Monday, December 18, 2017
3 HARI DI MASAI, JOHOR
Monday, November 6, 2017
HARI PERTAMA SPM 2017
Masa:
8.00 pagi - 9.45 pagi .. BM Kertas 1
2.00 ptg - 4.30 ptg.. BM Kertas 2
Semoga dipermudahkan. aamiin
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Aku mohon keampunan Mu, Aku mohon kerahmatan Mu, Aku mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Kau ampunkanlah dosa ku, dosa suami ku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa anak anak ku, dosa saudara mara ku, dosa ahli keluarga ku, dosa guru guru ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Permudahkan urusan ku di dunia dan urusan ku di akhirat. Jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah aku manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang aku lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Ikhlaskan hati anak anak ku untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Aku mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Hari ini anak ku Amirul Asyraaf akan menduduki peperiksaan SPM ya Allah. Aku mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak ku dalam peperiksaan yang anakku hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak ku hari ini ya Allah. Permudahkanlah anak ku menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada anak ku ketika menjawab soalan, jauhilah anak ku daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati anak ku untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak ku nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak ku. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak ku lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak ku. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, anak ku Amirul Asyraaf dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk anak ku menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri nya kepada Mu.
Jadikanlah anak ku pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Aku mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak ku. Jadikanlah anak ku pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri nya dan buanglah sifat mazmumah dalam diri anak ku Amirul Asyraaf.
Ya Allah, jadikanlah anak ku seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang aku doakan ini bukan untuk diri anak ku sahaja, tetapi apa yang aku doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak ku ini lah harapan kami. Aku mahu anak ku Berjaya ya Allah. Aku mahu anak ku mengubah nasib keluarga ku ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak ku anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata ku memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak ku ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati anak ku untuk melakukan amalan amalan yang membawa nya ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati anak ku daripada melakukan amalan amalan yang membawa nya ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati anak ku untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan nya dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Aku tidak mampu untuk mengawasi anak ku setiap waktu ya Allah. Aku serahkan anak ku untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika anak ku tidak bersama ku ya Allah. Gerakkanlah hati anak ku untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah anak ku daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa ku ini. Aku memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan ku. Aku meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan aku. Aku merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa ku ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa ku ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa ku ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah ku ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Sunday, November 5, 2017
DOA BUAT ANAK KU HADAPI SPM 2017
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Aku mohon keampunan Mu, Aku mohon kerahmatan Mu, Aku mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Kau ampunkanlah dosa ku, dosa suami ku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa anak anak ku, dosa saudara mara ku, dosa ahli keluarga ku, dosa guru guru ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Permudahkan urusan ku di dunia dan urusan ku di akhirat. Jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah aku manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang aku lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Ikhlaskan hati anak anak ku untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Aku mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak ku akan menduduki peperiksaan SPM ya Allah. Aku mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak ku dalam peperiksaan yang akan anakku hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak ku dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah anak ku menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada anak ku ketika menjawab soalan, jauhilah anak ku daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati anak ku untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak ku nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak ku. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak ku lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak ku. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, anak ku Amirul Asyraaf dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk anak ku menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri nya kepada Mu.
Jadikanlah anak ku pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Aku mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak ku. Jadikanlah anak ku pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri nya dan buanglah sifat mazmumah dalam diri anak ku Amirul Asyraaf.
Ya Allah, jadikanlah anak ku seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang aku doakan ini bukan untuk diri anak ku sahaja, tetapi apa yang aku doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak ku ini lah harapan kami. Aku mahu anak ku Berjaya ya Allah. Aku mahu anak ku mengubah nasib keluarga ku ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak ku anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata ku memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak ku ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati anak ku untuk melakukan amalan amalan yang membawa nya ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati anak ku daripada melakukan amalan amalan yang membawa nya ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati anak ku untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan nya dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Aku tidak mampu untuk mengawasi anak ku setiap waktu ya Allah. Aku serahkan anak ku untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika anak ku tidak bersama ku ya Allah. Gerakkanlah hati anak ku untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah anak ku daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa ku ini. Aku memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan ku. Aku meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan aku. Aku merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa ku ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa ku ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa ku ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah ku ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Thursday, November 2, 2017
CHOCOLATE PRALINE
demi seorang sahabat akak ambik juga order darinya..
sahabat akak ni namanye Liza.. dia order 2kg coklat praline..
Alhamdulillah skill masih ada.. :D
Monday, October 30, 2017
BIRTHDAY SURPRISE BUAT AMNA
Sunday, October 29, 2017
MOIST CHOCOLATE CAKE & BROWNIES
Tqsm ina
Alhamdulillah.. ina request 1/2 MCC + 1/2 Brownies .. utk 2 rumah.. adil gitu..
moga murah rezeki ina sekeluarga.. amiin
Monday, October 16, 2017
TAHUN KE 2 TANPA AYAH
Sangat sangat rindu ayah..
2 tahun dah ayah pergi.. sama usia cucu ayah Zara..
ayah tak sempat tengok cucu ayah tu kan..
lepas 2 minggu ayah pergi, Zara lahir ayah.. 16 okt - 30 okt
Ayah.. tak lama lagi anak bongsu ayah dah nak kawin..
dulu ayah ada.. tapi kali ni ayah xde..
sedih rasa nye yah.. dulu kami yang lain kawin,
macam2 ayah suruh buat..
tapi kali ni tak meriah yah.. kami buat catering je..
kalau ayah ada, mesti ayah suruh masak sendiri kan..
Ayah.. saya rindu semua tu yah..
Ayah.. sekarang mak selalu tak sihat..
Sejak ayah pergi, mak selalu sakit-sakit
sekarang ni anak bongsu ayah yang jaga mak
nanti dia dah kawin, dia pindah johor yah..
Nanti lepas anak bongsu ayah pindah,
Semua org risau.. sape lah yang akan jaga mak..
Saya & Sue kan ada.. kami akan jaga mak..
Kalau anak2 lelaki ayah takmau jaga, kami ada yah..
Sebelum ni pun, kalau mak sakit, sapa yang jaga mak?
Ayah.. saya rindukan ayah.. rindu sangat sangat..
Menitis je air mata ni bila rindu kat ayah
Teringat zaan saya kecil dulu..
Teringat zaman remaja saya membesar ada ayah..
Ayah..
Ayah rehatlah di sana ye..
Saya akan selalu doakan ayah..
Alfatihah
Monday, October 9, 2017
BUKU RESEPI UNTUK BABY
Ini merupakan Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan Malaysia..
Ada lebih 60 resepi untuk bayi & kanak-kanak prasekolah ikut peringkat umur.
Selain resepi2 yang menarik, buku ni di tulis dalam dwibahasa.. iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris..
Buku ni ada banyak gambar & berwarna cantik2 tau..
Kualiti kertas pun bagus.. macam majalah..
Ada 134 mukasurat..
Tak rugi beli tau.. boleh digunakan sepanjang zaman..hihi
Sunday, September 24, 2017
JANJI..
Wah bersarang balik blog aku ni.. sebnarnya banyak cerita yang dah di draft kan.. tapi karangan tak habis.. malas sgt jari ni nak menaip.. tapi akan ku siapkan juga cerita cerita itu..
Wednesday, August 16, 2017
NOXXA STEAMER
- Jalani gaya hidup yang lebih sihat
- Nutrien dan rasa dikekalkan sewaktu proses pengukusan
- Jika kita kukus ikan dan kuih sekali, bau ikan tak serap kat kuih
- Ruang pengukus XL 3 tingkat yang boleh disusun bertingkat
- Setiap tiub stim menyalur stim ke setiap ruang yang mana meminimumkan pemindahan bau makanan dari satu ruang ke ruang yang lain.
Thursday, July 20, 2017
KAD CERIA WARGA KOTA KUALA LUMPUR
Tuesday, July 18, 2017
ÇARA TUNTUT DUIT WTD
Persoalannya.. semakan dah buat.. dah tahu berapa jumlah yang Ada.. tapi macamana nak tuntut?
Klau si penuntut masih hidup...perlu 4 dokumen shj
1. SURAT WTD (DARI ENTITI)
2. SALINAN IC
3. SALINAN ACC BANK YG AKTIF (PERLU PENGESAHAN BANK)-NAMA PEGAWAI N COP CAWANGAN
4. BORANG UMA-7 (DONLOD DR WEBSITE JAB AKAUNTAN NEGARA)
Cara dptkn surat Wtd..
katakan laa lepas wat semakan..ada duit wtd dr bank islam...kene g mane2 bank islam, mintak dieorg kuarkan surat wtd...
Untuk lebih details n cara isi borang, blh rujuk - www.anm.gov.my
http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut
Monday, June 5, 2017
KADAR ZAKAT FITRAH 2017
Dah byr zakat? mesti ramai kata awal lagi kan.. jgn buat keje last minit ye bang.. nanti terlupa..
Jom rujuk kadar byran zakat kat tempat uols.. kita kat KL ni rm7 sorang.. uols?
Selamat berpuasa semua..
Saturday, May 27, 2017
SALAM RAMADHAN
Salam Ramadhan semua..
Syukur alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menikmati indahnya Ramadhan pada tahun ni.. tahun ni merupakan tahun ke-2 berpuasa tanpa ayah.. hari ni hari pertama puasa.. sahur kami ala kadar je.. ayam goreng tepung & sambal berlado.. masih ingat tak niat puasa?? jom kita semak..
Sunday, April 23, 2017
MAJLIS AQEQAH ADAM FAYYAD
Selain dari kambing golek, ada laksa, kuih muih, lauk pauk, buah-buahan.. dan mcm2 lagi la.. semoga Adam jadi anak yang soleh..amiin
Saturday, April 15, 2017
LASAGNA & MINI LASAGNA CUPS
Ada ke yang nak resepi? alaaa google je.. hihi.. klau nak juga bagitau ek.. ok.. jom makan..
Wednesday, April 12, 2017
Birthday Puteriku Amira
Si abg suggest makan kat Texas Chicken.. kawan2 dia kat sekolah kata sedap sangat kalah KFC huhu.. wahhhh kene cuba ni.. so kami google dulu TC yg paling dekat dgn rumah.. ada 2 pilihan.. Texas Chicken Sogo & Texas Chicken Karnival City Mall .. pilihan si abah merangkap driver kami adalah cer teka cer teka hihi..
10 minit je dari rumah.. yang buat lambatnye nak cari parking.. hmmm.. tapi sebenarnye parking byk.. mls nak masuk ke dlm je huhuhu.. sampai kat TC mata melilau cari tempat duduk.. boleh tahan jugak ramai pelanggannye.. tukang order dah tentulah aku mama dorang.. ni 1st time aku order TC.. hmm agak payah jugak la.. harga nye agak mahal sikit dari KFC tau.. tapi kan.. tapi kan.. rasa ayam dia.. fuhhhhh!!! memang betul cakap kwn2 abg acap tu.. yg Spicy tu.. aduhaiii sampai balik teringat uols..
Seronok tengok anak2 makan.. sedap sgt kata haziq.. kembar adik yg makan 2 ketul stgh.. hahaha.. ada stgh kot.. kebas mama punye ler.. alhamdulillah syukur dgn rezeki yg Allah beri.. dapat raikan besday kakak..
Kakak mira ada 1 lagi permintaan.. nak mama buatkan Lasagna.. dah bagitau, lasagna mama masak hari sabtu nanti.. ok semua.. jom cari TC hihi.. x puas makan uols..
Thursday, March 16, 2017
RESEPI WAJiK FEBERET MAK
Resepi Wajik ni aku park kat blog ni siap2 dulu.. bukan apa.. takut hilang pulak nanti.. Resepi adalah perkongsian dari kak Aniza Rohan.. nanti aku nak try buat.. feberet mak ni.. tapi xleh bagi mak mkn byk.. kencing manis wehh.. kak Aniza, terima kasih ye sbb sudi share cara buat wajik ni.. terbaik!!
Resepi wajik (copy sepenuhnya)
700gm pulut
1kg atau lebih santan pekat(tak perlu campur air)
1 ketul gula kabung
400gm gula merah(cari yg gelap)
Gula 200gm
Air
Daun pandan 4-5 helai
Perlu saya beritahu kadang2 saya tambah lagi gula melaka atau santan masa wajik hampir masak atau bila gulanya sedang memekat utk pastikan manis dan lembapnya cukup ya.Jadi sesuaikan dan adjust ya.Tapi pada saya resepi ni dah oklah tahap kemanisannya.
Perlu saya ingatkan wajik ni kalau dikurangkan sangat gulanya akan jadi kurang sedap dan cepat je berkulat.Jika disimpan 2-3 hari gulanya akan naik dan bersakar(bersarang di atas) kira kalau bersarang tu memang bagus dan sedap sgt.
Boleh disimpan lama kalau cukup semua bahannya.
Monday, February 27, 2017
DATANG BERKENALAN
Hari ada org johor mai umah mak.. bukan merisik tapi dtg dgn tujuan utk berkenalan.. alhamdulillah.. yg jauh didekatkan.. yg dekat disatukan kan kan.. semoga ada jodoh adik aku dgn si M tu.. hahaha.. nama pun aku x tau.. tadi makcik ada bagitau.. lupa sudah..
Depa mai tghari.. so kami jamu depa makan nasi la kan.. mak masak ayam masak merah, kangkung tumis, sambal belacan & ulaman.. aku buat pajeri nenas.. dan utk pencuci mulut, aku buat kueh lompang.. alhamdulillah dapat kenyangkan tetamu kami..
so.. nantikan next episod.. bulan 4 katanye.. nak mai merisik.. aku, sue n makcik aku nak start diet.. kang dlm gambar x lawo huhu.. macam la kami yg nak menikah hahahaha..
bulan 4 .. horaa horeyy!!
Saturday, February 25, 2017
MESYUARAT PIBG 2017 SKBBS
Mesyuarat start kol 8.30 pagi.. habis kol 12 tghari.. lamanye hihi.. perut lapar.. sekolah bagi roti ngan mineral je.. ingatkan ada kopi, teh ke.. nasi lemak ke hahahaha.. gurau2 jemari je.. jgn sentap2 ye..
#huhumengantuknye..
Saturday, February 18, 2017
KERIA GULA MELAKA
Semalam punya cerita.. Haziq nak makan kuih keria malam ni juga.. dah 2 hari dia tuntut.. tapi aku tak sempat nak buat..demi Anak.. terhasil la juga Kuih keria gula melaka.. alhamdulillah..
1 kg keledek dpt 30 biji .. puashati :)
Klau ada kwn2 yg nak mencuba.. ada resepi kat bwh ni ye..
Bahan-bahannya:
1 kg keledek
1 1/2 cawan tepung gandum
Rebus keledek dengan sedikit garam. Bila dah empuk, keluarkan dan lenyek masa masih panas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan bulat2kan dulu adunan sebelum dibentuk.. Klau lembik, tabur tepung kat tangan dan baru bentukkan.. Goreng sehingga warna bertukar jadi perang kecoklatan. Kena selalu balikkan bagi elak hangus. Toskan.
Gula melaka (yg bulat tu) -kikis halus
1-2 sudu besar gula perang / gula pasir
Air - sekadar untuk gula larut
Cara buat:
Satukan gula dan air, masak sampai berbuih mendidih dan betul betul likat baru masukkan keria.... gaul rata terus tutup api. Angkat cepat2 sbb nanti melekat bila mengeras..
Selamat mencuba :)