Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, August 16, 2008

umah Tok wan

Waktu ni aku dah ada kat Baling, rumah ibu mertuaku.. kami sekeluarga balik ngan Pakngah achap semalam.. akhirnya aku hantar juga mira kat kampung walaupun ianya cukup menghibakan hatiku.. perasaan aku bercampur baur...ada sedih, hiba, sayu dan gembira.. sedih bila ingatkan yang aku akan tinggalkan mira kat umah mertua aku, hiba bila nanti aku tak nampak wajah mira setiap kali aku balik kerja..sayu bila aku teringatkan dia..sayu bila aku bayangkan yang dalam waktu2 tertentu dia akan mencari aku.. waktu ni air mata aku pun tak boleh nak dibendung, inikan esok lusa.. dan yang pastinya ada sedikit perasaan gembira sebab aku tahu mira akan menjalani kehidupan seharian yang selesa..tak perlu berpanas dalam kereta, tak perlu ikut abahnya ke ofis n bangun awal2 setiap pagi n tak perlu lagi tidur dalam kereta or dalam opis.. itu yang membuatkan aku kuat untuk merelakan mira berada di kampung sehingga hujung tahun ni... dan insyaAllah, aku akan ambil balik mira bila aku dah ada pengasuh dia nanti.. n abang achap pulak, sehingga tamat cuti sekolah minggu depan, dia akan berada kat umah tokwan dia..temankan mira.. biarkan mira biasa dengan ketiadaan aku..jauh di sudut hati aku, aku tahu yang anak-anak aku ni mengerti kesusahan yang aku alami..

Mira,

"Mama akan jemput adik nanti.. adik jangan lupakan mama tau..nanti bila mama cuti, mama balik jenguk adik k.. adik jangan nakal2 tau..dengar cakap Tok & Tok Wan.. jangan lupa mama yer sayang.."

Hari ni hari ulangtahun kelahiran husben aku..

Abang,

Hepi besday! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..dan semoga terus kuat bekerja untuk kita sekeluarga..LOVE U forever..
daripada; isterimu

Sunday, August 10, 2008

BeRSyUKuR

Rutin harian aku semakin padat sejak aku keje nih.. mana tak nye, seawal kul 6.30 pagi aku bangun siapkan achap ke sekolah agama.. tapi kadang-kadang aku tido kejap balik semula dalam kul 8.oo pagi tu.. kul 9.00 pagi aku bersiap-siap nak pi keje.. hari-hari husben aku hantar & jemput aku balik.. mira pun sekali..kesian aku kat mira sebab aku masih tak dapat lagi pengasuh untuk mira..terpaksa dia ikut kami ke tempat kerja.. kadang-kadang berat hati aku ni nak pi kerja mengenangkan anak2 aku yang tak teratur ni.. kadang-kadang mira terpaksa ikut abah dia pi tempat customer sebab abah dia dah tak boleh nak tangguhkan keje2 baik pulih computer kat tempat customer.. alhamdulillah customer husben aku paham n dorang pulak yang bantu jaga mira sementara husben aku siapkan keje dia.. tapi aku ibu dia yang tak sanggup tengok anak aku macam tu.. kehulu hilir ikut abah dia.. aku tau anak aku sure penat.. Aku bersyukur sangat sebab dianugerahkah seorang anak yang memahami kepayahan ibu bapanya.. mira ni seorang budak yang sangat mengerti.. tak pernah sekali pun dia buat hal time ikut abah dia.. asalkan perut dia kenyang n cukup tido. Achap pun sama.. sekarang ni dia balik dari sekolah agama terus pi umah opah dia.. kadang2 takde orang tapi aku bagi kunci kat dia tapi selalunya ada atuk ngan paklong dia kat umah..so taklah aku risau sangat... time nak pi sekolah kebangsaan, dia siapkan diri dia sendiri..kul 11.30 pagi dia mesti mandi..then bersiap..kul 12.00 thari dah standby tunggu pakcik ijan.. alhamdulillah dia tak mengeluh...

Abah dah mula tanye bila nak hantar mira balik kampung..aku tau abah nak bantu kami sebab kesiankan mira di usung ke sane ke mari tapi sebagai ibu aku memang tak mampu nak hantar dia.. tak sanggup nak berjauhan dengan mira..waktu ni pun air mata aku dah bergenang bila bayangkan bila aku balik dari keje, mira takde..tak dengar suara mira..aku tak sanggup..aku tetap akan cari pengasuh untuk mira..kalau sampai 16hb ni masih tak dapat juga..aku terpaksa akur dengan keputusan untuk menghantar mira ke kampung.. demi keselesaan anak aku.. tapi aku masih ada masa.. insyaAllah.

Tuesday, July 29, 2008

Tragedi Julai08

Baru beberapa hari aku tak online tapi aku rasa macam dah lama jerk.. ni mayb sebab aku sibuk sangat ngan keje kot.. balik dari tempat keje sibuk pulak ngan keje-keje rumah & anak2.. mayb dah lama sikit sibuk aku kat opis aku tu berkurangan agaknya..mudah-mudahan.. Semalam aku tak sihat, mayb sebab nasi lemak yang aku beli pagi semalam tak dimasak dengan betul.. sampai muntah-muntah aku dibuatnya.. dan paling teruk aku hampir gelap mata..masa tu aku kat sink seramik basuh tangan tu.. ngan sink2 tu jatuh..berderai!!!! dalam aku tahan muntah ngan pening tu terkejut gak aku bila tengok sink dah bertaburan.. arghhh..lantaklahhh.. tapi jauh di sudut hati aku "mampus lah aku!!" hehehe.. kecut gak..menjahanamkan harta majikan.. kakak cleaner papah aku masuk bilik dia..rehat. Boss aku pun datang jenguk..dia suh call husben aku.. dia risaukan aku katanya.. sink tu dia tak kisah.. "fuh..lega aku!!" huhuhuhu.. aku baring dalam sejam then aku bangun sambung wat keje tapi kepala aku masih pening2 lalat.. tapi hari ni aku balik awal sket dari biasa.. husben aku datang jemput.

Iklan