Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, November 21, 2011

Kembali Admitted

Aku kembali ke sana.. masa aku keluar dari wad dulu, aku ingat 2,3 bulan nanti baru aku kembali tapi nampaknya x sampai sebulan aku telah kembali menjadi penghuni ward 15.. apakah punca yang menyebabkan aku kembali secepat ini??? adakah ini gara2 aku hilang akal makan sate samuri atau disebabkan oleh penangan Kenny Rogers Roasters??? aduhai.. semalaman semalam aku tak boleh tido.. hulu hati ni macam terasa menyucuk2.. pedih gile.. oleh kerana tak tahan, dan teringat pesanan Dr yang merawat aku, aku ajak asben ke PAC HKL untuk dapatkan rawatan selanjutnya.. dan tak sangka pulak aku akan ditahan.. aku harap esok aku boleh keluar dah.. tak larat arr dok spital nih.. lapar!!!!

Kenny Rogers Roaster: Kenakan 16% Tax & Service Charge

2 hari lepas, aku ke JJ WangsaMaju.. dah banyak hari niat aku nak beli maternity pants tertangguh sebenarnya.. Alhamdulillah tercapai juga niat aku.. biasanya aku shopping sorang2 tapi sejak kesihatan aku tidak begitu baik, ke mana saje aku pergi akan ditemani oleh asbenku yang tercinta (bunyi mcm membodek jer ngee~).. yang dicari xde lain pula yang disambar hihi.. terbang jugaklah wit asben lam RM200 lebih jer..

Lepas beli baju2, tetiba asben tanye.. "nak makan Nando's ke atau nak makan Kenny Rogers Roasters?" wahhh... bestnye.. dah tentu KRR menjadi pilihan aku ngan anak bujang aku.. cuma si mira jer dok bising nak makan McD.. adehhhh.. tapi xpe.. aku kan pandai memujuk.. sekejap jer selera mira dah beralih arah..


Kali ni aku memilih set Chicken & Pasta cam yang dalam gambar atas ni.. Yummy!! Alhamdulillah kenyang.. masa untuk membayar pun tiba.. sebelum ni aku ngan asben xde lah nak belek sangat resit bayaran kitorang.. tapi ntah macamana kali ni terbelek pulak hihihi.. asben macam xpuashati kenapa KRR kenakan charge perkhidmatan 10% ke atas makanan yang kita order.. tax 6% tu kita semua sedia maklumlah kan kan.. ni bermakna untuk makanan yang kita makan kat KRR, kita dikenakan caj 16% sebenarnya.. mak aiiiii.. banyak tu!!! aku paham asben bukan nak berkira pasal makan ni tapi rasa macam x patut jer ada service charge 10% tu.. restoran makanan lain pun ada ke charge perkhidmatan 10% tu ekk..

Zarina Anjouli Seksi: "Dosa saya yang tanggung"

Dah banyak hari aku x update blog.. xde mood.. tapi bila mood datang tetiba aku terpandang satu cerita alahai.. Tak suka sebenarnya nak cerita tentang dia.. tapi bila tengok gambar dia seksi gile terpampang kat Yahoo News.. mak aiii.. tambah pulak siap kata "Saya x peduli apa orang kata tentang diri saya.. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya.. Saya yang menanggung dosa"..

Yang aku tengok tu dan tengok aje.. x dosa ke? macam setuju je dengan apa yang dia buat.. kang aku kutuk, terang2 aku berdosa sebab dosa mengutuk.. alahai.. tu aku perempuan yang tengok.. apa pulak kes bila asben aku tengok jugak.. takut aku dengan keberanian sesetengah orang hari ni.. terlampau berani!! moga satu hari nanti dia berubah menjadi lebih baik. amin.

Iklan