Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, March 9, 2009

Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW (12 Rabiulawal ~ 20 Mac)

Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 Mac diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin.

Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.

12 Rabiulawal ~ 20 Mac

Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam.

Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.

Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati. Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam.

Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1430.

Sumber: Blog azhad

Monday, March 2, 2009

Serabut Days

Beberapa hari yang lepas, aku macam orang gila mengadap tugasan.. bukan setakat tugasan jer, aku kene study jugak untuk exam.. bukan satu exam tapi dua...hari sabtu lepas cukup mencabar bagi aku..mana taknye, aku ada exam dengan presentation.. dah la kene siapkan presentation punya bahan pastu kene study pulak tu...dasat..pastu ahad pulak aku ada exam paper HRD... aduhai, rasa macam nak mc jer ujian tu.. aku mana sempat baca buku..sabtu malam barulah aku ngadap buku sampai kul 3 pagi..n pagi tu aku tawakal jer lah...bak kata pensyarah TP aku, pakai niat jer.. hahaha!! kalau betul pakai niat jer leh jawab periksa takde lah susah hidup ni..tapi tu lah cabaran bila study ni..tambahan pulak study time dah berkeluarga..nak kene masak..kemas rumah..dengan anak-anak lagi..so time yang boleh ngadap buku time tengah malam jer lah...ntah berapa jam jer aku tido kebelakangan ni tapi tu lah..badan tak jugak turun-turun beratnye..makin mengembang ader la..haruuu...

Minggu lepas aku, husben n anak-anak ke Kenny Rogers Roaster..Farah pun ada..buat kali keduanya dalam hidup aku masuk Kenny Rogers..ntahlah nape aku tak minat dulu..dulu aku paling tak suka kalau husben aku ajak makan kat Kenny Rogers..bagi aku makanan dia aku takleh blah (kata budak2 sekarang) bukan selera aku lah.. tapi sebab ada orang nak belanja kan..n aku nak ikut selera husben aku pulak kali ni so..aku cadangkan sendiri pi makan kat Kenny Rogers..aku tau tu faberet husben aku dulu..malangnya sejak bersama dengan aku dia tak dapat ke situ..kalau dia pegi dengan orang lain aku mana tau kan kan kan ... so kami pun ke sana lah..kami order ayam ngan dishes dia..ada kentang lenyek..kentang garlic, ada salad, ada muffin, ada coleslaw and nasik.. aku tak rasa pun nasik tu tapi husben aku kata sedappp.. mira nampaknye suka tapi mira tak boleh kira..semua bedal asalkan tak pedas...air untuk dia segelas pun leh habis...aku minum mocha blended..boleh la sedapnya tapi kat 'kopi satu' lagi sedap ice blended dia..apa pun makan malam haritu abis RM150++ hehehe..boleh tahan...bukan selalu, sesekali kan kan..kalau nak lagi aku ok jer..erkkk..bukan ke tak suka tadi? huhuhuhu...dah terberkenan kot hahaha..yer la..macam boleh blah dah la sekarang..lalalalala..

Tuesday, February 17, 2009

KeMBaLi BeRoPeRAsi

Alhamdulillah akhirnya aku dapat balik streamyx kat umah aku nih.. ada la beberapa bulan aku kehilangan streamyx tu..sasau jugak dibuatnya. Mana taknya, takde streamyx takleh online, takleh update blog, takleh chat (huhuhu chat lagi ke aku nih), takleh nak cari bahan assignment, takleh nak chek duit (erkk..ada ke duit dalam akaun tu? hehehe) dan macam lagi la.. dan now aku menanti kepulangan mesin fax aku yang mengembara ke utara buat seketika..

Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaNya dengan rezeki yang diberikan pada hari ini dan moga kami sekeluarga akan terus dimurahkan rezeki. Alhamdulillah juga aku panjatkan syukur kerana kesembuhan yang Engkau berikan ke atas kami sekeluarga yang beberapa hari lalu Engkau uji dengan ujian yang kecil.. Alhamdulillah.

Rutin hidupku yang berlalu beberapa hari lalu ku lalui sama seperti hari-hari yang sebelumnya..sebuk dengan keluarga, sebuk dengan kuliah dan sebagainya.. tapi erkk..kuliah ahad lepas aku tak masuk, berat sangat kepala pagi tu..so aku zzzz sampai thari. Dan perkara-perkara lain masih sama seperti yang telah berlalu..dan moga hari esok menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam insyaAllah.

Iklan