Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, March 31, 2010

Penyakit Air Kencing Tikus

Tetiba jer aku terpanggil cari artikel pasal penyakit ni bila ada kawan kat fb bertanyakan hal ni.. lagi pun dalam metro ada cerita pasal kejadian PATI mati akibat penyakit ni jugak.. banyak artikel yang aku dapat.. dan paling menarik perhatian aku ada satu kes, pengalaman seseorang pasal penyakit ni.. dan aku mula risau sebab kawasan persekitaran rumah aku memang banyak tikus.. besar2 pulak tu.. leh lagi masuk dalam umah.. aku kene jauhkan family aku dari dapat penyakit ni.. baca lah artikel kat bawah ni..

"Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan saya di Bangi untuk berbual kerana dah lama tak berjumpa. Dia bagitahu yang dia baru jer balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair kerana salah seorang bapa kawannya telah meninggal dunia kerana disyaki keradangan otak.

Menurut beliau sukar dia nak percaya kejadian yang berlaku kepada arwah kawan bapanya. Kerana arwah nie sihat sepanjang hari sebelum meninggal. Tiba-tiba jer kena macam strok masa kat umah dia. Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri sehinggalah ke akhir hayat beliau. Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker klinik. Doktor yang periksa arwah nie bagi tahu dia kena strok. Dia terus refer kes ni ke hospital besar.
Sampai jer ke hospital terus kes nie dirujuk ke bahagian ER. Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak tanda-tanda kena strok. Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ semua terkejut sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah. Bila diaorang check pun check diaorang dapati ada sejenis cairan di dalam otak arwah. Doktor amik sample apa yang patut pada arwah. Tapi saya tak pasti samada dia amik kat kepala jer atau kat bahagian lain. Bila dibuat ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana cairan sample yang dia amik tu mengandungi peratusan tertinggi kandungan asid yang sering terdapat pada air KENCING TIKUS. Semua orang heran macam mana kencing tikus nie boleh ada pada sistem otak arwah. Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie. Mengikut family arwah, arwah nie bukan lah jenis yang
suka makan kat luar. Dia nie suka makan apa yang masak oleh isterinya jer. Tikus pun tak penah nak ada dalam umah diaorang. Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa air minuman dalam tin, kalau tak silap saya air tin bergas. Doktor minta pagawainya ke umah arwah bawa sample dalam air tin tu untuk diuji.

Setelah diuji, kandungan air dalam tin tu tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing. AKAN TETAPI pegawai makmal menguji sampel pada permukaan air tin tu.
Doktor pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie kena jangkitan pada otaknya. Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang tercemarnya adalah permukaan air tin tue jer. Mengikut doktor tu mungkin tikus telah merayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing pada air tin yang arwah beli.

Kalau dilihat secara fizikal manalah mata kasar kita nie boleh nampak kesan air kencing tikus nie kalau air kencing tu dah kering.

Jadi kepada semua rakyat malaysia, berhati-hatilah bila saudara dan saudari membeli mana-mana barangan jenis tin atau berbentuk makanan yang dipack dari mana-mana kedai atau supermarket kerana dikhuatiri perkara nie berulang. Pasti bekas tin atau makanan
dipack yang dibeli dicuci sebelum digunakan atau diminum atau dimakan.

Kita semua pun tahu bahawa tikus nie keje dia merayap kita tak boleh nak salahkan
dia dah fitrah dia macam tu.....dan kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit. Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli barangan untuk keperluan nutrien dan diet kita seharian.

Akhir sekali kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman."

Dan tiba2 aku teringat pesan husband aku setiap kali aku beli air kacip fatimah. dan air2 tin yang lainnya... "basuh dulu tin tu" tapi husband aku takde pulak citer kenapa ngan mengapa.. tapi now aku dah faham..

Thursday, March 11, 2010

Satay Haji Samuri

Hari ni meriah kat umah aku.. ada adik ipar aku ayie ngan family dia, mak ngan abah, mertua ayie pun ada sekali. Mereka sampai dah petang pun.. dorang nak gi Serawak esoknya.. malam tu husband aku blanja semua sekali makan satay samuri kat gombak. Mak ngan ayah aku pun turut serta.. bercerita pasal satay samuri ni, aku tak puashati sket la pasal service yang dorang buat.. dulu masa kat kajang dorang perform bagus nye service siap ada tisu basah lagi tapi skrg dah takde.. kalau setakat takde tisu wangi tu aku paham la sebab nak cut cost bagi balance ngan harga satay tapi ni ha.. service order pun takde.. ader ke customer yang kene beratur, order apa nak makan.. masalah lagi bila order air.. kene ambik kertas nak catit sapa nak minum apa dan sebagainya.. dah jadi waiters kat situ pulak.. sorry la ekk.. tak bagus arr service u all macam tu. Walaupun aku balik dengan kekenyangan tapi aku tetap tak puas hati pasal service tu.. Haji Samuri kene amik action pasal tu.. lagi pun aku tengok aritu takde la ramai sgt pelanggan macam sebelum ni.. agaknya dorang pun tak suka service yang macam ni kot..

Esok pagi, aku buat sarapan.. aku masak nasi lemak, sambal sotong, telur dadar, sambal ayam ngan ayan goreng.. banyak nye menu aku hehehehe.. sebenarnya ayam tu balance ayam yang mak bawak semalam.. aku panaskan balik jer.. jangan membazir hikhikhik!!! Agaknye dorang lapo kot, pagi tu nasi lemak cukup laris.. atau sedap nasi lemak aku tu hehehehe!!

Kol 9.00 pagi rombongan ayie n mak abah nak gerak ke LCCT.. husband aku hantar.. aku ingat nak ikut tapi nak wat camner tak muat avanza tu.. lepas bersalam salaman, aku ajak mira tido hehehe sebab tak cukup tido semalamnye tu..

Thursday, March 4, 2010

Setiausaha Mesyuarat Konvensyen

Satu pengalaman baru buat aku hari ni.. aku join satu konvensyen untuk pengelola haji.. aku sebagai pencatit minit mesyuarat dan menyediakan slide untuk presentation.. lia yang ajak aku join ni.. tu pun sebab kawan dia kensel coz ada interbiu.. rezeki aku kan.. alhamdulillah.. konvensyen tu berlangsung kat De Palma Hotel, Ampang selama 3 hari tapi aku cuma terlibat 2 ari jer.. kalau dah buat event kat hotel apa lagi kalau bab makan..fuhhhh!! sampai tak larat makan la..

Hari pertama aku kat situ, aku agak cuak gak la sebab aku ditempatkan dalam bilik mesyuarat bahagian Agama.. mak aiii..apela yang nak dibincangkan ntah.. jangan la bab2 yang aku tak reti.. 2,3 kali jugaklah aku tanye kat organizer yang incharge tu.. dan alhamdulillah bahagian aku lah yang paling best..paling sempoi..paling sporting..paling simple.. masa mesyuarat berlangsung aku rasa takde lah formal sangat ahli2 mesyuarat tingkat tu berbincang.. cadangan, usul, bangkang, terima, cadangan lain, setuju, tak setuju, usul lain dan mcm2 lagi..tu antara perkataan2 yang banyak digunakan masa mesyuarat tu.. Mesyuarat berhenti kol 6.15 ptg then sambung balik kol 9.15 malam.. aku balik kol 10.30 malam pastu singgah umah 'ammak' ada tahlil.. makan lagi.. makin kembang la aku..

Hari kedua kami kene datang awal.. kol 7.15 pagi kami dah gerak.. alhamdulillah lom kol 8 pagi kami dah sampai hotel.. pas sarapan kami terus ke dewan.. aku agak terkejut sebab acara perbahasan usul dah bermula.. udahlah lia ngan 2 sekretariat lagi tu lom wat ape2 persediaan slide.. kelamkabut jugakla.. aku gak yang leh tersenyum sebab aku dah siap semua.. cuma tunggu Ustaz Syed sampai jer.. last2 Ustaz Razlan yang ke depan..

Konvensyen tu agak kelamkabut jugak la sebab tu 1st konvensyen seperti tu.. so banyak yang draf surat time tu la buat.. aku boleh berbangga gak la dengan diri aku sebab aku jadi orang penting aritu disebabkan skill aku dalam penyediaan slide presentation.. dan juga aku banyak membantu Dato' buat laporan cadangan yang dibentangkan.. walaupun ada error here and there tapi aku puas hati dengan masa yang begitu suntuk, laporan tu dapat disiapkan tepat masa ucapan Dato' Mashitah berakhir.. selesai semua aku ngan kak azlita tu gi makan ler.. lia takde, dia kuar gi interbiu.. aku tunggu dia sampai kol 3 ptg..alhamdulillah semua nya ok.. aku pun happy coz pengalaman yang aku dapat hari ni.. best!!!

Iklan