Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, April 29, 2012

Pari Masak Kuning

Makan malam malam ni aku ngan asben masak masakan paling senang selain goreng telur hihi.. Pari Masak Asam atau sesetengah orang panggil masakan ni Pari Masak Kuning.. semua main potong-potong jer.. tapi jangan risau bab rasa.. memang sodap!! jom tengok bahan2nya..

 Bahan-bahan:

3 potong ikan pari (di potong kecil2)
1 batang serai
1 helai daun kunyit
15 biji cili api
3 inci halia
2 inci lengkuas
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 keping asam keping

*semua bahan di potong jer.. tapi kalau nak lagi sedap tumbuk ler hihi..

3 biji tomato
10 batang bendi

Cara Memasak:
  • Semua bahan kecuali tomato dan bendi dimasukkan ke dalam periuk.
  • Biarkan sehingga mendidih
  • Masukkan tomato, bendi, garam dan bahan perisa.
  • Biar bendi empuk dalam 5 minit dan boleh dihidangkan.





Saturday, April 28, 2012

Beg Baby Dah Sampai..


Alhamdulillah sampai sebelum aku due.. 
just standby jer.. 
terima kasih kat Hijaukids Shop atas service yang TIP TOP.. 
jumaat pos, sabtu dah dapat.. tq tq :)

inilah rupanya beg yang aku beli
3 in 1..
kalau siapa berminat boleh dapatkan dari Hijaukids Shop ok :)
kat bawah ni link fb dia..
http://www.facebook.com/pages/Hijaukids-Shop/343130445699615

ok tq tq.. leh start pack barang2 dah hihi..

Friday, April 27, 2012

Puteriku Demam


Beberapa hari lepas 3 hari anak perempuanku demam.. kesian dia.. dan alhamdulillah BP aku sepanjang anak x sihat tu xdelah nak meragam sangat.. semalam dah bawa mira ke klinik.. doc dah amik darah dah pun untuk ujian selanjutnya.. sebab kat kawasan rumah aku sekarang ngah berperang dengan denggi.. risau kot.. tapi alhamdulillah result ujian menunjukkan yng mira bebas dari demam denggi cuma dia kena jangkitan kuman sikit.. aduhai.. cuak jugak aku dengar pasal jangkitan kuman nih.. teringat kat arwah anak saudara aku dulu yang meninggal akibat jangkitan kuman kat paru2..  tiap2 malam asben tuam badan mira ngan air sejuk + ais untuk kurangkan tahap panas badan mira.. nasib baik mira tak nanges or merengek.. agaknya dia pun rimas badan panas sangat..

Semalam, alhamdulillah suhu dah turun 37 lebih.. dia dah aktif balik cuma bahang badan dia masih lagi terasa.. moga Mira cepat sembuh sepenuhnya dari demamnya tu..

Hari ni suhu mira dah kembali normal.. 36.4 .. alhamdulillah.. syukur sangat..

Pada kawan2 yang ada anak yang demam panas, cepat2lah tuam badan anak tu dengan air sejuk supaya suhu badan dia turun.. kesian memanglah kesian.. menggigil dia kesejukan tapi itu jer cara untuk cepat turunkan suhu.. ubat jangan lupa nak bagi.. biasa tempoh masa makan ubat 8 jam sekali tapi kalau badan dia panas, 6 jam dah boleh bagi lagi.. doa banyak2 moga demam anak cepat sembuh k..

Iklan