Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, May 2, 2014

AYAM GORENG BEREMPAH YANG RANGUP

Setelah beberapa hari simpan resepi ayam goreng ni.. aku pun mencubalah semalamnya.. memang rangup ke pagi ni seredaknya.. ayamnya? licin!! habis anak2 aku makan..
si abang kata "sedap la mama masak ayam goreng ni"
si adik pula.. "seredak dia sedap la mama"
nasib si kembar belum pandai berbicara.. hihi..
Alhamdulillah.. memang sedap ayam goreng rangup ni..
Kat bawah ni ada resepinya.. cubalah :)
 
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH YANG RANGUP
1 ekor ayam dipotong kecil atau mengikut kesukaan anda
(dibersihkan dan disalut tepung gandum sekejap untuk hilangkan hanyir)

2 inci halia**
2 biji bawang besar**
6 ulas bawang putih**
7 batang serai**

1 1/2 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 1/2 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
1 sudu besar cili kisar
sedikit kunyit (terpulang nak yang segar atau serbuk)
3 sudu kfc garam bukit (guna garam putih pun boleh.. bubuh sikit2)
1 sudu gula
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telor (dipukul dahulu)
2 sudu besar rempah kari ayam

Caranya:
  1. Ayam dibersihkan setelah disalut dgn tepung gandum..
  2. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air ..kisar hingga serai hancur.. kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur..
  3. Dalam bekas satukan semuanya bahan rempah. telor, daun kari dan tepung jagung serta serbuk kari.. tambah garam dan sedikit gula ..rasala sikit atau agak2 ye rasanya..kemudian masukkan potongan ayam..gaul sebati.perap selama 1 jam atau lebih
  4. biarkan ayam tersebut 1 jam ke atas la..kalau lama sangat masukkan dlm peti ais..time nak goreng kluarkan dan goreng..
  5. Panaskan minyak kemudian perlahan api aras sederhana.. (aku goreng dlm periuk sederhana kecil separuh minyak) masukkan ayam ...goreng sehingga mendpt warna seperti dibawah . toskan ayam ni diatas penapis dulu.. bagi minyak jatuh ke dalam mangkuk.. dan baru diletakkan ke dalam piring yang dah dialas tisu serap minyak.
  6. Insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup hingga ke petang.. selamat mencuba...
mula memerap..


                                                  wallah!!.. amacam??! ada brani??


 siap! sebahagian jer ni..
    terima kasih pemilik resepi asal.. aku pun tak ingat sapa dia.. hmm.. anyway terima kasih diatas perkongsian ilmu masakan ni yer..maaf sebab aku ada ejas sikit resepi ni ikut selera aku sekeluarga..

    2 comments:

    idzwa kamaruddin said...

    sedap nyerrr!!!

    Mommy said...

    @idzwa kamaruddin: sedaaap.. hihi

    Iklan