Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, May 22, 2012

Menu Semasa Berpantang

7 hari dok kat wad lepas bersalin, nak makan makanan pantang betul2 memang takdelah kan.. mana yang boleh makan, aku makan macam ayam walaupun org kata lepas operate xleh makan ayam.. tapi kalau x makan aku nak makan ape lak kan hihi.. sesekali kalau sempat, asben aku masakkanlah ikan tenggiri goreng atau ikan selar goreng bubuh lada hitam bawa gi hospital untuk aku makan..

Tapi lepas jer aku dibenarkan balik ke rumah.. menu aku dah bertukar der.. almaklumlah ibu mentuaku yang menjaga makan minum aku.. pastinya semuanya terbaik.. jom layan menu berpantang aku untuk minggu ni...

 ikan tenggiri & ikan haruan goreng

 sayur sawi batang besar tumis bawang putih

hirisan halia goreng minyak zaiton & serbuk lada hitam

haaa.. amacam.. sedap tak? kalau aku makan biasanya CLEAR ar hihi.. 
tq mak.. tq coz menjaga makan minum aku masa aku dalam pantang ni..

Sunday, May 20, 2012

1st Hasil Perahan Susu untuk Si Kembar

Semangat aku nengok hasil perahan susu yang pertama kali aku buat untuk kembarku ini..

 60 ml.. ok kot

aku guna pump brand medela..

Untuk info aku:
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
untuk 1st perahan ni aku simpan kat tempat no.3 macam kat atas ni.. sebab nak guna tengah malam ni hihi.. untuk simpan beku, kalau ada banyak susu lebih baru aku bekukan.. insyallah..

Saturday, May 19, 2012

Nurse KKSentul Buat Lawatan Pertama Ke Rumah

Aku baru jer wat check up susulan BP EOD Monitoring kat umah.. alhamdulillah Bp terkawal.. cuma.. baby2 aku nurse kata ada kuning.. alahai.. takkan dok wad lagi kot.. lemaunye aku.. so untuk memastikan keadaan baby2ku, dorang suh asben gi bawak twins ke KK untuk ujian makmal.. aku harap semua ok.. risau pulak aku..

Baby pun dah di timbang lagi... mana taknye.. rekod yang HKL buat tu salah.. sabo jer lah.. adusss berdebarnya pulak hati ni menunggu kepulangan baby2ku..

Sejam kemudian.. asben ngan mak mentua aku balik dgn kembar.. asben kata mmg ada kuning.. nurse suh datang balik isnin nanti untuk pemeriksaan susulan.. semoga baby2 ku cepat sembuh..

Iklan