Hari ni kita menyambut Hari Guru kat seluruh negara.. kat sekolah achap pun ada sambutan hari guru..dia yang sekolah sesi petang bertukar ke pagi untuk bersama menyambut sambutan hari guru kat sekolah. Apabila sebut jer Hari Guru, aku terbayang kenangan belajar dulu.. suka dan duka silih berganti..
Masa aku kat sekolah rendah dulu, ada guru yang bagiku bertitle 'baik' dan ada jugak guru yang bertitle 'tidak sepatutnya'. Hampir keseluruhan guru bertitle 'baik' cuma ada seorang aje bagiku yang bertitle 'tidak sepatutnya'. Nama dia Cikgu Harun. Masa tu aku dalam darjah empat. Aku sering berpakaian tidak kemas, tidak ber'iron' pendek kata selekeh lah.. kesibukan mak mencari rezeki menjadi aku berpenampilan sebegitu.. aku tak salahkan mak, nak buat macam mana, dah rezeki kami di situ. Bagi mak, janji aku ke sekolah dah cukup puashati baginya.. langsung tak ambik peduli aku berpakaian kemas atau tidak.. aku tak salahkan mak.. tapi yang aku sedih sangat dulu sampai hari ni terasa.. cikgu kelas aku dulu.. Cikgu Harun yang pernah menyewa kat rumah mak angkat mak aku kat Kampung Pasir dulu (aku terserempak kat cikgu tu masa aku ikut mak melawat mak angkat dia). Disebakan pakaian aku, penampilan aku tak sama macam anak orang yang berduit, aku disisihkan.. aku dihina.. Masih segar dalam ingatan aku kata-kata Cikgu Harun masa aku nak join sama rakan2 lain masa mereka berkumpul di meja Cikgu Harun..
" awak buat apa sini? awak pergi sane.." halau Cikgu Harun sambil tengok pakaian aku..
"selekeh la awak ni" tambah Cikgu Harun lagi..
.. aku terasa sangat, malu dengan kawan-kawan.. perlahan2 aku pergi ke tempat duduk aku.. kawan aku Linda, datang pujuk aku.. linda ni anak Pakcik Hassan yang mengawal lalu lintas kat depan sekolah aku dulu.. tika aku menaip ni pun.. air mata aku mengalir perlahan teringat kisah lalu.. kerana hari tu juga lah aku bertukar sikap.. semata-mata nak orang lain hargai aku.. aku telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya aku lakukan.. apa yang aku buat biarlah ianya menjadi rahsia hidup aku selamanya. Kepada Cikgu Harun, terima kasih Cikgu..
Setahun kemudian, aku bertukar sekolah..aku sekolah di kampung. Semua guru aku sayang pada aku.. terima kasih Cikgu-cikgu kat Sekolah Rendah Paya Salak, Paya Ranggam, Padang Rengas, Perak tahun 1982.. Kalau ada antara cikgu yang membaca kisah ni, saya pernah menggemparkan sekolah apabila sekumpulan budak2 lelaki sekolah agama pecah masuk ke kelas saya iaitu kelas darjah enam semata-mata nak letak surat dan bunga kat bawah meja saya. Sayalah budak perempuan tu.. Kenangan yang cukup manis buat saya walaupun melibatkan pihak berkuasa.
Kemudian aku meneruskan persekolahan menengah kat SMPW.. aku kembali ke Kuala Lumpur... alhamdulillah aku sayang semua cikgu-cikgu aku kat SMPW.. antaranya Cikgu Aida, Cikgu Yap May May, Cikgu Bedah, Cikgu Fairus, Cikgu Zainab & ramai cikgu lagi yang aku terlupa nama dorang.. Terima kasih Cikgu..
Aku sambung pengajian aku ke IKM Sungai Petani kemudiannya.. terima kasih cikgu-cikgu yang telah mengajar aku.. Arwah Cikgu Mail, Arwah Cikgu Salleh, dan cikgu-cikgu yang lainnya.
Selepas berkahwin beberapa tahun, aku meneruskan pelajaran aku ke peringkat Diploma di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR). Kat situ pun ada suka duka jugak.. anyway terima kasih Puan Janiffa yang banyak bagi semangat kat aku, Cik Puti (dah puan kot), Ustazah Hamimah yang comel tu.. dan semua Pensyarah yang telah mengajar aku.. Terima kasih puan & encik semua..
Hari ni aku teruskan semangat belajar aku ke peringkat Ijazah kat Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Terima kasih jugak aku nak ucapakan pada Puan Akmar, Dr.Nik, En.Mat Daud, Puan Shuaibah yang best, Prof.Yusoff, Prof.Rosman, Dr.Hashim dan Pensyarah-pensyarah lainnya..yang dah ajar aku.. terima kasih.
SELAMAT HARI GURU BUAT KALIAN SEMUA.
No comments:
Post a Comment