Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, April 30, 2009

Selesema Babi

Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan pengambilan langkah berjaga-jaga bagi menangani masalah penyakit selesema babi ke atas manusia yang melanda beberapa negara pada masa ini dan mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya Darurat Kesihatan Awam yang Membimbangkan Antarabangsa.

Selesema atau influenza babi adalah sejenis penyakit yang menjejaskan sistem pernafasan yang lazimnya menjangkit haiwan khususnya babi disebabkan oleh virus influenza jenis A.

Kebiasaannya wabak haiwan ini tidak menjangkiti manusia tetapi satu "jangkitan luar biasa" melibatkan penyebaran penyakit itu daripada manusia kepada manusia membabitkan virus influenza babi yang disahkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat dan WHO.

Influenza babi pada manusia boleh menjejaskan semua peringkat umur dan tanda-tanda penyakit itu serupa dengan demam selesema biasa seperti demam panas, sakit tekak, batuk-selesema dan sakit pernafasan.

Selesema terbaru itu dikatakan lebih mudarat berbanding sebelumnya kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi, manakala pakar-pakar berkata setakat ini tidak terdapat vaksin bagi selesema itu.

Bagaimanapun untuk sama-sama menanganinya, orang ramai di negara ini terutama yang bukan beragama Islam diminta berhati-hati apabila memakan daging babi dan memastikan hasil produk daging berkenaan.

Sebelum penyakit ini merebak ke negara ini, masyarakat setempat dinasihatkan mengambil langkah keselamatan kesihatan lebih awal dengan mengunjungi klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan apabila mengalami gejala selesema selepas mengunjungi tempat-tempat yang sudah dikenal pasti.

Langkah-langkah keselamatan ini bertujuan mengesan penyakit selesema babi pada manusia lebih awal sebelum merebak luas bagi membolehkan tindakan kuarantin dijalankan secepat mungkin.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas oleh wabak itu tetapi jika perlu ke negara-negara berkenaan, mereka mesti mengambil langkah-langkah berwaspada seperti mengelakkan tempat-tempat yang sesak, mengelakkan daripada mendampingi orang yang di syak dijangkiti demam selesema dan mengamalkan tabiat kebersihan diri.

Beberapa negara mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani selesema babi pada manusia yang setakat ini dipercayai meragut lebih 100 nyawa di Mexico dan menjangkiti lebih 10 orang dalam jangka masa tujuh ke 10 hari di Amerika Syarikat.

New Zealand, Perancis, Sepanyol dan Israel juga telah melaporkan kes yang disyaki yang kebanyakannya mangsa jatuh sakit setelah pulang dari mengunjungi Mexico.

No comments:

Iklan