Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, March 8, 2014

PESAWAT MAS KE BEIJING DILAPORKAN HILANG DAN TERPUTUS HUBUNGAN DENGAN TRAFIK KAWALAN UDARA SUBANG



Paparan penerbangan sebuah laman trafik udara menyatakan pesawat MH370 mendarat jam 6.10 pagi. Menurut MAS, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pagi tadi selepas pesawat tersebut putus hubungan dengan pusat kawalan udara. – Gambar flightradar24.com, 8 Mac, 2014.


Innalillahiwainailaihirojiun...
Semoga mendapat perkhabaran yang baik2 tentang mereka..

Operasi menyelamat dilancarkan sebentar tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara pagi ini. Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini. Pesawat B777-200 tersebut berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam semalam dan dijangka mendarat pada 6.30 pagi ini.
"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu," tambahnya. Orang awam boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.  – 8 Mac, 2014.

Friday, February 21, 2014

Peniaga Online Ditipu atau Menipu

Semakin hari aku rasakan meniaga secara online semakin mencabar dan agak merisaukan.. mana tak nya.. macam-macam hal.. peniaga menipu pelanggan, peniaga ditipu peniaga borong, pelanggan menipu peniaga pun ada tau.. yang susahnya kami si peniaga yang tak terlibat menerima tempiasnya sekali..

Jom kita tengok macamana pelanggan menipu peniaga..:

Ada banyak kes macamni.. yang ni salah satunya lah.. Pembeli guna bukti transaksi yang sama ke atas beberapa penjual online sebagai bukti bayaran barang yang ditempah.. cthnya: Zai membeli produk Harum Malam dengan peniaga A sebanyak 10 botol.. dengan bukti transaksi yang di printcreen tu juga digunakan sebagai rujukan yang menyatakan bahawa pembayaran telah dibuat ke atas produk yang sama dengan harga yang sama kepada Peniaga B.. kesibukkan dan atas rasa percaya kepada pelanggan tersebut, ada peniaga yang tidak menyemak transaksi dalam akaun bank mereka.. dan bila menyedari ada sesuatu yang tak kena barulah semakan dibuat.. selalunya dah terlambat.. kesian kat peniaga tu kan.. takpe pembeli.. kat sini ko senang lenang atas kerja tipu ko.. huhuhu..!!

Ni pula kes terkini dan diulangi oleh si PENIPU DURJANA!!

Seorang seller ditipu hidup2 oleh pemborong online TILAM TATAMI baru2 ni.. bila disiasat mamat penama dibawah ni penah menipu pada tahun 2007.. macam best jer menipu kan.. macam takde sapa nak tangkap jer kan..

Butiran kes:

Duit di bank in atas nama mamat ni..
muhammad nazirul mubin bin jailani..

Seller Q beli tilam tu dengan pemborong FB Dora Dina.. lepas duit 3k dimasukkan ke dalam akaun pemborong tersebut, seller Q ni cuba hubungi pemborong macam biasa untuk pastikan duit diterima.. tapi malangnya acc Seller Q dah di block dari masuk ke acc FB pemborong Dora Dina tersebut.. dan kemudian beberapa pemerhati perasan yang Dora Dina telah menukar nama FB nya kepada Helen Young.. seller Q tak putus asa nak dapatkan balik duitnya .. seller Q dapat contact si Helen Young ni dalam page kat bawah ni.. dan bermulalah episod tuntutan dibuat.. kalau nak tau cerita lanjut, silalah ke sana yer..


Tu belum kira kes2 lain.. ada peniaga di tipu dengan FB Jasmeenbaby sebanyak RM9k katanya.. kes masih dalam siasatan.. dah 6 bulan berlalu.. siasatan sangat slow.. kes menjadi rumit bila si pemilik FB dan pemunya akaun bank adalah orang yang berbeza.. dan mcm2 hal lah..


Yang menjadi persoalannya.. kenapa tidak ada satu badan pun yang begitu SERIUS mahu menangani atau membawa mereka ini kepengadilan.. atau mungkin peniaga2 yang teraniaya ini perlu tampil dalam BERITA TV3 atau mohon Encik Mazidul membuat pendedahan.. nanti aku cuba usulkan.. semoga mereka yang dianiaya ini mendapat pembelaan..

Thursday, February 20, 2014

Bowling Tournament Kelab Kembar Malaysia KKM

Ni cerita awal bulan haritu..

Hari yang di nanti dah tiba.. tapi malangnya aku tak dapat nak ikut tema baju yang ditetapkan oleh urusetia.. sebab tema baju tu aku baru tau semalam.. aku mana ada baju kaler pink hihi.. klau tau awal leh gak aku gi sopping mencari.. tapi ni tau dah petang.. mana sempat nak cari baju kaler yang di minta.. biru muda utk lelaki dan pink utk pompuan.. hmm xpelah.. next time lah yer..

Awal2 dah siapkan si wiwin.. hazim n haziq .. dorang tu mmg pantang suh pakai kasut.. tau jer nak gi jalan.. tak sabar2..

Kami sampai dah pukul 10 lebih... aku ingat dah lewat.. yerla kan.. urusetia suh mai kol 9.30 pagi kot huhu.. aku paham.. byk kene uruskan dulu b4 main..

Satu team 4 orang.. aku dan asben digandingkan dgn pasangan  Dian ngan asben dia dlm satu pasukan.. kami tak kenal pun.. kat sini lah kami kenal.. ramah mesra orgnya.. dian ada wiwin gegirl.. comel sgt.. dlm kol 10.30 pagi game bermula.. group ku nama LENGGANG KANGKUNG hihi.. sesuai u!! aduhhh lama sungguh x main.. layan kan aje.. janji jangan ke longkang sudah :D

Nak habiskan 3 game sorang.. aduhaii lenguh dah tanganku.. 100plus jadi pembekal tenaga dikala aku dah mula tunjuk simptom2 pancit hahaha!! dipendekkan cerita.. jangan x caye.. we ar the Champion!!! huhu..

Apa2pun.. kami gembira sgt dpt kenal few rakan2 kelab.. tak sempat nak kenal semua coz bz memboling.. in shaa Allah klau ada rezeki join event lain.. leh kenal2 lagi..

jom layan gambar2 yg sempat disnap..








Iklan