olive Oil  1sudu bersama2 dengan 1 sudu Pati Delima Hamada (lagi bagus dan pekat drpd pati delima gulsan), makan setengah jam sebelum breakfast..  (kalau x lalu makan minyak, makan jenis kapsul)

Aku amalkan makan ari2 setiap pagi.. Alhamdulillah, nampak kesannya.. Aku bertambah segar badan aku dah tak letih...

then after 2 week ketika nak 2nd checkup di KKIK Semenyih (10 week), Doktor scan lagi, ketika ni Cyst aku telah mengecut kepada 3.9 X 4.2 cm.. Ya Allah aku bersyukur cyst mengecut sedikit.. Cuma doc buat lawak kata, "Cyst kamu nampak lebih besar dengan baby kamu plak..".. Memang la risau lagi ketika tu, cyst tak hilang lagi.. walaupun mengecut sket jer, risau tetap ada... mestila cyst lagi besar, masa tu baby mana nmpk lagi, nampak kantung jer... huhuuu

Aku teruskan amalkan setiap hari makan Extra Virgin Olive Oil + Pati delima.. Bila aku lupa, suamiku la sentiasa ingatkan aku... Bila mengandung ni, memang selalu lupa jer memanjang... hehehee:P

then 2 week lagi, tiba waktunya checkup kat Hospital Kajang (12 week) untuk berjumpa Doktor Pakar O&G plak.. memang gementar.. macam2 doa aku baca dan aku amalkan... Ada doa untuk mengecilkan cyst...

Dupdapdupdap.. akhirnya namaku di panggil, Doktor ni nama siapa aku lupa plak (Grade drp Ireland).. dia scan aku dan dia kata xnampak plak cyst aku... then dia suh aku tukar ke katil sebelah yg mesin scan dia lebih canggih dan baru (ketika tu ada orang tgh scan gak)..

Kebetulan memang ada Ketua Doktor Pakar memang ada sekali check patient, tapi aku xdapat check dgn dia la.. Aku just memerhati jer dia slamber menjerit kat nurse2, "Bagi kerusi kat patient saya".. Laju terus nurse tu bertindak.. hehehee... Memang garang la, masa tu aku tgh tunggu giliran utk scan ke conputer yg canggih tu..

Tiba giliran aku utk scan lagi, berlaku kekecohan time tu, nak tau apa yg kecoh?? kekecohan semua doktor2 yg  xnampak apa2 cyst di kandunganku... Sekali Ketua Doktor Pakar yg garang tu plak terus datang check aku.. Xpasal2 dia datang scan utk aku kerana kekecohan doktor2 yg lain... kelakar pun ada ketika tu.. Ketua doktor pakar tu memang pakar gler... Dia check keseluruhan perutku... Dan memang teliti dia tekan2 perut ku untuk nampak cyst tu... Dah nama Ketua Pakar, mestila pakar sangat.. :)

Ketua doktor Pakar teliti memerhati screen computer sambil tangan dia dok tekan2 perutku untuk bagi nampak lebih jelas.. computer scan tu memang canggih, otak budak pun boleh nampak... masyaallah Teknologi sekarang.. Then Ketua Doktor pakar tu cakap; "Sape cakap kamu ada Ovary Cyst.. saya tak nampak apa2 pun.. Saya tengok kantung kamu bulat cantik jer.. Tapiii, ada simple cyst di POD (Pouch Of douglas) tapi kecik sangat saiz 2cm jer.. Nak operate 2 cm xperlu sebab kecik sangat, risiko operation lagi bahaya untuk komplikasi baby.. Nanti jumpa saya lambat lagi, dalam 2 bulan lagi kamu datang checkup, tentu cyst tu dah hilang".. Ya Allah, berita gembira yg aku dengar dan bersyukur sangat2... Hatiku berbunga riang.. Al-Hamdulillah... Lepas scan dengan Ketua Doktor Pakar tu, pergi pulak jumpa doktor dari Ireland yg cek aku awal2 tu... Aku cakapla; "Cyst dalam POD tu bahaya ker? Apa tu POD?".. then doktor tu terus lukis gambar peranakan wanita dan tunjuk kedudukan cyst dalam POD..  rupa2nya POD tu diantara rahim dengan pundi kencing.. kiranya belakang rahim... baru aku tahu... dan cyst tu xda pun dalam kandungan rahimku ku.. AL-Hamdulillah...

Rupa2nya cyst aku terjadi disebabkan ketika percantuman benih antara sperma dgn ovum, kantung telur tu xpecah dgn sepenuhnya.. kekadang dia akan melekat2 dgn ovari kita (Dipanggil Ovari Cyst).. bila dah pecah dia akan terbenam sendiri.. kes aku ni cyst aku ni dah pecah tapi tak terbenam, dia merayau2 melawat kawasan sampai plak ke POD.. agaknya macam tu la yg aku faham doktor tu cerita.. heehhehe.. macam2 kan.. itu yg susah jadi doktor.. sentiasa terdedah dan menjumpai benda2 baru..

Baru2 ni last week aku ada checkup di KKIK semenyih (16 week kandunganku)... Doktor kata tak nampak dah cyst tu.. Dia kata; "Bila nak pergi checkup Hospital plak?".. Aku bagitau sekian2 date.. Alhamdulillah Doktor kata cyst aku dah hilang.. Pastu aku bgtau yg doktor pakar cakap ada cyst kat POD.. tapi, doktor klinik ni scan betul2, dia kata tak nampak apa2.. Maybe dia dah kecut lagi kecil @ dia dah hilang dengan sendirinya.. Bersyukur dengan kekuasaanmu Ya Allah... Next checkup di Hospital Kajang pada 25hb November ni... hope cyst tu dah hilang sungguh2.. Ya Allah bantu la hambamu ini...

Baru la aku tak stress dok memikirkannya... memang bagus kita amalkan makan makanan sunnah.. dalam masa yg sama aku amalkan makan Habbatus Sauda & madu.. Habatus Sauda untuk meningkatkan imuniti ibu mengandung/berpantang serta memanaskan badan.. So, bila rasa panas hari tu aku xmakan madu.. kalo rasa ok.. aku amalkan makan madu gak... madu makan sket jer lbk kurang 1/4 sudu tu jer...

Kita hanya merancang, Allah yg menentukannya.. Jika anda semua ada cyst ketika hamil, cuba jangan stress.. Berdoa banyak2.. Dan amalkan makan makanan berkhasiat.. Dan makanan2 sunnah sebagai supplement bagi ibu hamil / berpantang.. Insyaallah cyst akan mengecut dan hilang dengan sendirinya.. Sebenarnya cyst terjadi disebakan kadar hormon wanita selalu berubah2.. Biasala, wanita sekarang semua berkejaya dan letih memanjang.. itu yg perlu ada supplement @ makanan sunnah perlu diamalkan..

Senarai di bawah saya copy n paste khasiat2 makanan2 sunnah yg saya amalkan.. Insyaallah kita hanya merancang, Allah yg menentukannya...

Cuma aku sentiasa berdoa:

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu."
"Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskan suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam". Amin (Dari buku Amalan Ketika Mengandung, Abu Afiqah)


Mari kita lihat apa yang diamalkan oleh Puan
Selain ubat2an daripada klinik (Vitamin2 & Asid Folat) dan minum susu Anmum.. beliau amalkan:
Kurma


Extra Virgin Olive Oil 1/2jam sebelum breakfast


Pati Delima ( 1 sudu 1/2 jam sebelum breakfast)
Habbatus sauda 1bji kapsul sehari

Madu  (1/4 sudu jer makan)
"
"
"
"
"
"
Jomm kita tengok khasiat2nya.. Aku copy paste jer ni tau...
Buah Tamar / Kurma
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan
Al-Mukminah ayat 19
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Khasiat Minyak Zaitun
Terdapat 3 jenis minyak zaitun:
  1. Extra Virgin Olive Oil (Aku makan yg ini)
    Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.
  2. Virgin Olive Oil
    Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.
  3. Olive Oil
    Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.

    * Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
    * Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
    * Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
    * Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
    * Antioksidan dan antikanser
    * Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang  baik (khasnya bagi kanak-kanak)
    * Membekal vitamin E
    * Kecantikan (kulit dan rambut)
    * Kestabilan asid lemak
    * Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan


    Buah Delima / Pati Delima
    INFO :-

    Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiatnya adalah :-
    • MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
      • Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
    • DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
      • Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
    • MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
      • Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
    • MERANGSANG TENAGA BATIN
      • Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
    • MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
      • Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
    • MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
      • Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".
    • MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
      • Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
    • MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
      • Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
    • DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
      • Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
    • MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
      • Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
    • MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
      • Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
    • MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
      • Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
    • MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
      • Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
    • MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
      • Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
    • DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
      • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
      • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
      • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
      • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
      • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
    • MELINDUNGI OTAK BAYI
      • Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
      • LAGI KHASIAT DELIMA :-
        • Melawan penyakit gaut
        • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
        • Merawat 'sinus'
        • Meningkatkan tenaga
        • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
        • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
        • Menormalkan fungsi hati
        • Menstabilkan peredarah darah
        • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
        • Mencuci darah kotor
      • TAHUKAH ANDA?

        Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah :
        ( Q : 55: 68 ) Maksudnya : "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta phon-pohon kurma dan delima.

        Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tig akali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil bejus segar, manis masam rasanya.

        Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang cina misalnya menyajikannya sewaktu perkahwinan kerana di anggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

        Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal kerana pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

        Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula,pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

      • PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN BUAH DELIMA :-


        1. Menegangkan payudara
        2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
        3. Mencerahkan kulit
        4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
        5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
        6. Merapat dan mencegah kanser rahim
        7. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
        8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
        9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
        10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang :)
        11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
        12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
        13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)
    Khasiat Habatus Sauda

    1. Nilai pemakanan

    Habbatus Sauda kaya dengan:
    monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
    polysaccharide 
    fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
    amino acid yang membentuk protein, karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.


    2. Sistem imunisasi
    Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

    3. Anti-histamine
    Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
    4. Anti-tumor
    Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
    5. Anti-bakteria
    Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

    6. Anti-radang (anti-inflammation)
    Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

    7. Menggalakkan pengeluaran susu (Ini yang aku nak sangat - Insyaallah)
    Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

    Hasil Kajian
    Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.
    Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan obat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para dokter di Mesir dan Cina menggunakannya untuk obat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.
    Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSaudasebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.
    Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.
    Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengobatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.
    Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai obat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

1 comment:

Rose Azadir said...

Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

Iklan