Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, May 18, 2012

Twins Boy Selamat Dilahirkan

Alhamdulillah.. tak henti aku memanjat kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaanNya hari ni..

Tarikh 11 Mei 2012 (Jumaat) merupakan hari yang penuh bermakna bagi diri aku dan suami..  tepat pukul 8:59 pagi, lahirnya anak kembar ku yang pertama dan 2 minit kemudian : kedengaran tangisan kembar yang kedua..  alhamdulillah.

Setelah semua urusan czers selesai, aku di bawa ke bilik khas untuk observation selama 30 minit.. alhamdulillah lepas tu aku di bawa kembali ke ward.. sungguh tak diduga.. sebaik aku dipindahkan ke katil aku, berlaku pendarahan yang banyak.. terasa seakan memancut2 darah keluar.. dlm keadaan semakin lemah tu, aku suh asben panggilkan doktor.. doktor terus check aku.. dia pun terkejut melihat aku semakin pucat.. Doktor Chong (MO) terus minta aku dikejarkan ke ICU.. kelam kabut semua doktor yang terlibat dalam operasi czers pagi tdi.. dorang dah siap sedia menanti di ICU.. waktu tu antara sedar dengan tidak, banyak tangan yang tengah menekan2 perut aku untuk menghentikan darah yang tak putus2 keluar.. dalam masa yang sama, doktor perempuan tu kata kat aku.. "kita akan cuba hentikan darah keluar.. tapi jika darah masih tak berhenti, kami terpaksa buang rahim puan untuk selamatkan nyawa puan"..

Masa tu aku tak tau nak pikir apa lagi.. kalau itu jalan yang terbaik.. aku redha.. ntah berapa lama operasi menekan perut aku berlangsung.. aku tak pasti.. aku tak sedar buat seketika hinggalah pasukan czers tu datang balik memeriksa aku.. apa yang terpancul dari mulut2 dorang adalah.. "thanks GOD!" "thanks GOD!"berulang2 kali aku dgr doktor cakap mcmtu.. seolah memberitahu aku bahawa pendarahan aku dah berhenti sepenuhnya.. ini bermakna rahimku tak perlu dibuang.. alhamdulillah..

Dan yang pasti aku dah kehilangan banyak darah.. untuk memulihkan aku, 2 pain darah ditransferkan ke dalam tubuh aku ni.. dan alhamdulillah keadaan aku semakin stabil.. tapi sehingga hari ke-4 aku masih di ICU untuk pemantauan lanjut.. 4 hari jugalah aku tak bertemu dgn baby2 aku.. sebaik mendapat kebenaran untuk discaj dari ICU dan kembali ke ward wajah aku kembali berseri2.. alhamdulillah..

Lain orang, lain pengalaman yang dirasaikan.. semoga kawan2 yang lain tabah hadapi sebarang kerumitan ketika melahirkan insan tersayang..

Inilah wajah2 kesayangan aku..


hari ke-7

Saturday, May 5, 2012

Teringin Chicken Chop + Sos Black Pepper

Hari aku sangat2lah teringin nak makan Chicken  Chop dengan Sos Black Pepper.. tapi badan aku tak berdaya nak keluar ke tempat makan tu.. nak tapau aku xmo.. aku x nak nanti Chicken Chop aku tak garing.. sedihnya.. udahnya aku suh asben pi cari Chicken Chop yang belum dimasak kat pasaraya.. sos black pepper nanti aku masak sendiri.. tapi malangnya asben tak jumpa Chicken Chop yang belum masak tu.. yang asben jumpa jejari kentang jer.. asben kata esok dia pi cari kat tempat lain pula.. sian gak kat asben usaha nak cari untuk aku.. so tadi aku buat dulu sos black peppernye.. dan untuk tidak mengecewakan aku, aku minta asben gorengkan jejari kentang tu dan cicah dengan sos black pepper.. hurmm.. sedap jugak.. ok gak camni sementara menunggu esokkan.. :)

 jom layan..

Wednesday, May 2, 2012

Hari ke-3 Admit

Ni no ni no ni no... cuak gila aku dok lam ambulance jumaat lepas.. aku pernah gak dok lam ambulance sebelum ni tapi masa tu ambulance yang aku naik tak berbunyi.. rasa cam naik van biasa jer lah.. tapi jumaat lepas aku merasa pengalaman lain.. zap zup zap zup jer ambulance tu mencelah.. x sampai 5 minit aku dah sampai kat HKL.. laju gile.. ni semua sebab BP aku lah.. naik sampai 170/120 .. tapi aku ok jer.. aku dah cakap kat doktor aku nak gi HKL ngan asben aku tapi doktor tak bagi.. dia kata.. "tak boleh.. kita dah call ambulance.. takut awak kejang nanti" bunyi cam serius jer.. tapi masa tu aku ok.. pening pun tak.. hurmm..

Sampai HKL aku terus dapat rawatan.. tak citer banyak.. terus setting aku masuk wad jer.. adoiii.. aku minta nak duduk kat bilik yang kongsi 4 orang tu tapi doktor tak bagi.. dia kata kat situ tak nampak aku.. susah nak pantau aku..alahai.. nak tak nak terpaksa ke wad aritulah.. wad 1A.. wad tu memang untuk observation pun..

Aku admit dalam pukul 6 petang.. dok tor yang bertugas malam tu Dr Yoon..

"rasa macam pernah tengok awaklah" kata doktor..

aku ngan asben senyum jer..

"iyerlah.. saya rasa memang pernah tengok awak" kata doktor lagi sambil belek2 fail aku.. pastu doktor tambah lagi..

"aritu awak duduk kat katil no.3 kan.. masuk sebab high bp kan"

kuat betul memori doktor tu.. aku sengih jer.. aku cakap kat doktor, betullah tu.. aku penah masuk sini 2 minggu lepas hihi.. suka dia bila tekaan dia tepat..

aku suka doktor tu punye keje.. cucuk jarum pun tak rasa sakit.. tangan doktor tu lembut sangat.. sejuk jer.. lepas tu sister pulak.. sister yang bertugas malam tu pun sama..

" u pernah masuk sini kan" .. sister meneka..

"yer sister".. aku terus iyerkan aje..

" tu lah.. i macam penah tengok u" kata sister tu sambil senyum..

ngeh ngeh ngeh.. begitulah keadaannya bila kita selalu kuar masuk wad hihi.. awal2 dulu situasi ni berlaku kat wad O&G wad 15.. kali ni kat wad bersalin pulak.. 


Iklan