Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, May 27, 2008

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Hari ni aku nak bawak mak pi DBKL,Jalan Raja Laut.. nak renew maknye kad lesen perniagaan yang dah 4 tahun tak direnew.. pas aku mandikan adik, abah pulak ambik part dia pakaikan baju adik.. then abang achap nye turn mandi sebelum mama ambik alih kuasa dalam bilik air tuh hah.. sebelum kuar, kami sarapan dulu.. makan nasi lemak & telur mata kerbau..

Memula kami ke Chowkit, jemput mak kat sane then kami terus ke Bangunan DBKL ikut jalan Tuanku Abdul Rahman tapi sebelum tu aku ngan husben aku masih sempat singgah kat Noor Arfa Batik cari baju batik untuk husben aku ngan ayah.. aku sambar sehelai sorang untuk husben ngan ayah aku.. kaler purple lagik special for Yen Wedding.. pastu kami ke Bangunan DBKL.. aku masuk dalam bangunan tanye kat kaunter kat maner nak barukan lesen penjaja tu.. dorang kata kat bangunan PKNS.. so aku ngan mak pun jalan2 lah ke sinun..taklah jauh sangat.. sampai je kami terus ke tingkat 4.. then terus ke kaunter.. tapi hari ni aku banyak bertanya supaya aku tak sesat jalan hehehe.. bro kat kaunter tu bagi borang suh isi then suh dapatkan no akaun dan pengesahan kat pegawai kat tingkat 6 lepas kul 2.00 ptg.. hah! 2.00 ptg? alamak now baru kul 1.00, so kami pun gerak turun balik la ke kereta.. kami gi makan dulu kat Chowkit coz husben aku gi Hong Leong Bank kat situ nak bank in duit si sham.. aku, mak ngan achap jer makan, husben aku dok lam keter jer jaga mira tido..

Pas makan kami gerak balik ke Bangunan PKNS.. pastu terus ke tingkat 6 dapatkan pengesahan ngan no akaun.. patah balik ke tingkat 4.. ingatkan boleh siap hari ni gak,..rupa-rupanya mak kene dapatkan tandatangan pegawai DBKL kat Chowkit tu la pulak..then datang balik bawak surat tu..sabo jer lah.. dengan kata lain.. kene datang lagi nanti..then kami terus balik.. zzzzzzz

Monday, May 26, 2008

Lipur Lentang Lagi

Pagi semalam aku ada class macam biasa. Start kul 8.30 pagi .. husben aku antar sebab su ada kat umah jaga mira ngan achap.. tak payahlah aku bersusah payah nak pi tunggu teksi.. tapi kalau ari ahad tak susah pun.. class habis kul 12.30 thari then aku terus bergegas ke pejabat space settlekan problem daftar subjek BI aku tu & amik surat2 untuk aku insert kat MARA ngan PTPTN. Su dah nunggu aku kat tempat parking UTM ngan mak.. kitorang ada agenda pasni huwahuwahuwa.. kitorang nak gi mandi manda yang sering dirancang secara mengejut.. ke mana lagi, Lipur Lentang.. macam dekat jer Lipur Lentang tu kan hehehe.. sebab dah terbiasa, jarak bukan lagi ukuran buat kami huhuhuu.. lepas ambik barang++ kami terus gerak..hampir kul 3ptg baru kami sampai ke tempat yang dituju.. ramainye oraaaaang!!! macam mana nak mandi nih.. ialahkan cuti sekolah dah start..lupa pulak kami.. then sane sini kami nampak group2 perkhemahan dgn aktiviti dorang.. hmm..patutlah ramai orang.. ada 4 seko,ah yang buat perkhemahan kat situ..

Kami tetap mencari port kami.. tapi kawasan kami dah ada orang park..takpeee.. kitorang park kat atas sket yang mungkin akan jadi tempat baru kami pasni huwahuwa.. aku yang jarang nak berendam pun kali ni tewas dengan kesegaran airnya..sejuk yang terlampau!!! tapi best!! mira pun tak kalah gak berendam,tapi tak lama la sbb air tu sejuk sangat, sian kat dia hehehe.. abang achap? hmm toksah citer la dia punya seronokla mandi, pastu dapat kawan lak..apalagi tak kuar2 lah dia dari air tu berendam.. mak pun mandi gak..tapi jap jer.. takut kaki mak krem sbb air sejuk sangat!!..husben aku? hahahaha.. dia pun takmo kalah ngan achap gak..berendam tak hengat.. erkk..sumer berendam sapa yang jaga mira? hehehehe.. ani ada..adik ipar aku.. yen ngan ani datang kemudian.. yen yang takmo mandi tu pun kalah, mandi gak akhirnya.. tapi betul, air tu sejuk sangat!!




Pas puas mandi kecuali achap yang tak reti2 nak kuar dari air tu, kami bersiap2, tukar pakaian nak balik.. akhirnya achap pun terpaksa akur jugak tukar pakaian hehehe.. then kami terus bergerak ke kawasan makan depan International HOtel..gi isi perut.. tak sedap langsung dorang masak.. pangkah tempat makan situ.. pastu kami antar mak gi opis dia.. then terus balik..

Pas aku mandi, aku bersiap balik nak kuar, nak pi cari baju ayah.. hmm tak juga berjumpa yang berkenan dihati..pi jemput mak then balik terus zzz ngan mira.

Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU

Hari ni kita menyambut Hari Guru kat seluruh negara.. kat sekolah achap pun ada sambutan hari guru..dia yang sekolah sesi petang bertukar ke pagi untuk bersama menyambut sambutan hari guru kat sekolah. Apabila sebut jer Hari Guru, aku terbayang kenangan belajar dulu.. suka dan duka silih berganti..

Masa aku kat sekolah rendah dulu, ada guru yang bagiku bertitle 'baik' dan ada jugak guru yang bertitle 'tidak sepatutnya'. Hampir keseluruhan guru bertitle 'baik' cuma ada seorang aje bagiku yang bertitle 'tidak sepatutnya'. Nama dia Cikgu Harun. Masa tu aku dalam darjah empat. Aku sering berpakaian tidak kemas, tidak ber'iron' pendek kata selekeh lah.. kesibukan mak mencari rezeki menjadi aku berpenampilan sebegitu.. aku tak salahkan mak, nak buat macam mana, dah rezeki kami di situ. Bagi mak, janji aku ke sekolah dah cukup puashati baginya.. langsung tak ambik peduli aku berpakaian kemas atau tidak.. aku tak salahkan mak.. tapi yang aku sedih sangat dulu sampai hari ni terasa.. cikgu kelas aku dulu.. Cikgu Harun yang pernah menyewa kat rumah mak angkat mak aku kat Kampung Pasir dulu (aku terserempak kat cikgu tu masa aku ikut mak melawat mak angkat dia). Disebakan pakaian aku, penampilan aku tak sama macam anak orang yang berduit, aku disisihkan.. aku dihina.. Masih segar dalam ingatan aku kata-kata Cikgu Harun masa aku nak join sama rakan2 lain masa mereka berkumpul di meja Cikgu Harun..

" awak buat apa sini? awak pergi sane.." halau Cikgu Harun sambil tengok pakaian aku..

"selekeh la awak ni" tambah Cikgu Harun lagi..

.. aku terasa sangat, malu dengan kawan-kawan.. perlahan2 aku pergi ke tempat duduk aku.. kawan aku Linda, datang pujuk aku.. linda ni anak Pakcik Hassan yang mengawal lalu lintas kat depan sekolah aku dulu.. tika aku menaip ni pun.. air mata aku mengalir perlahan teringat kisah lalu.. kerana hari tu juga lah aku bertukar sikap.. semata-mata nak orang lain hargai aku.. aku telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya aku lakukan.. apa yang aku buat biarlah ianya menjadi rahsia hidup aku selamanya. Kepada Cikgu Harun, terima kasih Cikgu..

Setahun kemudian, aku bertukar sekolah..aku sekolah di kampung. Semua guru aku sayang pada aku.. terima kasih Cikgu-cikgu kat Sekolah Rendah Paya Salak, Paya Ranggam, Padang Rengas, Perak tahun 1982.. Kalau ada antara cikgu yang membaca kisah ni, saya pernah menggemparkan sekolah apabila sekumpulan budak2 lelaki sekolah agama pecah masuk ke kelas saya iaitu kelas darjah enam semata-mata nak letak surat dan bunga kat bawah meja saya. Sayalah budak perempuan tu.. Kenangan yang cukup manis buat saya walaupun melibatkan pihak berkuasa.

Kemudian aku meneruskan persekolahan menengah kat SMPW.. aku kembali ke Kuala Lumpur... alhamdulillah aku sayang semua cikgu-cikgu aku kat SMPW.. antaranya Cikgu Aida, Cikgu Yap May May, Cikgu Bedah, Cikgu Fairus, Cikgu Zainab & ramai cikgu lagi yang aku terlupa nama dorang.. Terima kasih Cikgu..

Aku sambung pengajian aku ke IKM Sungai Petani kemudiannya.. terima kasih cikgu-cikgu yang telah mengajar aku.. Arwah Cikgu Mail, Arwah Cikgu Salleh, dan cikgu-cikgu yang lainnya.

Selepas berkahwin beberapa tahun, aku meneruskan pelajaran aku ke peringkat Diploma di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR). Kat situ pun ada suka duka jugak.. anyway terima kasih Puan Janiffa yang banyak bagi semangat kat aku, Cik Puti (dah puan kot), Ustazah Hamimah yang comel tu.. dan semua Pensyarah yang telah mengajar aku.. Terima kasih puan & encik semua..

Hari ni aku teruskan semangat belajar aku ke peringkat Ijazah kat Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Terima kasih jugak aku nak ucapakan pada Puan Akmar, Dr.Nik, En.Mat Daud, Puan Shuaibah yang best, Prof.Yusoff, Prof.Rosman, Dr.Hashim dan Pensyarah-pensyarah lainnya..yang dah ajar aku.. terima kasih.

SELAMAT HARI GURU BUAT KALIAN SEMUA.

Iklan