Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, December 31, 2012

Yuran PASTI

Alhamdulillah hajat saya nak anak perempuan saya sekolah tadika kat PASTI tercapai juga.. jumaat aritu saya tak sabar2 call tadika islam tu.. bercakap dengan Cikgu Zahra.. bila cikgu kata masih ada kekosongan untuk murid 6 tahun, suka nya saya.. tak sabar2 saya nak ajak asben pegi daftar cepat.. bukan apa.. takut penuh la pulak nanti kan.. hhihi

Lepas jumaat, saya ngan asben call lagi sekali bagitau yang kami nak ke sana untuk daftar.. zaaaassss haritu juga terus daftar hihi.. yuran takdelah mahal sangat.. sebulan RM135 .. below budget kitorang :p oklah..

Jom semak yuran penuh PASTI IBNU SINA ni..

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN DAN YURAN PASTI IBNU SINA SESI 2013
  1. Sukatan pelajaran adalah mengikut sukatan PASTI PUSAT MALAYSIA.
  2. Umur kelayakan pelajar adalah 3,4,5 dan 6 tahun
  3. Waktu belajar adalah selama 4 jam dari pukul 8.00 pagi hingga 12 tgh.
  4. Hari persekolahan adalah 5 hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat
  5. Pelajar hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam PASTI semasa belajar.
  6. Bayaran yuran bulanan selama 12 bulan diwaktu cuti sekolah adalah diwajibkan.
  7. Segala kemusykilan dan pertanyaan bolehlah diajukan kepada pihak pengurusan PASTI IBNU SINA. 
         En Abu Bakar : No tel:016-223 2718 email;abubakrun@yahoo.com.my atau
         Pn. Zahrah      : No tel:019-734 1103

     8. Kadar yuran adalah  seperti berikut:

BilPerkara4thn-12thn3,4,5thn6 thn4,5 thn 6 thn
1.Pendaftaran Tahunan Pelajar Baru
100100

2.Pendaftaran Pelajar Lama


4545
3.Bulanan (Pasti) + (iqra')
135135135135
4.Buku teks & buku kerja
48404840
5.Pakaian sepasang (1 set)
35353535
6.Peralatan sukan
100100100100
7.Bag sekolah
xx2828
8.Pakaian sukan
35353535
9.Penyampaian sijil (ihtifal)
x20x20
10.Sukan tahunan
50505050
11.Buletin & kertas peperiksaan
25252525

Jumlah
528545501513
12.Transit (1ptg - 2ptg) 150



13.Bulanan Mengaji (4thn ++++) 30



14.Smart Pasti (2.30ptg-4.00ptg)175175175

15.Pra Tahfiz70



16.Kupiah / Tudung8




Jumlah
703700


hahaha.. full version.. so mana2 parent yang plan nak hantar anak2 ke PASTI tahun 2014 dah boleh plan dah.. dah boleh bajet kan.. kalau ada perubahan harga pada masa akan datang rasanya takdelah lari banyak kot.. masih boleh bajet.. Alhamdulillah saya dah bayar yuran semua.. nanti bayar duit bulanan jer.. RM135 sebulan.. harap mira happy dan belajar elok2.. esok2 boleh dia ajar adik2 dia si hazim ngan haziq tu.. mesti comelkan.. hihi..

note: tak sabar tengok mira gi sekolah pakai tudung.. :D

Friday, December 28, 2012

Belum Daftar Tadika 6 tahun

Aduh.. hari makin suntuk.. tinggal berapa hari jer lagi sesi persekolahan 2013 nak mula.. tapi mira belum ada sekolah nak di tuju.. kami masih mencari.. dan tercari2 tadika yang sesuai untuk mira.. dan sesuai dengan bajet saya dan asben hihi.. tahun ni mira sekolah kat Tadika Jasmani, Taman Dato Senu .. bukan tak mau sambung kat sana untuk tadika 6 tahun ni tapi rasanya macam nak berubah angin la pulak..

Puas menggoogle tadika di sekitar bandar baru sentul dan taman dato senu.. tapi tak banyak yang paparkan detail tentang tadika dorang.. kalau yang detail macam Smart Reader Kids, The Little Caliphs tu ader lah.. mak aii.. tak mampu lah nak bayar yuran sebanyak tu.. kalau setakat RM150 sebulan masih boleh tanggung lagi.. ni sah-sah RM200/RM300 plus plus.. huhu.. xpelah.. cari jer tadika yang lain kan.. :p org kata, kalau nak berbelanja tu ukurlah kain di badan sendiri kan kan hihi..

Kenapa tak pegi jer Tabika Kemas? huhu soalan yang tak berapa gemar nak jawab.. rasanya takyah jawab lah kot hihi.. jangan tanya tau sebab takde jawapan.. :D

Hurm.. nampaknya susah2 cari, ke tadika lama lah yer kakak mira.. mama tak larat dah nak menggoogle.. ok kan sekolah tu.. ada monkey bar.. kan kakak suka panjat memanjat.. kawan2 lama pun ada.. sekolah yang menjadi kenangan buat Arwah Sarah Khadijah ..

Anak dara saya ni dah bosan nak gi sekolah lama.. dia nak gi sekolah lain pulak.. tu la pasalnya.. kalau dah sekolah rendah esok masih bosan2 pasal sekolah memang lah nak kena kan kan .. mama garang ni hihi..

Esok kena buat keputusan juga.. dan daftar as soon possible .. tak boleh tangguh2 dah.. tapi dalam mencari2 tu saya sangat tertarik dengan Tadika Pasti.. anak saya 6 tahun, harap belum terlewat untuk dia bertatih belajar ilmu agama.. saya dah google.. esok nak call.. harap masih ada kekosongan.. amin.


Monday, December 24, 2012

BARAKA KAPSUL HABATUSSAUDA KEMBALI!!

 
TERBARU!!! Dah sampai... BARAKA KAPSUL HABATUSSAUDA

Kesan pergolakkan yang berlaku di Mesir, hampir 2 bulan kami menanti stok baru Baraka.. Hari ini Baraka Kapsul Habatussauda kembali ke Malaysia..dapatkan dengan segera sementara stok masih ada..

Untuk mengetahui khasiat Habatussauda boleh klik SINI atau di FB Baraka Kapsul atau Google saje khasiat habatussauda.. pasti akan bertemu kepelbagaian khasiatnya.

ATURAN MAKAN
1 kotak mempunyai 24 biji gel.
Dewasa: 1-2 biji gel, 3 x sehari
Kanak-kanak: 1 biji gel, 3 x sehari

CARA PEMBAYARAN
Maybank Transfer/Bank in

CARA PENGHANTARAN/PENERIMAAN
1. Self Collect : Area LRT Sentul Timur/ Komuter Sentul @ tempat2 yang dipersetujui bersama.
2. POS - postage bergantung kepada kuantiti order.

Sila sms atau call kami di talian 012-3637531 (Yus) untuk maklumat lanjut. Terima kasih kerana berurusan dengan kami.

Iklan