Hati ibu mana yang tak risau bila anaknya akan berjuang dalam peperiksaan.. senak perut semua ada.. setiap detik jam berdetik, setiap itulah fikiran ni asik teringat kat anak akak tu.. esok anak sulung akak, Amirul Asyraaf akan duduki peperiksaan SPM.. semoga dia diberi ketenangan dalam menjawab soalan peperiksaan..
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Aku mohon keampunan Mu, Aku mohon kerahmatan Mu, Aku mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Kau ampunkanlah dosa ku, dosa suami ku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa anak anak
ku, dosa saudara mara ku, dosa ahli keluarga ku, dosa guru guru
ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Permudahkan urusan ku di dunia dan urusan ku di akhirat. Jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah aku manusia
yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang aku
lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Ikhlaskan hati anak anak ku untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat
dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya
Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Aku mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh
guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada
mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak ku akan menduduki peperiksaan SPM ya Allah. Aku mohon kepada Mu ya
Allah, bantulah anak ku dalam peperiksaan yang akan anakku hadapi
ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak ku dihari peperiksaan nanti.
Permudahkanlah anak ku menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.
Berikanlah ketenangan kepada anak ku ketika menjawab soalan, jauhilah anak ku daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan
peperiksaan. Dorongkanlah hati anak ku untuk menjawab setiap soalan
sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak ku nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak ku. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak ku
lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak ku.
Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, anak ku Amirul Asyraaf dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia
sebagai pembuka jalan untuk anak ku menjadi hamba Mu yang soleh dan
menghampirkan diri nya kepada Mu.
Jadikanlah anak ku pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di
dunia dan cemerlang di akhirat. Aku mohon kepada Mu, Kau perbaikilah
akhlak anak ku. Jadikanlah anak ku pelajar yang cemerlang dan
mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri nya dan buanglah sifat mazmumah dalam diri anak ku Amirul Asyraaf.
Ya Allah, jadikanlah anak ku seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang aku doakan ini bukan untuk diri anak ku sahaja, tetapi
apa yang aku doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah.
Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak ku ini lah harapan kami. Aku mahu anak ku Berjaya ya
Allah. Aku mahu anak ku mengubah nasib keluarga ku ya Allah.
Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak ku anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata
ku memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak ku ahli syurga ya Allah.
Dorongkanlah hati anak ku untuk melakukan amalan amalan yang membawa nya ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati anak ku daripada melakukan amalan amalan yang membawa nya ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati anak ku untuk menunaikan
solat. Janganlah Kau melalaikan nya dengan perkara perkara yang tidak
berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Aku tidak mampu untuk mengawasi anak ku setiap waktu ya Allah. Aku serahkan anak ku untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika anak ku
tidak bersama ku ya Allah. Gerakkanlah hati anak ku untuk berada di
tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah anak ku daripada berada di
tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa ku ini. Aku memohon kepada Mu kerana Engkaulah
tuhan ku. Aku meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan aku. Aku merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa
doa ku ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa ku ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa ku ini, siapa lagi yang
akan mendengarnya. Bantulah ku ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
No comments:
Post a Comment