Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru 2012

Selamat Datang Tahun 2012!!
Selamat Tahun Baru Semua!!

dreamstime.com

Thursday, December 29, 2011

Info Kembar 1 Uri atau 2 Uri

Sesetengah ibu mungkin akan terkejut dan rasa kurang percaya apabila doktor mengatakan kandungan mereka kembar.Mungkin ramai ibu suka dan amat berharap dikurniakan kandungan kembar. Mereka ini mungkin berpendapat bahawa hanya dengan sekali mengandung tetapi dapat melahirkan dua orang cahaya mata.

Walau apa pun pendapat dan tanggapan mereka, bagi doktor semua kandungan kembar adalah kandungan yang berisiko tinggi.

Kandungan kembar boleh membawa kepada banyak komplikasi. Secara umumnya lebih banyak janin yang dikandung seperti kembar empat atau kembar lapan, maka lebih tinggi kematian dan morbiditi terhadap bayi dan ibu.

Kadar kandungan kembar di kalangan penduduk kulit hitam adalah lebih tinggi berbanding penduduk kulit putih dan orang Asia.

Secara kasar insiden kembar di kalangan wanita kulit putih adalah 1 dalam 100 kelahiran, wanita kulit hitam pula, 1 dalam 79 kelahiran dan wanita Asia 1 dalam 155 kelahiran.

Dengan adanya mesin ultrasound, kandungan kembar dapat dikesan pada peringkat awal. Selain itu maklumat lain seperti bilangan kembar, jenis kembar, kandungan air mentuban dan kedudukan uri dapat diketahui secara terperinci.

Kecacatan kongenital juga dapat dikesan dengan terperinci menggunakan mesin ultrasound.

Ini membolehkan pengendalian kes kembar dibuat dengan lebih baik dan teratur.

Salah satu faktor yang menyebabkan kadar kembar semakin tinggi kini ialah penggunaan ubat-ubatan untuk rawatan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ini termasuklah pengambilan pil subur (clomiphene citrate) iaitu rawatan yang sering digunakan untuk merangsang pengeluaran ova (telur) dari kilang telur atau ovari.

Jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada waktu subur kandungan kembar mungkin akan terjadi. Penggunaan teknik canggih seperti IVF serta penggunaan suntikan (gonnadotrophin) untuk ovulasi juga boleh mengakibatkan kadar kandungan kembar yang tinggi.

Kandungan kembar boleh dibahagikan kepada dua jenis:

Kembar seiras (Identical twin atau monozygotic twin)

Ia melibatkan belahan (division) pada hanya satu ova yang telah disenyawakan kepada dua embrio. Waktu berlakunya belahan tersebut adalah sangat penting kerana ia boleh menentukan sama ada kandungan kembar itu berkongsi satu uri atau mempunyai uri masing-masing.

Jenis-jenis kembar seiras adalah seperti:

a) Diamniotic dichorionic monozygotic twin

Ia terjadi apabila belahan berlaku dalam masa 72 jam selepas persenyawaan.

Jenis kembar ini mempunyai uri dan sarung berasingan. Insiden berlakunya kembar ini adalah 30 peratus.

Kematian kandungan kembar ini adalah paling rendah sekali iaitu 9 peratus berbanding jenis kembar yang lain.

b) Diamniotic monochorionic twin

Ia terjadi jika belahan berlaku dalam masa empat hingga lapan hari selepas persenyawaan.

Kembar jenis ini berkongsi satu uri tetapi mempunyai dua sarung berasingan. Insiden berlakunya kembar jenis ini adalah paling tinggi iaitu 68 peratus. Kematiannya pula adalah sebanyak 25 peratus.

c) Monozygotic monochorionic twin

Ia berlaku apabila belahan terjadi pada hari kelapan atau lebih. Insiden kembar jenis ini cuma dua peratus sahaja.

Ia mencatatkan kematian yang tertinggi iaitu 50 peratus.

Kematian janin biasanya berlaku apabila tali pusat berbelit atau akibat daripada twin transfusion.

d) Conjoined twin

Ia berlaku apabila belahan terjadi selepas pembentukan disc embrio. Insiden kembar sebegini cuma satu dalam 60,000 kelahiran.

Kembar tidak seiras (Fraternal twin atau dizygotic twin)

Ia melibatkan persenyawaan dua ova yang berlainan. Persenyawaan boleh berlaku pada kitaran haid yang sama atau kitaran haid yang berlainan. Kembar ini boleh mempunyai jantina yang berlainan dan uri yang berasingan.

Masalah-masalah atau risiko-risiko yang sering dikaitkan dengan kandungan kembar adalah seperti di bawah:

* Kelahiran pramatang (Premature delivery).

Hampir 50 peratus daripada kembar dilahirkan dengan berat badan yang rendah dan antara 22 dan 54 peratus adalah pramatang.

Faktor pramatang inilah menjadi penyebab utama mortaliti dan morbiditi dalam kandungan kembar.

* Pertumbuhan janin yang terencat (intrauterine growth retardation). Pembesaran yang tidak simetri boleh berlaku dalam kadar 15 peratus hingga 30 peratus. Ia berlaku akibat bekalan darah yang terganggu terutama jika janin berkongsi uri. Ini sering terjadi di kalangan kembar jenis monozygotic.

* Kematian perinatal (perinatal mortality). Ia boleh terjadi dalam anggaran 10-15 peratus iaitu lebih kurang 3-11 kali lebih kerap berbanding dengan kandungan single. Kematian ini adalah berpunca daripada pramatang, kecacatan kongenital, twin transfusion syndrome dan trauma kelahiran.

* Keguguran (abortion). Masalah ini boleh terjadi dua kali lebih kerap di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan single.

* Kecacatan kongenital (congenital malformation). Ia dikatakan dua kali lebih kerap terjadi di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan single. Masalah ini adalah lebih kerap dilihat pada pasangan monozygotic.

* Darah tinggi semasa mengandung (pregnancy induced hypertension) dikatakan sering terjadi antara tiga hingga lima kali ganda lebih pada kandungan kembar.

* Anaemia yang disebabkan kekurangan zat besi adalah jauh lebih kerap terjadi pada kandungan kembar berbanding dengan kandungan single.

* Kandungan mentuban yang banyak (polyhydramnios). Ini juga adalah satu masalah yang sering terjadi pada kandungan kembar terutama sekali di kalangan kembar jenis monozygotic.

* Kedudukan bayi yang normal (malposition). Jika kedudukan bayi itu melintang atau menyongsang, kelahiran secara pembedahan Caesarean harus dilakukan. Ada kalanya pembedahan Caesarean juga dilakukan untuk kelahiran kembar kedua jika menghadapi masalah.

* Birth asphyxia atau neonatal depression. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan pramatang ataupun masalah-masalah yang timbul sewaktu kelahiran.

* Placenta previa (kedudukan uri bawah) juga dikatakan sering terjadi pada kandungan kembar.

* Uri lekang (abruptio placenta). Masalah ini ada kalanya dilihat selepas kelahiran kembar yang pertama. Ini dikatakan terjadi disebabkan oleh decompression secara mendadak pada rahim.

Di sebabkan komplikasi-komplikasi inilah maka kandungan kembar dikategorikan sebagai kandungan yang berisiko tinggi. Oleh itu kandungan kembar memerlukan penjagaan antenatal yang lebih teliti dan lebih kerap.

Komplikasi-komplikasi yang mungkin timbul bukan hanya di peringkat antenatal malah sewaktu bersalin dan juga selepas bersalin.

Sumber: portal.alamhamil.com

Saturday, December 24, 2011

Majlis Perkahwinan Sue Nish

Alhamdulillah tadi diizinkan olehNya dengan mengurniakan kesihatan yang baik buat aku untuk bersama-sama kawan2 UTM menyerikan majlis perkahwinan sue dan suaminya fikri.. alhamdulillah.. paling sebak bila saat bersalam dan berpelukan dengan kawan2 UTM yang dah berbulan tak jumpa.. sebaknya.. bergenang air mata.. rindu sangat kat uols..

Macam biasa kalau di majlis begini kalau kami tak bergambar ramai2 memang tak sah.. hihi.. ada aje pose yang keluar.. ape2 pun aku happy hari ni.. alhamdulillah.

Selamat Pengantin Baru!!

Bergambar kenangan..

Friday, December 23, 2011

Rutin Lari

Wow.. dah berapa hari tak update terasa macam lama sgt tinggalkan blog bersawang.. aduhai.. kenapa lah lately ni malas sangat nak update.. bukan tak on9 tapi takde langsung mood nak mengupdate.. kemana agaknya pergi mood ni.. mungkin sebab rutin hidup aku semenjak berbadan dua ni agak lari sikit.. sikit ke? banyak kot.. aku dah tak berani nak on9 sampai lewat malam.. paling2 pun sampai kol 1 pagi jer.. tapi jarang arr aku online sampai kol 1 pagi.. aku takut tekanan darah tinggi memuncak.. biasa kol 11.30 malam aku dah masuk tidur.. biasanya bukan terus lena pun.. tapi aku taknak sebab nak on9 aku berdepan dengan masalah..

Hari ni kandungan aku dah nak masuk 4 bulan.. appotnment hospital punyalah kerap.. takpelah.. janji kandungan aku dan aku dalam keadaan sihat.. 28hb ni aku ada appoitnment lagi.. kali ni Dr nak wat detail scan.. risaunya aku.. waktu nilah nanti Dr akan tengok sama ada kandungan aku ada masalah atau tak.. aku harap kandungan aku sihat hendaknya.. doakan untuk aku yer kawan2..

Dah lama tak blogwalking.. rindu nak ketuk2 tabung kawan2 hihi..

Saturday, December 17, 2011

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ORIGINAL

Aku pasti ramai yang dah memiliki Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) photostat kan.. aku pun sama jugak..
Sekarang dah keluar pulak arahan yang mana borang photostat tidak DITERIMA.. alahai.. kesian gak kat orang2 yang tak ada kemudahan internet.. tapi kalau nak duit tu kena usaha sikit lah kan.. kena ler makcik pakcik abang kakak ke pusat2 pengambilan borang BR1M tu ar.. nak wat camner.. arahan dah bertukar.. adehhh... sapa2 nak download borang ORIGINAL boleh klik kat link di bawah ni yer.. senang jer.. kalau takleh.. mai sini email.. aku tolong emailkan kat korang borang tu.. xde hal lah..

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ORIGINAL

Hanya Borang BR1M ASLI/ORIGINAL sahaja yang akan diterima

Haaaa.. ini lah yang aku dengar cerita desas desus dari semalam.. dan akhirnya kenyataan media telah pun dibuat oleh menteri berkenaan..

Moh baca berita ni ekk..

BACHOK: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi asli.
“Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu, di sini semalam.

Seramai 56 petani menerima bantuan RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, LHDN mempunyai mekanisme mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima tulen atau sebaliknya.
Menurutnya, kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu. - Bernama

Sumber: HMetro


Wednesday, December 14, 2011

Dua Beradik Cemerlang di UTM

Entry ni khas buat kawan ku Norzuli Idayu.. Tahniah Zuli!! Tahniah kat adik Zuli jugak :) .. Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kehidupan Zuli sekeluarga.Amin.

Petikan dari UTM News:

“Kami sentiasa berlumba-lumba untuk memperoleh gred tertinggi dalam setiap peperiksaan.” Demikian kata Norzuli Idayu Muharam, 33, salah seorang penerima Anugerah Medal, Hadiah Akademik dan Hadiah Khas sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-47 dari UTMSPACE. Graduan Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di sebuah sekolah di Kuala Lumpur berkata, dia dan adiknya saling bersaing secara sihat dan positif untuk memperoleh kecemerlangan.

“Meskipun saya kakak, saya tidak berasa kekok atau segan untuk bertanya dengan adik cara menyelesaikan tugasan terutamanya hal berkaitan komputer. “Di samping itu, kami sering mengingati antara satu sama lain mengenai perkembangan terkini tentang pengajian masing-masing:’ katanya ketika ditemui semasa Majlis Penyampaian Anugerah Medal dan Anugerah UTMSPACE yang diadakan di Pulai Spring Resort, di sini, kelmarin. Pemegang purata mata gred keseluruhan (CGPA) 3.70 itu berkata, dia berazam untuk mencipta kecemerlangan tersendiri memandangkan pada masa kini telah terlalu ramai graduan berijazah namun apa membezakannya adalah pencapaian yang diperoleh. Sementara itu, adiknya Mohd Hariz Muharam, 29, berkata, meskipun mereka berdua menyambung pengajian secara separuh masa, namun itu tidak menjadi alasan untuk mencipta kecemerlangan dan kejayaan dalam pelajaran. Mohd Hariz yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganggap kejayaan yang diperoleh merupakan berkat usahanya yang berterusan di samping kerap melakukan perbincangan dengan rakan sekuliah.

“Oleh kerana saya menyambung pengajian secara separuh masa, tumpuan di dalam kelas amat penting. Saya sentiasa fokus menelaah pelajaran ketika di kuliah. Sekiranya ada yang tidak faham, saya terus bertanya kepada pensyarah mahupun rakan yang lain. “Saya dan kakak saling mengingati antara satu sama lain untuk sama-sama mengulang kaji pelajaran, kuiz dan menyiapkan tugasan masing-masing. Setiap kali peperiksaan, kami sentiasa berlumba-lumba untuk melihat keputusan siapa yang paling tinggi’ kata pemegang CGPA 3.51 ini.

http://www4.utmspace.utm.my/en/SP_News/News.aspx?newsId=161

Caiyok!!

Thursday, December 1, 2011

Alahan Mengandung Gatal-gatal Badan

Aku dah lama discaj.. terima kasih kat kawan-kawan yang mendoakan kesihatan aku.. alhamdulillah aku cuma ditahan semalam saje kat wad aritu.. tapi ujian aku ketika hamil tidak berhenti setakat itu.. kali ni aku kena alahan gatal-gatal seluruh badan.. mulanya aku ingatkan gatal2 yang biasa singgah kat badan aku ni yang datang sesekali setahun.. tapi malangnya gatal-gatal tu tak hilang hilang pun..

Hari ni dah 12 hari aku berdepan dengan masalah ni.. yang peliknya pulak, gatal2 kat badan hanya timbul aktive pada belah malam sahaja.. waktu siang ada lah sebutir dua.. kadang2 xde langsung.. pernah aku bagitau Dr yang merawat aku tentang masalah ni.. dia pun macam heran jugak dengan masalah aku ni.. waktu rawatan tu siang, so payahlah aku nak tunjukkan kegatalan yang aku ceritakan pada dia.. nasib aku ada ambik gambar semalamnya tu.. aku tunjukkanlah kat Dr tu.. dia pun terkejut tengok kulit aku yang naik bengkak-bengkak.. pastu Dr bagi aku sejenis ubat.. dia kata ubat ni save untuk wanita hamil..

Sebenarnya aku agak berat nak makan ubat tu sebab risaukan kandungan aku ni.. tapi bila keadaan gatal yang tak terkawal aku memaksa diri aku untuk telan jugak pil tu.. dan dalam 10 minit kemudian aku pun terlena.. macam ubat tido pulak hihi.. tapi memang iyer pun.. aku mengantuk gile makan ubat tu.. tapi bila gatal2 tak melampau aku kuatkan semangat menahan gatal2 tu dengan menyapu Cala-my lotion yang aku beli kat farmasi.. bukan setakat tu jer.. lepas mandi tak kira waktu bila pun, pasti aku lumurkan badan aku dengan bedak Aiken.. dan terkini mak mertua aku buatkan aku ubat sapuan dari daun belimbing buluh yang dicampurkan dengan bedak sejuk.. aku belum guna lagi bedak sapuan tu.. mudah-mudahan ia dapat mengurangkan atau menghilangkan rasa gatal2 yang melanda aku saban malam.. mudah-mudahan insyallah.

Iklan