Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Aku sekeluarga menyambut tahun baru 2010 dengan keadaan yang amat sederhana.. mana taknye nak tengok tv pun takde signal.. camne nak countdown secara live Dataran-Umahku hehehe.. tu laaa.. dbkl tukar bumbung flat aku nih, bagus la tu kan tapi masalahnye signal astro hilang terus... tak ke bengang aku dan orang2 sekitar kitorang.. bukan free lak tu nak tukar braket panjang.. husben aku dah tanyer mamat yang tukar braket umah bawah tu.. siap upah RM100 tu... aku yang ada 2 piring terbang tu pun takleh guna satu pun.. masuk hari ni dah 3 ari la umah aku dan beberapa umah jiran2 ku senyap sunyi.. nasib la anak2 aku ada hiburan lain.. achap ngan ps2 dia.. aku ngan husben aku layan fb la hehehe..

Hari ni aku masak lontong.. kononnnya makan tahun baru la hehehe hampeh.. husben lak tetap busy ngan projek dia tu.. takpe lah.. dia cari rezeki untuk kami gak.. cuma aku sebenarnya risau kan husben aku tu.. projek ni nampak macam bagi masalah sangat kat dia.. bukan masalah keje tak siap, tapi masalah duit.. funder ada tapi problem bila nak mintak duit.. tension la husben aku.. kekadang tu jenuh bertekak aku dengar husben aku mintak duit kat Dato funder tu.. kerja2 pun takleh gerak lancar.. slow sangat.. aku risau husben aku sakit jer.. dia mmg susah nak sakit.. tapi kalau sakit, teruk nanti...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


"Ya Allah Ya Tuhan ku, berikanlah kesihatan yang baik keatas aku dan keluargaku, jauhilah kami dari sebarang penyakit",

"Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau." Amin.

Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: " Sesiapa yang membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali, maka Allah menjadikan kaya kepadanya. Atau barangsiapa yang membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas berbayar dan dirinya akan merasa kaya dari orang yang kaya lainnya. Sehingga dengan demikian hidupnya akan menjadi tenteram, mensyukuri apa yg diberikan Allah kepadanya.

No comments:

Iklan