Hari ni nak share cerita pasal cara nak banyakkan susu badan.. disamping mengamalkan supplement Habbatussauda, usaha berterusan perlu dijalankan dengan berapa cara seperti kat bawah ni..
- Banyakkan minum air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dlm 2liter++)
- Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari. Tak suka minum susu, boleh ambil pil kalsium.
- Banyakkan makanan berprotein.Protein penting kerana komposisi utama dalam susu ibu ialah protein dan diperlukan utk membina sel, kulit, rambut,kuku dan pertumbuhan yg sihat.
- Makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis2) campur dgn air asam
- Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari
- Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..
- Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
- Makan lebih sayur2an ..especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak putih,saleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga, Ulam jantung pisang.
Selain daripada makanan, susu juga akan terhasil dengan banyak jika kita amalkan petua2 dan cara2 kat bawah ni:
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir Bayi Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat atau berzikir Ya Mattin. Boleh juga amalkan baca quran semasa mengepam.
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi perahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak.Dengan kata lain, pam sebelah, menyusu sebelah.
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.
So lepas pump,Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dapat 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza kan...
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum tukar menyusu ke sebelah yang lain.
Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat tukarkan ke payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya.
Macam mana nak tahu dah kosong?
-ada dua cara. pertama dengan menekan di sekitar payudara, jika tiada rasa sakit, dan kendur, dah kosong la tu.
kedua, dengan keluar titisan je bila kita buat marmet.
Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah.
maksudnya kat sini, bila kita tengah pam, kita mcm rasa susu dah tak ada, tapi teruskan pam dan tunggu je walaupun tak ada, dalam masa beberapa minit,mungkin 5 minit, mungkin 10 minit, susu akan mula keluar balik dengan banyaknya. Cubalah!
9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Penggunaan Pam yang sesuai.
Dapatkan pam yang sesuai dengan citarasa anda.. sesetengah kedai ada sediakan set trial.. so boleh cuba dulu..
Dengan usaha dan doa, apa yang anda harapkan InsyaAllah berhasil..
No comments:
Post a Comment