Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Hari ni merupakan hari terakhir dalam kalendar tahun 2009.. terlalu banyak kisah suka dan duka aku dalam tahun ni.. terlalu banyak..kenangan yang boleh buat aku senyum, ketawa dan ada juga kenangan yang boleh mengundang air mata bila aku terkenangkan kembali.. walaubagaimana pun aku bersyukur sebab dapat menempuh dugaan hidup dan meneruskan kehidupan hingga hari ini.. dan esok merupakan hari baru buat aku.. ada azam yang tersimpan di sudut hati aku.. aku berazam menjadi isteri yang lebih baik kepada suamiku dan ibu yang lebih baik untuk anak2 ku.. lebih baik dari tahun lepas.. aku sedar aku seorang yang cepat marah tapi aku akan cuba atasi perasaan ini agar kehidupan keluarga kita sentiasa dalam suasana kegembiraan.. aku juga ingin mendapatkan pekerjaan untuk membantu suamiku dan keluarga ku.. bukan aku dan husben takde keinginan ingin mempunyai rumah sendiri tapi buat masa ini keinginan itu terpaksa disimpan dalam kerana ada lagi perkara penting yang harus kami uruskan..

Bagaimana dengan amalanku? tahun 2009 adalah sama seperti tahun tahun sebelumnya.. aku selalu engkar dengan suruhanNya.. aku sering meningalkan solat.. insyallah aku akan berusaha untuk memperbaikinya dan menjadi insan yang lebih baik. Aku sedar dengan bersolat bukan saje mencegah aku melakukan keburukan malah solat dapat memberi ketenangan jiwa kepada aku.. Insyallah.

No comments:

Iklan