Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, August 23, 2009

Hari ke 2 Puasa Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 2 umat islam berpuasa.. dan semalam alhamdulillah ibadat puasa dikerjakan dengan sempurna tanpa ada rasa lapar dan dahaga.. dan bersyukur juga abang achap berpuasa dengan tenang dan tak banyak bersunggut macam tahun lepas..mungkin sebab dah besar agaknya.. dan untuk tahun ni aku tak sebut pun pasal ganjaran kalau puasa sebulan dan dia pun langsung tak bertanya hal tu.. aku nak dia puasa kerana tuntutan agama.. perlu lakukan dengan ikhlas.. insyallah.

Semalam menu sahur keluarga aku sediakan ikan cencaru sumbat dan ayam goreng.. dan hari ni lak aku sediakan daging sambal berbuka semalam hehehe.. ada belen jgn membazir.. dan yang ni achap suka..aku pun suka..udang tepung.. just simple jer.. kalau makan berkuah untuk sahur ni biasanya tak jalan.. tak lalu nak makan..

Hmmm.. berbuka semalam aku sekeluarga alhamdulillah dapat berbuka dengan mak n ayah ngan adik2 kat umah mak.. tapi agak tak meriah sebab man ngan aye takde.. dorang berbuka kat umah masing-masing..takpelah..mungkin esok-esok insyallah.. semalam aku cuma sempat masak daging sambal ngan sayur kailan ikan masin jer sebab aku ada class semalam.. kul 5 petang baru sampai umah.. dan semalam berkat hari pertama puasa presentation kami berjaya dan mendapat pujian lecturer..alhamdulillah.. thank girls atas kerjasama kalian semua submit part masing2 awal.. so dapatla saya cuba edit dan hiasi slide yang mana termampu.. walaupun sering tak cukup tido, aku rasa berbaloi.. so girls we do it for the next assignment k..insyallah.

Friday, August 21, 2009

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN....

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Yang bermaksud:(masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan yang membezakan antara benar dengan yang susah ( surah Al Baqarah : 185 )

2. Bulan penuh berkat

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, di tengahnya pengampunan dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

3. Bulan penghapusan dosa

Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu pada dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibrail dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar.(surah Qadr:1-5)

Monday, August 17, 2009

Resepi Ketam Serai Kunyit

Lebatnya hujan petang ni..dengan angin bertiup kencang..kalau ada goreng pisang panas ke ngan teh o panas sure sedap.. tapi nak keluar malas hehehe so ape yang ada kat dapo ekk nak ganti minum petan ni..hmmm..dalam esbok ada ketam laaa..apa lagi aku capai ketam then bersihkan dan sediakan bahan-bahan untuk masak..Masa ketam tengah mendidih kat atas api, aku dah terliur dengan bau dia.. bukan masak yang susah-susah..masak ngan air jer.. simple dan sedap.. rancangnya nak buat makan malam nanti tapi dek kerna tak tahan nafsu nak makan tu, aku ngan hubby apa lagi..senduk sorang sepiring la..sekor sorang..meratah la kami 3 beranak menggantikan minum petang yang sepatutnya dihidang dengan kueh mueh hehehe.. achap takde..belum balik sekolah..so mira la yang paling banyak dapat makan isi ketam tu.. syyyy..jangan bagitau abang achap tau..

Nak cuba resepi Ketam Masak Air? kat bahagian bawah entry kat blah kanan blog ni aku ada sediakan resepinya.. cuba la.. aku jamin korang mesti puji diri sendiri punye sebab masak sedap.. aku hubby yang puji..tu dah cukup buat aku happy.. so tatata..

Iklan