Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, January 30, 2015

SUSU DUGRO & DUTCH LADY 123/456 MURAH

Siapa rajin bersesak hari ni dan esok huhuhu... boleh la cepat2 plan ke SOGO.. SOGO ada buat Chinese New Year Members Day 30 & 31 Jan 2015 .. brg2 offer boleh tahan gak la murah sikit..  aku tertarik nak dapatkan susu Dutch Lady 123 tu je untuk si kembar.. dapat 10 bungkus pun jadilah kan kan hihi..




Tuesday, January 27, 2015

Air Asia Bikin Hati Ini Tak Keruan

Bila sebut kapal terbang.. rasa seram sejuk dah.. cuak, risau semua ada.. bercampur baur.. bukan tak percaya pada Qada dan Qadar tapi semula jadi nak risau.. Air Asia pulak tu.. adik tanya.. kalau MAS tak risau ek hihi.. eee.. risau gaaaaak..

Baru jap tadi msg asben.. dia kata baru nak fly.. uwaaa.. risaunya hati ni.. ingatkan dah sampai..

Ya Allah Kau lindungilah suami ku, dah perihalalah perjalanannya.. semoga selamat tiba di Miri dan seterusnya ke Brunei.. Amin.


Nasib ada adik kat sini.. takdelah boring sangat.. :)

Note: Alhamdulillah asben dah selamat sampai Miri.. dan dah masuk Brunei Darussalam.. semoga segala urusannya dipermudahkan. Amin

Monday, January 26, 2015

Lepas Bangkok ke Brunei Pulak

Bz bz bz.. baru je seminggu balik dari Bangkok dah nak ke Brunei..
Ni baru 1st time asben aku obersea cam gini.. huhu nak ikut..

Ingatkan dia main2.. bila tunjuk tiket flight baru lah aku caye..



 Uwaaaaaaa....  tak penah kene tinggal jauh2.. camni la gayanye.. sob sob sob.. nanti dah biasa kene tinggal ok la kot.. huhu..

Sunday, January 25, 2015

Dim Sum Halal kat China Treasures Sime Darby Convention Center KL

Hari yang ditunggu dah tiba.. hari ni aku nak jumpa adik2 Ittarian Lin ngan Fozol.. Lin dah set nak makan dim sum kat Sime Darby Convention Centre.. kol 11 pagi dorang dah datang ambik aku.. sampai sana.. ada sikit drama berlaku.. hehe.. meja FULL.. FULL ko!! lin dah serba salah.. Lin explain kat budak kaunter tu yang dia ada call tanya,.. dorang kata takyah booking.. just datang je.. tapi lain pulak jadinya.. bukan group aku je.. ada satu lagi group pun alami masalah yang sama.. tapi kami cakap yang kami nak tunggu kejap.. mana tau kot2 ada yang cancell ke kan.. alhamdulillah ada rezeki kami nak menikmati dim sum hari tu.. ada meja yg cancell.. so apa lagi.. makan je la..

 Menunggu.. masa ni la kami tunggu kot2 ada org cancell ke kan..

Menunggu lagi.. time ni fozol dah thick2 form order.. so menunggu makanan sampai je
 Hidangan pertama yang sampai.. cam sedap kan..

ni hidangan kedua.. 
dalam kami bz menikmati Dimsum ni.. datang lagi dan lagi yang kami order..
tadaaaaa...
Udahnya penuh meja..

Tengah rancak menikmati Dim Sum 

Anak2 Lin.. hihi x reti nak makan.. 
tapi balun je yg mana dorang rasa sedap..

Banyakkan... tapi habis korang tau tak.. macam tak caye je..
sampai tak lalu dah nak telan yang tinggal seketul dua tu.... 
baru berbaloi makan buffet kan kan hihi..

Apa2 pun ini lah pengalaman.. alhamdulillah.. pengalaman yang manis..
Tq lin, fozol, mya dan anak2 lin.. merialisasikan keteringinan nak kenal dan makan Dimsum..
Terbaekkkk!!

So, kalau ada yang mencari dim sum Halal, China Treasures would be the good places.. dan jangan lupa buat reservation tau.. nanti jadi macam kes kami.. tapi atleast kami dapat gak makan.. yang group satu lagi tu terpaksa balik atau cari makan kat tempat lain la nampaknya..

Tempat: Sime Darby Convention Centre
Dim Sum buffet hours: 11.30 am to 2.30 pm
Price: Adult RM59++ , RM29++ for child
So, if you're salivating for some good halal dim sum, China Treasures would be a good bet. Just don't forget that reservation! China Treasures Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur 1A, Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur T: +603 2089 3788 E: chinatreasures.sdcc@simedarby.com W: http://www.simedarbyconvention.com/ Dim Sum buffet hours: 1130am - 230pm (come early and stuff yourself silly!) Price: RM50++ for adult, RM27++ for child

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
So, if you're salivating for some good halal dim sum, China Treasures would be a good bet. Just don't forget that reservation! China Treasures Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur 1A, Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur T: +603 2089 3788 E: chinatreasures.sdcc@simedarby.com W: http://www.simedarbyconvention.com/ Dim Sum buffet hours: 1130am - 230pm (come early and stuff yourself silly!) Price: RM50++ for adult, RM27++ for child

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win


Saturday, January 24, 2015

Zamani Jadi Begitu Kerana Siti Nurhaliza?

Saari dalam entri di Facebook menulis "Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu."

Tindakan komposer terkenal pada era 90an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Berikutan tindakan Saari itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat. Saari dalam entri di Facebook menulis "Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu."

Siti yang juga penyanyi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10! bersama Cakra Khan kala dihubungi BH Online memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Ikuti penjelasan ringkas beliau..

"Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain," katanya.


Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu.

Dulu Siti bercinta dengan Zamani ke.. tak tau pun hihi.. Barang yang lepas jangan dikenang.. kalau dikenang merana badan.. tengok.. mmg merana pun..


Lagu Lahir Mu Untuk Dia

Lagu ciptaan Saari Amri yang dikatakan dicipta buat Zamani dan ada kene dengan kisah Zamani dan kehidupan Zamani.. kita tunggu lagu tersebut keluar ye.. Lahir Mu Untuk Dia dinyanyikan oleh Aris Ariwatan..


LAHIR MU UNTUK DIA.

Waktu dan saat ini.aku masih lagi dibayangi memori
Biarpun dah bermacam cuba ku padam kan namun datang dan datang
Tak semestinya jadi kenyataan apa yg di rancang
Dan baru aku tahu kini
cinta kita hanya mainan lena
bertahun semai setia bohong belaka
Tak mengapa lah ku terima semua
walau hati ku terkilan
sudah tertulis barangkali.kau lahir untuk dia......

Friday, January 23, 2015

Video Zamani Slam Dalam Tahanan Di Suruh Menyanyi

Sekarang tengah hot viral Zamani Slam kene tahan sebab dadah.. yang menjadi pokok utama viral tu bukanlah sebab ambik dadah.. tapi sebab orang ramai marahkan polis sebab share video Zamani disuruh menyanyi semasa dalam tahanan.. kot ye lah korang suka sangat suara Zamani ni.. janganlah dishare2.. buat layan sorang2 sudah la.. ni satu Malaysia tengok..



Zamani ni kekurangan kasih sayang.. jiwa dia sangat-sangat kosong.. sejak ibu dia meninggal dunia dia seakan hilang arah hidup.. dia tak ada kekuatan untuk berdiri.. jiran-jiran banyak nasihatkan dia.. tapi tanpa bantuan yang tersayang 'benda' tu susah nak hilang.. itulah yang aku tahu serba sedikit tentang Zamani ni dari jiran dia kat Jalan Enggang tu.. aku rasa ada hikmah juga berlaku macam ni.. semoga dia tahu yang 1 Malaysia sayangkan dia.. mahu dia berubah.. bangunlah Zamani.. berubah la.. kami semua sayangkan awak!!

Mode: touching!!

Thursday, January 22, 2015

BOTOL SUSU TOMMEE TIPPEE MURAH

Hari ni nak share dengan kawan-kawan antara produk yang sy jual.. mana lah tau, kot2 ada yang mencari kan.. Kalau ada kawan2 yang nak dapatkan botol Tommee Tippee ni, jangan segan-segan hubungi sy yer..boleh watsap atau sms kat nombor yang tertera kat gambar botol tu ye.. tq tq..

Nak cuci mata kat kedai online sy pun boleh.. jemputlah singgah.. :D
Page: Faarysa Little Kids Store
SOLD OUT 


SOLD OUT 

SOLD OUT 


Wednesday, January 21, 2015

Jom kenali SNatur HD

Obesity occurs when your body gets excess calories, more than it can burn in one day.

“Eating more or exercising less” or both ways, are the crucial causes of non-used fat accumulation around the body.

How to eat with no obesity

Consider the amount of food suitable for the body’s natural needs each day so that there is a balancing and complete burning down of calories, is the best way to diet. Women wanting to lose weight should control calories from food in the range of 1,500 calories/day, and the numbers of calories should not be lower than this level in order to keep the body’s system functioning normally over the long term. Importantly, the food consumed each day should contain all the nutrients necessary for the body to operate at its optimum level. For recommended dishes, the food should not contain high numbers of calories, in particular, evening meals should be limited to maximum of 200-300 Kcal.

The 4 principles for losing weight sustainably

Breakfast should not be omitted because it’s so important to give calories to the body, enabling the metabolic system to function normally all day; plus, one should eat one’s next meal on time and it’s important not to skip lunch so that you don’t feel too hungry when it’s time for the evening meal.

Avoid sweet things or beverages with large amounts of sugar. If you want something sweet, you should eat fresh fruit which equal amount to 1 apple.

Reduce carbohydrate in the evening time and eat more vegetables and protein foods such as meat, beans, milk, eggs etc.

Stop eating food at least 4 hours before sleeping, it’s recommended that you only drink water before bedtime and you should avoid eating an evening meal after 8.00pm.

4 steps

to be slim with beautiful skin resulting*

If you are looking for how to lose weight easily but good resulting. The new innovative of food supplement will help you to change your fatty shape becomes slim shape by 4B phenomenal


4 steps to succeed in entirely controlling weight: Brake & Block, Burn, Boost up, Beauty 


 Break & Block
Reduce excess calories absorbed from sugar and carbohydrate that slowing down sugar absorbed into the blood stream so that you can suppress the creation of new fat

BURN
Speed up the burning of excess fat accumulated in your body to help create a slender shape

BOOST UP
Restore and support the body’s natural working system effectively, adapting your health to your new weight so that you can prevent any occurrence of a yo-yo effect.

BEAUTY
All nutrients are useful for the body and skin, giving energy to body so that you aren’t exhausted even losing weight.

The new innovation of food supplement which change your fatty shape becomes slim shape with beautiful skin resulting




Active ingredients:

White kidney bean extract 100 mg.
Garcinia Extract 100 mg.
Marine Collagen Powder 100 mg.
Gelatine 94.08 mg.
Soy Protein Isolate 40 mg.
Spirulina Algae 40 mg.
Safflower powder 40 mg.
L-Carnitine L-Tartrate 24 mg.
Emblica extract 20 mg.
Pine Bark Extract 20 mg.
Green Tea Extract 20 mg.
Titanium dioxide 1.92 mg.

Direction : Take 1 capsule, before breakfast meal

Packaging size : 300 capsules / Box

#Malasnaktranslate.. hihi

Start Ber Happy Diet HD

Yesss.. akhirnya aku memerlukan supplement untuk memecahkan lemak-lemak dalam badan aku ni.. sejak 4 bulan ke belakang ni, lemak-lemak tepu dalam badan aku sangat-sangat degil untuk dikeluarkan.. Oktober 2014 berat badan aku.. 88.4kg.. sampai bulan ni, Jan 2015.. dah 4 bulan kot.. berat badan aku 87.9kg.. alahaiiii.. up n down n up n down.. arggghhhhhh.. stresss nye rasa hati setiap kali aku buat timbangan..

So kenapa HD Happy Diet ni jadi pilihan aku? ntah la.. tetiba je teringin nak cuba HD ni.. mana tau dalam sebulan akan turun 5-6kg ke kan kan.. takyah la nak dreaming jauh2.. cukup la klau turun dlm 5kg sebulan.. semoga angan ku ini tak musnah.. hehe.. kita tungguuuuu 18 Feb 2015 nanti.. jeng jeng jeng..

Nanti aku buat karangan tetang HD supplement ni ye.. apa yang penting ianya Halal..



Tuesday, January 20, 2015

Yang Di Tunggu Dah Sampai

Alhamdulillah.. asbenku dah selamat sampai rumah dalam kol 3 pagi tadi.. ceria nye muka.. almaklum la.. gi jln2 dgn kawan2.. gi bangkok pulak tu.. jangan melencong sudah ye bang hihi.. asben kata.. walaupun travel masa yang panjang tapi seronok sebab ramai.. bas pulak tu bas VVIP.. ada set karoake bagai.. pastu berhenti2 kat RnR sana yang fasiliti nye jauh jauh lagi bagus dari tempat kita.. wahhh.. macam best jer.. xpe xpe.. kasi can..






Jom kita selongkar ole2 dari sane.. asben xde la beli apa sgt.. kacang2 yang anak2 suka ngan seaweed je.. pastu dengan barang yang aku pesan.. huhu..

 ni untuk aku.. huhu.. tq dear



yang ni pulak utk anak2.. seaweed kat dapur.. malas nak gi ambik hihi


 2 brg ni untuk asben ku hihi.. ubat apa tu ye.. adoiii :p

oklah.. nanti aku cerita pasal barang yang aku pesan tu ek... nak siap2 kan baju anak2 nak sekolah nanti.. jumpa lagi..


Monday, January 19, 2015

25 jam KL-Bangkok Dengan Bas






Ini citer asben ku.. ketika ni masih dalam perut bas tu.. travel dari Bangkok ke Hatyai.. balik dari ekspo kat sana.. 12jam tu.. belum lagi perjalanan dari Hatyai - KL .. pengsannnn.. aku sendiri tak sangka yang Hatyai - Bangkok sejauh tu.. lebih dari Perlis-Johor.. fuhhh melecur pungkok duduk lama2.. tapi xpe.. bas best katanye.. xpe2.. kasi can.. lepas ni aku lak nak travel seminggu huhu.. tapi nak gi mana? hahahaha.. ishh.. hajat hati nak ke Sabah.. harap tahun ni tercapai.. huhu..

Sunday, January 18, 2015

Caliph Buskers Persembahan Terbaik AJL29

Siapa tengok AJL29 tadi mesti teruja dengan persembahan MOJO bersama Caliph Buskers kan.. memang layak dorang menang Anugerah Persembahan Terbaik.. Satu kolaborasi yang cukup hebat!! Tahniah kat Edry jugak sebab buat pemilihan yang sangat tepat untuk bawa lagu Romancinta..


Jom layan..



Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29)

Tekaan ku nampaknya kurang tepat.. hihi.. Jom semak keputusan AJL29 .. chaiyokk!!!

Juara AJL229: Sona One & Joe Flizzow (Apa Khabar)
Naib Juara: Shila Amzah (Masih Aku Cinta)
Tempat ke3: Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga)
Persembahan terbaik: Mojo
Vokal terbaik: Dayang Nurfaizah

Sona One & Joe Flizzow menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Shila Amzah yang mendapat tempat Naib Juara pula menerima RM35,000 dan tempat ketiga RM20,000 dimenangi oleh Dayang Nurfaizah.. Dayang u memang best tadi!!

Bagi kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik masing-masing akan membawa ganjaran RM12,000.

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Apa2 pun.. sedih dengar lagu ni.. macam Joe rindu sgt2 kat Malique.. mana Malique agaknya..

Friday, January 16, 2015

Salam Perkenalan

Ntah kenapa malam ni aku rajin.. aku rindukan dorang mungkin.. anak2 dah tidur.. so apa lagi.. jalan-jalan blog la hehe.. salah ek.. blogwalking ek.. tak kisah la.. asalkan maksudnya sampai sudah hehe.. 10 minit berblogwalking.. dari satu rumah ke satu rumah.. agak mengejutkan aku.. nampaknya sejak aku kurang memanjakan rumah aku ni.. dorang pun sama juga.. ada yang lagi dasyat.. ada yang hilang berbulan lamanya.. ada yang hilang setengah tahun lamanya.. ada yang dah bertahun hilang.. hihihi.. dan ada yang kejap ado.. kejap hilang.. kejap ada balik.. cam aku hahahaha.. aduhai.. adakah ini disebabkan perubahan hormon? ada kene mengene ke.. hahhaaha..

Sedih sedih.. nampaknya aku kene cari kenalan-kenalan baru gak.. baru meriah kawasan rumah aku ni nanti.. kalau tak cam tinggal kat kawasan rumah-rumah pusaka je kan kan.. adehhhh.. sape lah agaknya yang sudi jadi teman aku ye.. nampaknya.. aku lah yang kene tegur2 dulu jiran2 baru.. bukan apa.. memulakan salam perkenalan.. yang lama sentiasa diingati.. yang baru aku hargai.. boleh gitu hehehe..



Thursday, January 15, 2015

Bas Terbakar 7 Rentung 22 Cedera dalam perjalanan ke Genting Highlands


Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.

Katanya, pemandu kereta jenis Charade itu dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya.



 Mangsa yang maut dikenali sebagai:
1. Lim Soo Lan, 59 (P)
2.Tan Ah Ba, 65 (L)
3. Tan Chan Hing, 49 (L)
4. Aw Ah Poh, 56 (P)
5. Tan Ah Baa, 64 (L)
6. Ong Ah Yook, 58 (P)
7. Sin Ah Guat, 54 (P)
 8. Pemandu bas persiaran..M Jayaganasagaran, 40 berasal dari Parit Buntar, Perak meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Harap keluarga mereka tabah.

Sumber: Bharian Online 

Monday, January 12, 2015

Hari Pertama Sekolah 2015

Mode: bersama 4A (Amirul, Amira &Twins Amir)

Hari pertama sekolah.. semua mama yang siapkan.. huhu.. kalau nak biarkan kakak Mira siapkan kelengkapan dia pun boleh.. tapi takpe lah.. biar mama yang buat.. buku-buku teks, pensil case.. semua dah ready.. stoking dan kasut sekolah pun dah dok tepi pintu.. tunggu tuannya sarungkan aje.. hari pertama sekolah dah kompem2 semuanya bersih.. Abang Achap biasalah.. semua buat sendiri.. abg kan dah besar.. hihi.. dia pun tak mau mama layan dia cam budak-budak.. almaklumla.. dah nak masuk 15 tahun.. :) alhamdulillah..

Bab bangun pagi.. macam biasa.. abg Achap la paling steady.. bunyi je jam handphon dia.. dia terus bangun mandi.. sejak sekolah rendah sampai sekarang, abg Achap tak penah susahkan mama tiap pagi bangun tidur.. kadang-kadang abang Achap yang gerak mama sebab mama tertidur lena.. huhu.. apa lah mama ni kan.. hehehe.. kakak Mira pun ok gak.. memula je la kan kan hihihi.. (kalau dia baca ni.. kompem2 dia membebel) hihihi..

Tahun 2015 ni.. abah dah booking van untuk kakak Mira pergi dan balik sekolah.. abg Achap tak kan nak naik van gak.. hehe.. sekolah 10 minit je jalan.. tu kalau jalan melenggang la.. kalau jalanton.. 5 minit sampai dah.. abg Achap pun tak mau hehe.. tapi hari ni ngan esok.. abg ngan kakak gi sekolah abah hantar dengan motor.. tahun lepas memang tiap-tiap pagi abah yang hantar.. tapi tahun ni abah banyak buat keje luar.. so bila abah takde nanti.. takdelah mama susah hati.. mama tak bagi kakak Mira pergi sekolah dengan abg Achap.. abg ni suka menyakat kakak.. ada yang menangis-nangis nanti.. so mama memang tak harap..

Kol 1.10 kakak dah sampai rumah.. kakak dok bebel cakap "mira lapar".. mama heran gak.. duit belanja mama bagi pagi tadi.. tapi bagi balik.. aikkk.. nape tak belanja kat sekolah??.. rupa-rupanya.. kat kantin penuh dengan ibu bapa.. so kakak tak boleh nak beli.. pastu takde tempat duduk.. alahaiiii kesiannya kakak.. mama terlupa lak.. dah tentu penuh.. ibu bapa murid darjah 1 yang menunggu kat situ.. dorang ni pun 1 hal jugak.. time rehat takyah la duduk sekali.. bangun la bagi murid2 lain duduk nak makan.. cam tu jugak aku buat tahun lepas.. masa kakak darjah 1.. hurmmm.. pemikiran masing2 tak sama.. nak wat camne..


Malam.. kakak kemas buku sendiri.. jadual dah dapat.. so ringan la sikit bahu kakak esok kan.. semoga anak-anak mama, abah berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Friday, January 9, 2015

Banjir besar di Kelantan dan Terengganu 2014

Sebelum ni.. kalau hujan.. rasa best sangat.. paling2 best time nak tidur.. fuhhh.. sejuk je rasa.. walaupun sememangnya bilik tu dah sejuk dengan ekon.. tapi rasa sejuknya lain macam.. tapi sejak Kelantan dan Terengganu di landa banjir yang menakutkan.. aku seakan risau bila hujan turun berhari-hari kat KL ni.. walaupun aku tak rasa.. tapi aku dapat bayangkan kerisauan mereka yang terlibat kalau hujan turun berjam2..

Kesian sangat kat dorang.. barang2 habis rosak.. yang rosak barang2 ok lagi.. yang hilang rumah tu.. aduhaiii.. besarnya ujian Engkau pada mereka Ya Allah.. semoga mereka sabar dan tabah hadapi semua ni.. alhamdulillah nampak banyak bantuan sampai pada mereka.. dan akan ada lagi bantuan2 lain.. sememangnya mereka sangat2 perlukan bantuan.. tempat perlindungan, bantuan kesihatan dan sebagainya..

Video banjir di negeri pantai timur.. :(



Alhamdulillah sekarang dah surut..
Tengoklah keadaan di sana selepas banjir..



Semoga tabah..

Thursday, January 1, 2015

Happy New Year 2015



Semoga tahun baru ni lebih bermakna buat kami sekeluarga.. selamat tinggal 2014.. tahun yang penuh cerita suka dan duka.. 
Alhamdulillah..

Iklan