Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan pengambilan langkah berjaga-jaga bagi menangani masalah penyakit selesema babi ke atas manusia yang melanda beberapa negara pada masa ini dan mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya Darurat Kesihatan Awam yang Membimbangkan Antarabangsa.
Selesema atau influenza babi adalah sejenis penyakit yang menjejaskan sistem pernafasan yang lazimnya menjangkit haiwan khususnya babi disebabkan oleh virus influenza jenis A.
Kebiasaannya wabak haiwan ini tidak menjangkiti manusia tetapi satu "jangkitan luar biasa" melibatkan penyebaran penyakit itu daripada manusia kepada manusia membabitkan virus influenza babi yang disahkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat dan WHO.
Influenza babi pada manusia boleh menjejaskan semua peringkat umur dan tanda-tanda penyakit itu serupa dengan demam selesema biasa seperti demam panas, sakit tekak, batuk-selesema dan sakit pernafasan.
Selesema terbaru itu dikatakan lebih mudarat berbanding sebelumnya kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi, manakala pakar-pakar berkata setakat ini tidak terdapat vaksin bagi selesema itu.
Bagaimanapun untuk sama-sama menanganinya, orang ramai di negara ini terutama yang bukan beragama Islam diminta berhati-hati apabila memakan daging babi dan memastikan hasil produk daging berkenaan.
Sebelum penyakit ini merebak ke negara ini, masyarakat setempat dinasihatkan mengambil langkah keselamatan kesihatan lebih awal dengan mengunjungi klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan apabila mengalami gejala selesema selepas mengunjungi tempat-tempat yang sudah dikenal pasti.
Langkah-langkah keselamatan ini bertujuan mengesan penyakit selesema babi pada manusia lebih awal sebelum merebak luas bagi membolehkan tindakan kuarantin dijalankan secepat mungkin.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas oleh wabak itu tetapi jika perlu ke negara-negara berkenaan, mereka mesti mengambil langkah-langkah berwaspada seperti mengelakkan tempat-tempat yang sesak, mengelakkan daripada mendampingi orang yang di syak dijangkiti demam selesema dan mengamalkan tabiat kebersihan diri.
Beberapa negara mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani selesema babi pada manusia yang setakat ini dipercayai meragut lebih 100 nyawa di Mexico dan menjangkiti lebih 10 orang dalam jangka masa tujuh ke 10 hari di Amerika Syarikat.
New Zealand, Perancis, Sepanyol dan Israel juga telah melaporkan kes yang disyaki yang kebanyakannya mangsa jatuh sakit setelah pulang dari mengunjungi Mexico.
Thursday, April 30, 2009
Wednesday, April 29, 2009
Kasih Seorang Suami
Waktu ni aku tengah tengok citer kat tv .. tajuk Partition..berjurai-jurai air mata aku keluar..sedih sangat..
Cerita dia kisah suami isteri berlainan agama..si suami seorang beragama sikh berkahwin dengan orang Islam (bab tu aku tak paham).. si isteri ni satu hari balik jumpa keluarga dia yang sebelum ni dia ingat dorang dah mati.. dia happy sangat..berhari-hari dia kat sana..anak dengan suami dia rindu sangat kat dia.. si isteri ni ada utus surat kat husben dia tapi rupa-rupanya mak dia sorok surat tu sebab tak mahu si isteri ni balik jumpa suami dia yang masih agama lain..bagi mak dia bangsa tu lah yg bunuh bapak dia dulu..bila sedar keluarga dia tipu dia, dia cuba lari tapi abang dia kurung dia.. si husben ni merata cari isteri dia.. dia masuk islam.. macam2 dugaan dia terima..akhirnya dia dapat jumpa isteri dia..tapi keluarga isteri dia tak benarkan..abang si isteri belasah dia dan masukkan dia dalam lokap..sementara tu anak dia Vijay dia suh kawan baik dia jagakan..sedih sangat cerita ni..tapi akhirnya mak si isteri mengalah..dia suh anak dia lari..dia bagi duit belanja sikit..tanpa lengah dia terus lari dapatkan suami dia..aku sedih kat anak dia tu..akhirnya si isteri ni jumpa anak dan suami dia kat stesen keretapi.. abang si isteri ni buru adik dia...bila jumpa dia nak belasah si suami..si suami suruh si isteri lari dapatkan vijay anak dia..tak semena-mena abang dia tertolak si suami lalu jatuh ke bawah dan kene langgar keretapi....abang dia masih nak tangkap si isteri tu..kawan baik suami dia suh dia lari naik keretapi..bawak vijay sama.. camtulah citernye..aku syorkan korang-korang tengok citer yang menyayat hati ni.. kat tV Astro413 "PARTITION"

Sunday, April 19, 2009
Kelahiran & Pesta Buku Antarabangsa 2009
Alhamdulillah semalam 18 April yen dah jadi bapak.. Yen dapat anak pompuan.. Adik ipar aku pun sihat cam baby dia jugak..alhamdulillah.. aku dah tengok muka anak yen masa aku kat PWTC tadi ngan achap..comelnye.. ni yang aku nak cepat-cepat dapat baby nih huhuuhu...bercakap pasal g PWTC tadi aku gi Pesta Buku Antarabangsa 2009.. husben aku arr cadangkan aku ke sana bawak achap.. mayb aku pegi dah kul 6.oo petang tu sebab orang dah tak berapa ramai..tapikan..tak banyak buku luar pun..yang ada buku2 sekolah..majalah..komik..buku agama tapi buku-buku macam dari Pearson, McGraw Hill aku tak nampak pun..jenuh jugak lah aku melilau mencarik..tak macam pesta buku pun sebab tak banyak buku.. or mayb buku-buku yang aku nak cari takde tu sebab aku kata tak banyak buku kot hehehe.. tapi ialah..aku leh terpikir nak pi kedai buku cari buku2 yang aku nak tu sebab takde kat situ so..lu pikirlah sendiri!!
Sunday, April 12, 2009
Selamat Hari Jadi Sayangku Amira!
Alhamdulillah.. hari ni genap lah usia mira 2 tahun.. sihat, makin tinggi n makin comel.. hehehe anak sapa yang tak comey kan kan... untuk hari jadi mira ni aku macam biasa booking kek.. kat Secret Recepi, Sogo.. kali ni aku tempah kek Choc Moist.. dah 2,3 kali aku pilih kek ni bukan sebab apa.. sebab kek ni je kalau makan rasa kek..kek yang lain kalau makan rasa cream dia jer.. lagipun budak2 ni suka kek coklat.. so kek aku dah tempah semalam, hari ni just pi ambik jer.. Sementara aku menunggu dorang hias kek anak aku, aku duduk kat satu sudut sambil menikmati air feberet aku kalau kat situ.. "Apple Kasturi" huhuhuu.. terhakis IQ aku minum air apple hijau nih..sesekali kan kan kan.. pas bayar aku terus blah..hujan lebat tak mematah semangat aku bawa balik kek ni.. 10 minit aku sampai umah, kawan-kawan achap & mira pun sampai.. saje tak jemput ramai-ramai..bukannya aku sambut besar2 sangat..kaum keluarga jer.. so kawan-kawan mira n achap pun makan2 dulu sebelum potong kek.. dalam waktu tu maksu ani datang n paksu bob.. kelakar betul mira ni..time nyanyi besday ramai-ramai dia leh tutup muka..maluuuuu... tukang tiup lilin dah tentulah abang achap kan kan..sebaik je potong kek..maksu farah pun sampai.. kalau tak leh nyanyi sama-sama.. dalam kul 7.30 unle ijon, cik fatehah, cik ida n kawan dia sampai.. sebab hujan yang berpanjangan, makcik n pakcik mira datang lewat... dalam kul 9 malam.. atuk ngan opah pun datang jugak dalam hujan lebat tu..uncle man paling lewat sebab pi ambik aunty Dila dulu kat klinik.. tapi maklang mira takde..dia gi kursus..sian mira..tapi jangan lupa..mira nak hadiah..mira dah tolong makan kan kek tau maklang..acara berakhir kul 12 malam..seperti selalu..alhamdulillah semua hepi termasuk aku.. jutaan tengkiu kat husben aku yang banyak bantu aku..
Thursday, April 9, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)