Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, May 31, 2011

Elektrik Naik RM2.23kWj

Kerajaan umumkan tarif elektrik yang baru yang berkuatkuasa ESOK 1 JUN 2011.. dalam bahasa mudahnya..

Bagi PENGGUNA DOMESTIK (rumah ler)

Siapa guna elektrik kurang RM20 sebulan = PERCUMA hingga 31 DECEMBER

Siapa guna kurang dari RM77 sebulan = TIDAK ALAMI SEBARANG KENAIKAN

Siapa guna lebih dari RM77 sebulan = Naik sehingga RM30.30

Bagi PENGGUNA KOMERSIAL

Bagi peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang guna tak lebih 200kWj sebulan= kenaikan MAKSIMUM RM4.60 sebulan

Aduhhh.. terpaksalah aku kurangkan guna aircond kat umah.. padahal guna time nak zzz jer.. sbb sebulan bil biasanya antara RM140 -RM180.. pasni mahu cecah RM200++.. gile gile!! lampu kat dapur terpaksa On sepanjang malam sebab kalau gelap penyamun suka.. xkan nak guna pelita kot..

Tapi yang komersial nih.. aku yakin lepas ni harga barang makanan kat kedai2 sure akan naik.. haritu gula naik, ada peniaga kata xpelah, untung sikit2.. tapi skrg elektrik pun naik apa cerr... yang berdaftar niaga kat kedai oklah naik RM4.60 sebulan tapi macamana dengan makcik2 yang niaga kat tepi2 jalan.. kat gerai2 kecik.. semua kerja2 memasak dibuat kat rumah.. kita tunggu jer lah harga nasi lemak terkini di pasaran lusa yer..

Nampaknya lepas ni jarang2 ler aku makan kat luar @ tapau huhu :D

Monday, May 30, 2011

Jawatan Kosong Kerajaan DIMANSUHKAN !!

Wahai kawan2 yang baru mohon SPA atau mana2 jawatan berkanun dengan ini percayalah bahawasanya Jawatan Kosong Kerajaan & Badan Berkanun DIMANSUHKAN.. x percaya? pi lah tanya kakak2, abg2, makcik or pakcik yang keje gomen.. insyallah depa boleh terangkan dengan sejelasnya perkara di atas.. huhuhu skema nye ayat hahahaha!!! masih tak percaya???!! aku tau korang mesti kecewakan.. meh baca SURAT PEKELILING Edaran Bil. 7/2011.."PEMBEKUAN PENGAMBILAN/PENGISIAN JAWATAN DAN PEMANSUHAN JAWATAN KOSONG DI SEMUA KEMENTERIAN....

klik gambar untuk lebih jelas

Tapi jangan risau.. ianya dimansuhkan sehingga 31 Ogos 2011.. so lepas tarikh tu, x taulah apa pulak yang akan berlaku huhuu.. pada sape2 yang menanti hari interbiu, jangan panik.. surat panggilan interbiu itu sah.. pergilah interbiu dengan tenang k.. so untuk lebih detail.. Klik aje di SINI..

Al-fatihah buat Blogger TDB

Hari ni aku singgah ke belog seorang teman.. dan antara n3nya yang lepas adalah berkisar tentang pemergian arwah.. Aku kenal nama tdb melalui blogwalking yang aku buat selama ni.. aku selalu tengok nick arwah ni.. dan aku tak percaya pada mulanya.. lantas aku terus ke belog arwah..

Ternyata berita itu benar.. Arwah yang nama sebenarnya Abdul Hakim Bin Mohd Kamal telah kembali KeRahmatullah pada 19 Mei 2011 bersamaan dengan 15 Jamadilakhir 1432H. Kalau korang nak ke blog arwah korang klik jer banner kat atas ni.. Aku tak tahu apa sebabnya.. Aku doakan arwah ditempatkan dalam golongan umatNya yang terpilih. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Al-fatihah.


Iklan