Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan.. walaupun sukar mana pun keadaannya si ibu tetap bertarung demi insan2 yang dicintai.. malah yang dinanti adalah kembar perempuan.. bayangkan betapa teruja dan tak sabarnya menanti hari melahirkan mereka.. kita hanya merancang.. hanya Allah sahaja yang tahu apa yg akan berlaku pada masa depan.. semuanya telah tertulis..
Hebatnya ibu ini!! sebab aku juga ibu kepada anak2 kembar.. aku tahu perasaan si ibu bila memiliki anak2 kembar.. dan aku tak mampu bayangkan jika berada di tempat si ibu ini.. Jom kita baca perkongsian cerita dari seorang ibu yang telah
dianugerahkan kembar dan kembarnya telah dipilih untuk menanti ayah dan
ibu mereka di sana.
"Ayu juga dianugerahkan kembar..
pernah dianugerahkan kembar.. dipinjamkan kembar.. hanya utk beberapa jam
selepas dilahirkan. ayu juga pernah merasa punya anak kembar..walau
hanya utk bbrp jam. ayu juga pnh menikmati indahnya saat memeluk dan
mencium kembar..walaupun hanya di saat mereka sudah kaku dan tdk
bernyawa.
2 disember 2011...tarikh keramat yg tdk akan ayu
lupakan smp akhir hayat. kerana pada hari itulah ayu dianugerahkan dua
bidadari syurga yg akan setia menunggu ibu di sana. hari itulah ayu
bertarung nyawa antara hidup dan mati kerana komplikasi yg dialami.
Semasa usia kandungan 5 bulan, doktor mengesahkan yg salah seorg kembar
tdk sihat. buah pinggangnya tdk berfungsi. keadaannya sedikit
membengkak berbanding yg sorg lagi. stress...risau...susah
hati...membuatkan ayu mengalami contraction awal. ayu dimasukkan ke
hospital selama 2 bulan...hanya berbaring di katil...menunggu waktu yg
sesuai utk melahirkan kembar. drip anti contraction sentiasa
dipasang...bagi mengawal contraction ayu yg datang setiap hari. dan
setiap kali contraction terlalu kuat..injection akan diberikan. 2 bulan
terbaring di hospital cukup menyeksakan..namun demi si kembar, ayu
sanggup. usahkan 2 bulan..2 tahun pun ibu sanggup asalkan anak2 ibu
selamat.
Malam jumaat..1 disember 2011..ayu mula mengalami
komplikasi kesan drp drip anti contraction yg ayu ambil selama 2 bulan.
jantung ayu mula tdk stabil. sakitnya dada di saat menarik nafas. badan
mula berpeluh...dan kaki mula kebas hgga ke lutut. malam itu...5 org
jururawat termasuk seorg midwife berkampung di bilik ayu. bermacam mesin
dipasang...suami dihubungi..doktor dipanggil. patient kritikal...kata
mereka. dan ayu....separuh sedar. antara dengar dgn tidak..antara nampak
dgn tidak. suasana ketika itu sggh merimaskan ayu. ayu juga mengalami
gangguan dr makhluk halus yg dtg mengambil kesempatan ketika keadaan
badan dan mental yg lemah. bermacam jelmaan dtg..bermacam suara
kedengaran silih berganti. ayu...kau mesti kuat!!!
disebabkan
jantung yg mula tdk stabil, drip anti contraction terpaksa dihentikan.
bantuan oksigen diberikan...namun blm mampu utk membuatkan ayu selesa
bernafas. jururawat di sisi sentiasa mengingatkan ayu utk mengucap dan
stay strong. ya...ayu masih blh dengar semua tu.
seawal jam 7
pagi 2 disember...ayu mula turun darah. dan contraction yg malamnya
hanya perlahan..kini mengganas. sakitnya hanya Allah yg tahu. tdk dpt
nak digambarkan. darah bertakung di katil...membuak2 macam dipam keluar.
ayu disorong ke labor room. walaupun bantuan gas diberi, ia masih belum
cukup utk membuatkan ayu lupa tentang kesakitan yg dtg. dan ia blm
mampu membuatkan telinga ayu kabur drp mendengar perbualan cemas doktor2
dan suami.
"keadaan isteri encik kritikal. darah byk keluar.
anti contraction x blh diteruskan kerana jantungnya bermasalah. jadi
kami terpaksa lakukan emergency operation." kata pakar sakit puan.
"keadaan jantung dan tekanan darah isteri encik sgt bahaya utk kami
berikan bius. kami terpaksa kurangkan satu dose bius..dan kemungkinan
isteri encik tidak akan sedar lagi selepas itu agak tinggi. 50-50." kata
pula pakar bius.
setiap kata2 itu kedengaran jelas di telinga
ayu. ya allah..andai jumaat ini jumaat terakhirku...aku redha. kau
selamatkanlah anak2ku.
suami mengiringi ayu ke dewan bedah dgn
linangan air mata. menggigil tangannya saat menggenggam tangan ayu.
menitis air matanya saat kemaafan dipohon. ayu sempat berpesan supaya
menjaga anak sulung kami yg ketika itu berusia 5 tahun dgn baik...jaga
kembar kita dgn sempurna...berikan didikan yg sempurna kpd anak2 kita.
kerana ayu dpt rasakan yg itulah kali terakhir ayu dpt berinteraksi dgn
suami.
sayup2 ayu dengar nama ayu diseru. seorg lelaki tua tersenyum memandang ayu. "tadah tangan nak..."
tadah tangan?
"pakcik nak bg hadiah.."
ayu menghulurkan tangan kanan..dan pakcik tersebut meletakkan dua
batang gigi baby bertangkup..di tapak tangan ayu. ayu terpinga2.
"simpan baik2 nak. ini hadiah berharga.."
lalu ayu genggam gigi tersebut...kemas.
sebaik sahaja membuka mata...org pertama yg ayu lihat ialah suami
ayu..yg sdg membaca yaasin di sebelah kanan ayu. ohhh...baru ayu
tahu...rupanya pakcik tadi hanya mimpi. jam pada waktu itu sudah pukul 3
petang. lamanya ayu tidur. suami tersenyum...syukur ayang dah
sedar..katanya. ayu senyum. mana anak kita?
abg dah tgk anak
kita. anak kita comel. macam aqilah kecik2 dulu. hidung mancung...bulu
mata lentik. mulut dia mcm ayang..jari runcing...
ayu
senyum...bkn itu yg ayu mahu dgr dr suami. ayu mahu tahu di mana anak
kita.entah kenapa naluri ayu mengatakan yg anak ayu dah tiada. walaupun
suami tidak maklumkan..namun ayu tahu..kembar ayu sudah tiada.
bang...ayang nak tgk baby..
suami diam. tunduk....menyembunyikan air matanya.
bang..ayang tahu anak kita dah takde. ayang nak tengok..
pada awalnya jururawat tdk membenarkan..kerana ayu masih lemah katanya.
namun ayu berkeras. izinkan saya tgk anak2 saya sebelum dibawa balik.
saya mengandungkan mereka. saya bergadai nyawa utk mereka. izinkan saya
tatap dan peluk mereka.
siapa yg mampu melawan kerasnya hati si ibu kan. akhirnya jururawat mengalah.
kedua mereka ditolak ke katil ayu. sungguh.....saat itu tidak ada walau
setitik air mata yg keluar. bahkan ayu tersenyum dan teruja melihat
mereka. subhanallah....indahnya ciptaan Allah. cantiknya
mereka...comelnya bidadari ibu.
ayu pangku...ayu cium..ayu
sentuh setiap inci tubuh mereka. wanginya anak2 ibu...walaupun berbalut
kain putih. tidak akan ayu lupa smp bila2 wajah mereka....tdk akan ayu
lupa smp bila2 wanginya bau mereka.
abang kata...aina pergi
sejam selepas dilahirkan (krn masalah buah pinggang). auni pula...mula
meragam sebaik sahaja aina dikeluarkan dr incubator...dipisahkan.
keadaannya merosot perlahan2... pakar baby kata...kami buntu. dia
seolah2 menolak semua yg kami beri. ya...ayah faham syg. syg nak ikut
kakak kan?
suami memangku auni...mengqamatkan..dan membisikkan
zikir di telinganya. sayang...klu syg nak ikut kakak, syg pergilah. ayah
dan ibu redha. jgn paksa diri. tggu ayah dan ibu di sana nanti ya...
sebaik sahaja ayah berbicara...auni seakan faham...dan auni pergi mengikut kakak.
nurein qasrina aina...
nurein qaisara auni...
bidadari ibu...
tunggu kami di sana ya.
pergimu hanya sementara. kelak kita akan bersua di alam yg abadi.
tunggu ibu..ibu rindu nak peluk dan cium kalian berdua. ibu rindu bau
itu..
1 comment:
Saya baru kehilangan anak pada 7 Disember 2014. Dilahirkan secara normal. Tapi apa yang saya ingat hanya detik melahirkan sahaja. Selepas itu langsung tidak sedar apa.
Post a Comment