Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, May 31, 2014

Malam Pertama BerBBQ

Atas permintaan.. aku di minta perapkan kambing n daging anggaran 15kg.. semua bahan2 encik asben dah beli.. balik dari rumah makong makan kenduri najmi aku terus ke dapur.. bagan-bahan perap dah siap blend.. bawang..bawang putih.. halia dan bahan2 lain semua dah ready..

Kalau lama perap daging tu mesti lagi sedap.. ni takat 2 jam je.. dah nak bakar.. tapi tetap best.. malam pengantin tu bukan setakat bakar kambing dan daging je.. dorang order satay 1000 cucuk.. semua clear.. meriah!! ramai anak cucu cicit yang balik baling bersama raikan majlis najmi dgn isteri.. sue n family pun ada..best! best! best!!

 Gambar akan menyusul nanti hihi.

Thursday, May 29, 2014

Cuti Sekolah Jun 2014

Kalau ikut aku.. rasa malas sangat nak balik.. tapi sebab anak2 yang nak sangat balik umah tok dorang.. aku ikutkan je.. lagi pun ada kenduri kahwin sepupu asben.. anak maklong.. sabtu ni..

Malasnya nak packing baju.. adoiii.. meh tolong..Penat packing order customer pun x hilang lagi.. tido pun takat sejam je.. mana nak ada mood.. cadangnya nak gerak pagi.. tapi tu lah.. byk sgt keje nak kene bereskan haritu.. kol 12 thari baru keluar gi umah mak dulu.. pastu antar order customer.. pastu baru gerak balik kg..

Alhamdulillah kami selamat sampai dlm kol 7 lebih.. time maghrib.. seronok tak terkira anak2 ku terutama my 2 little hero.. aku pun terasa seronok tengok telatah dorang..

Oklah.. esok nak update apa yang berlaku pulak.. selamat bercuti semua..

Wednesday, May 28, 2014

DYMM Sutan Azlan Shah Mangkat di IJN

Hari yang menyedihkan bagi semua rakyat negeri Perak dan seluruh rakyat Malaysia amnya..  DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda.. Alfatihah


Tuesday, May 13, 2014

Amah Curi Barang Kemas Keluarga Pengasas D'Herbs

Itu lah manusia.. dah di ambil bekerja..
buat onar pulak.. nasib tak diapa-apakan anak2 Datuk Aliff..
agaknya amah dua orang yang melarikan barang kemas keluarga Datuk Aliff geram sangat kot sebab dorang kaya raya.. kalau curi sedulang dua barang kemas tak menjadi hal.. hihi..
sabar je lah Datuk.. yang salah akan pasti terima hukumannya..

Thursday, May 8, 2014

Speaker Mini Parlimen Era 80an Meninggal Dunia

Pakcik Jamal atau lebih dikenali dengan watak Speaker Mini Parlimen dulu-dulu meninggal dunia semalam.. semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin

Teringat zaman budak2 dulu..

"Yang berhormat!sila duduk yer"
"Yang berhormat!bawa bertenang.."

hehe.. comel bila budak-budak jadi ahli parlimen.. macam2 cerita keluar..
Pak Jamal pun comel orangnya..

Mari bersama kita sedekahkan alfatihah untuk arwah. AlFatihah.




Wednesday, May 7, 2014

Moga pulih dengan FOOT PATCH

Semenjak dua tiga minggu ni badan rasa lain.. malas nak bergerak.. asik mengantuk jerrr.. aishhh.. mana leh jadi.. kene buat sesuatu.. klau berbadan dua tu terasa malas2 tu lain.. ni xde apa2 tapi malasnya bukan main..

Semalam.. aku singgah kat pharmasi yg baru bukak kat area umah aku tu.. nak cari sesuatu utk penyakit malas ni.. so aku terpandang kat plaster kaki tu.. bagus untuk blood circulation ni dan buang toksin dalam badan.. ada offer utk members lagi.. apa lagi.. terus jadi member ler.. dapat harga rm29.90 utk 10 patch.. takpe.. aku cuba dulu.. klau ok aku teruskan.. klau x ok aku nak tukar foot patch brand lain pulak.. kalau tak leh gak.. baru cari alternatif lain..



 Hari ni hari ke-2.. rasa malas tu mcm dah kurang.. tapi sakit tapak kaki masih terasa.. nak kene gi urut reflexology kot.. sapa mau teman?? nanti nak cari geng la pegi sana.. segan pulak nak gi sorang2.. hihi.. sapa mau teman kasi hello k.. :D


Tuesday, May 6, 2014

Dato' Aziz Satar Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga Seniman Dato' Aziz Satar..
Beliau dikhabarkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pukul 2 pagi tadi
Alfatihah



Friday, May 2, 2014

AYAM GORENG BEREMPAH YANG RANGUP

Setelah beberapa hari simpan resepi ayam goreng ni.. aku pun mencubalah semalamnya.. memang rangup ke pagi ni seredaknya.. ayamnya? licin!! habis anak2 aku makan..
si abang kata "sedap la mama masak ayam goreng ni"
si adik pula.. "seredak dia sedap la mama"
nasib si kembar belum pandai berbicara.. hihi..
Alhamdulillah.. memang sedap ayam goreng rangup ni..
Kat bawah ni ada resepinya.. cubalah :)
 
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH YANG RANGUP
1 ekor ayam dipotong kecil atau mengikut kesukaan anda
(dibersihkan dan disalut tepung gandum sekejap untuk hilangkan hanyir)

2 inci halia**
2 biji bawang besar**
6 ulas bawang putih**
7 batang serai**

1 1/2 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 1/2 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
1 sudu besar cili kisar
sedikit kunyit (terpulang nak yang segar atau serbuk)
3 sudu kfc garam bukit (guna garam putih pun boleh.. bubuh sikit2)
1 sudu gula
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telor (dipukul dahulu)
2 sudu besar rempah kari ayam

Caranya:
  1. Ayam dibersihkan setelah disalut dgn tepung gandum..
  2. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air ..kisar hingga serai hancur.. kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur..
  3. Dalam bekas satukan semuanya bahan rempah. telor, daun kari dan tepung jagung serta serbuk kari.. tambah garam dan sedikit gula ..rasala sikit atau agak2 ye rasanya..kemudian masukkan potongan ayam..gaul sebati.perap selama 1 jam atau lebih
  4. biarkan ayam tersebut 1 jam ke atas la..kalau lama sangat masukkan dlm peti ais..time nak goreng kluarkan dan goreng..
  5. Panaskan minyak kemudian perlahan api aras sederhana.. (aku goreng dlm periuk sederhana kecil separuh minyak) masukkan ayam ...goreng sehingga mendpt warna seperti dibawah . toskan ayam ni diatas penapis dulu.. bagi minyak jatuh ke dalam mangkuk.. dan baru diletakkan ke dalam piring yang dah dialas tisu serap minyak.
  6. Insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup hingga ke petang.. selamat mencuba...
mula memerap..


                                                  wallah!!.. amacam??! ada brani??


 siap! sebahagian jer ni..
    terima kasih pemilik resepi asal.. aku pun tak ingat sapa dia.. hmm.. anyway terima kasih diatas perkongsian ilmu masakan ni yer..maaf sebab aku ada ejas sikit resepi ni ikut selera aku sekeluarga..

    Iklan