Satu pengalaman baru buat aku hari ni.. aku join satu konvensyen untuk pengelola haji.. aku sebagai pencatit minit mesyuarat dan menyediakan slide untuk presentation.. lia yang ajak aku join ni.. tu pun sebab kawan dia kensel coz ada interbiu.. rezeki aku kan.. alhamdulillah.. konvensyen tu berlangsung kat De Palma Hotel, Ampang selama 3 hari tapi aku cuma terlibat 2 ari jer.. kalau dah buat event kat hotel apa lagi kalau bab makan..fuhhhh!! sampai tak larat makan la..
Hari pertama aku kat situ, aku agak cuak gak la sebab aku ditempatkan dalam bilik mesyuarat bahagian Agama.. mak aiii..apela yang nak dibincangkan ntah.. jangan la bab2 yang aku tak reti.. 2,3 kali jugaklah aku tanye kat organizer yang incharge tu.. dan alhamdulillah bahagian aku lah yang paling best..paling sempoi..paling sporting..paling simple.. masa mesyuarat berlangsung aku rasa takde lah formal sangat ahli2 mesyuarat tingkat tu berbincang.. cadangan, usul, bangkang, terima, cadangan lain, setuju, tak setuju, usul lain dan mcm2 lagi..tu antara perkataan2 yang banyak digunakan masa mesyuarat tu.. Mesyuarat berhenti kol 6.15 ptg then sambung balik kol 9.15 malam.. aku balik kol 10.30 malam pastu singgah umah 'ammak' ada tahlil.. makan lagi.. makin kembang la aku..
Hari kedua kami kene datang awal.. kol 7.15 pagi kami dah gerak.. alhamdulillah lom kol 8 pagi kami dah sampai hotel.. pas sarapan kami terus ke dewan.. aku agak terkejut sebab acara perbahasan usul dah bermula.. udahlah lia ngan 2 sekretariat lagi tu lom wat ape2 persediaan slide.. kelamkabut jugakla.. aku gak yang leh tersenyum sebab aku dah siap semua.. cuma tunggu Ustaz Syed sampai jer.. last2 Ustaz Razlan yang ke depan..
Konvensyen tu agak kelamkabut jugak la sebab tu 1st konvensyen seperti tu.. so banyak yang draf surat time tu la buat.. aku boleh berbangga gak la dengan diri aku sebab aku jadi orang penting aritu disebabkan skill aku dalam penyediaan slide presentation.. dan juga aku banyak membantu Dato' buat laporan cadangan yang dibentangkan.. walaupun ada error here and there tapi aku puas hati dengan masa yang begitu suntuk, laporan tu dapat disiapkan tepat masa ucapan Dato' Mashitah berakhir.. selesai semua aku ngan kak azlita tu gi makan ler.. lia takde, dia kuar gi interbiu.. aku tunggu dia sampai kol 3 ptg..alhamdulillah semua nya ok.. aku pun happy coz pengalaman yang aku dapat hari ni.. best!!!
No comments:
Post a Comment