Thursday, January 15, 2015
Bas Terbakar 7 Rentung 22 Cedera dalam perjalanan ke Genting Highlands
Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.
Katanya, pemandu kereta jenis Charade itu dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya.
Mangsa yang maut dikenali sebagai:
1. Lim Soo Lan, 59 (P)
2.Tan Ah Ba, 65 (L)
3. Tan Chan Hing, 49 (L)
4. Aw Ah Poh, 56 (P)
5. Tan Ah Baa, 64 (L)
6. Ong Ah Yook, 58 (P)
7. Sin Ah Guat, 54 (P)
8. Pemandu bas persiaran..M Jayaganasagaran, 40 berasal dari Parit Buntar, Perak meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Harap keluarga mereka tabah.
Sumber: Bharian Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
semoga mereka tabah..
Post a Comment