Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Showing posts with label citrawarna 1 Malaysia 10'. Show all posts
Showing posts with label citrawarna 1 Malaysia 10'. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Citrawarna 1 Malaysia 2010

Apa itu Citrawarna?

Satu perarakan sejauh 1.5km oleh 6,000 peserta daripada pelbagai kaum dan kumpulan etnik, akan mempersembahkan tarian di atas jalan, bermula dari Jalan Raja menuju ke arah Jalan Raja Laut dan kemudian bergerak menerusi Jalan Isfahan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Acara Kemuncak:

Persembahan Dikir Barat MEGA oleh sekumpulan 5,000 peserta yang dijangka dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Dirasmikan oleh: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

Bertempat di: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pada: Sabtu ni 22 Mei 2010 (Malam)

Pengangkutan: Sila naik LRT dan sewaktu dengannya sebab kalau naik kereta pasti SESAK!

AMARAN!!

Sebelum tu.. sila semak jalan2 yang ditutup untuk tujuan raptai dan acara penuh huhuhu!!

Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup beberapa jam selama 3 hari mulai hari ni (khamis 20hb) bagi melancarkan persiapan perarakan "Citrawarna 1Malaysia 2010" Sabtu ini.

Jalan yang terlibat:

Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Esfahan akan ditutup dari:

7 petang hingga 1 pagi hari ini (khamis 20 mei)

dan dari 5 petang Jumaat untuk raptai penuh sehingga selesai

dan dari 5 petang Sabtu sehingga berakhirnya perarakan berkenaan.

Jalan lain yang terlibat ialah Lebuh Ampang, Lebuh Pasar, Jalan Tun Perak, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut menghala ke arah Jalan Raja akan ditutup mulai 5 petang hingga 1 pagi.

Dengan kata lain.. untuk 3 hari ni JANGAN lalu area Lemboh Ampang & Dataran dan SOGO..

Iklan