Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, October 12, 2011

Buah Salak

Mengenai buah lagi.. kali ni pasal buah salak.. gambar2 ni merupakan salak Indonesia.. asben beli aritu kat ChowKit.. rasa buah salak ni manis2 kelat.. aku suka.. siapa yang tak biasa makan, dorang kata tak sedap.. sesetengah orang panggil snake skin fruit.. sebab kulit buah tu kot :) .. buah salak Malaysia pun ada tapi comel2 sikit berbanding ngan buah salak Indonesia ni.. tapi aku lagi suka salak Indonesia ni.. puas makan :D .. buah salak ni bermusim.. susah arr kalo siapa mengidam nak makan buah salak kalau bukan musim dia hihi.. makan salak jeruk jer ler yer :D

terasa manis-manis kelat


sekilo RM8 ikut musim


snake skin.. :)

Tuesday, October 11, 2011

Kandungan Buah Kiwi


Jom kita tengok nutrisi yang terkandung dalam buah kiwi dengan lebih jelas..

FAKTA:

  • vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
  • Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi

Buah Kiwi Baik Untuk Kesihatan

Buah berkenaan dikenal pasti padat dengan khasiat nutrisi dan menduduki tempat teratas di dalam model kepadatan nutrisi buah-buahan. Buah kiwi menyediakan lebih banyak vitamin dan mineral untuk setiap gram dan setiap kalori dalam sebiji buah kiwi berbanding dengan buah-buahan lain seperti oren, kranberi, beri biru, buah delima, pisang dan epal. Menurut kajian buah kiwi ditemui membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh, meningkatkan daya kesihatan pencernaan dan prestasi otot selain dapat mengurangkan inflamasi serta kerosakan sel.

Buah kiwi kuning dan hijau dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit untuk jangka masa panjang seperti radang sendi, barah, penyakit jantung, kencing manis dan masalah berat badan. Ia dapat membantu mencapai keseimbangan optimum antara bakteria baik dan buruk serta mampu melindungi serangan barah berkaitan enzim dalam pencernaan yang lebih rendah. Ia juga mampu melindungi otot terhadap tekanan oksidatif berkaitan dengan sukan.

Buah kiwi sarat juga dengan phytonutrients yang baik bagi tahap kesihatan kerana menghasilkan polyphenols sebagai antioksidan dalam tubuh, enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata. Memakan buah Kiwi dengan kerap antara cara mudah bagi mendapatkan kandungan nutrien penting untuk badan. Buah kiwi boleh membantu kita berasa lebih sihat dan dapat menikmati usia lebih panjang.


Sumber: http://jkbertindak.ump.edu.my

Iklan