Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, July 25, 2008

Dah Keroje

Percaya atau tidak, hari ni dah nak masuk 5 hari aku bekerjA kat sebuah banglo yang dijadikan kedai kat area ampang.. masuk kerja kul 10.30 pagi n balik kul 5.30ptg..kalau banyak kerja tu faham2 la..balik la lewat2 sket uhuhuhuhu.. aku menjaga bahagian stock.. atau stock control.. Boss aku beli software UBS Stock Control tapi takde staf yang boleh guna atau reti guna software tu..termasuklah aku yang wat wat reti nih.. tapi bila seharian dok mengadap pc pada 1st day haritu, aku dapat rasakan ada yang tak betul dengan kerja2 aku nih... so aku usulkan pada Boss.. bos suh aku ambik kursus Ubs SC..ditanggung syarikat!! syukur alhamdulillah dapat gak aku belajar something kat situ.. so sessi temujanji pun diaturkan..staf yang datang ajar aku tu muda lagi.. lelaki bangsa cina..tapi bagus la dia penyabar orangnya bila aku asak pelbagai soalan yang aku tak paham kat dia. Kursus ni kira latihan ditempat kerja la.. 2x pertemuan.. sesi pertama aku diajar masukkan item n macam2 laaa.. hari ni sesi kedua.. aku diajar pasal nak buat DO, PO & macam2 lagi.. alhamdulillah aku masih diberi minda yang cergas untuk belajar pada hari ni.

Aku hepi sebab dah berkerja semula tapi bila kenang anak2 yang tak terurus tu, aku sedih sangat..tapi nak buat macam mana, aku terpaksa korbankan masa demi membantu husben aku menampung perbelanjaan keluarga. Hari ni achap nye kaki terseliuh sebab main lari2.. aku dah berkali2 pesan, jangan turun awal ke sekolah..tapi kedegilan mengatasi segala2nya..dan akhirnya dia terjatuh..

No comments:

Iklan