Alhamdulillah.. Hari ni anak aunty selamat mendaftar.. Pukul 9.30 pagi kami bertolak dari Homestay kat Hulu Dong, Rumah Tamu Asra ke Uitm.. Perjalanan tak jauh pun.. Sampai Uitm kami terus pi dewan makan @ medan selera untuk sesi pendaftaran.. Sesi pendaftaran pun kejap je.. Lepas dapat kunci bilik, kami terus naik ke apartment aka asrama yang dah ditetapkan.. bawa sekali pakaian & barang2 anak aunty..
Ok.. mesti pelajar baru nak tahu kan.. masa daftar pakai baju apa..
macam aunty cari maklumat haritu.. tertanya2 jugak pakaian masa
mendaftar.. ok pakai pakaian kasual & smart..senang cerita pakai je Tshirt berkolar atau kemeja & slack.. & berkasut .. jangan pakai sandle atau selipar tau.. tak sesuai.. kat bawah ni gambar masa sesi pendaftaran tu.. boleh la ready apa yang patut kan..
Waktu pendaftaran di tulis dari pukul 8.30 pagi - 4.30 ptg.. nasihat aunty datanglah awal.. paling lewat pun dtg pukul 1ptg.. sebab nanti masih ada masa nak bawa brg ke bilik..kemas katil.. beli brg yang takde lagi.. haritu pukul 3.30 ptg pun masih ada yang baru sampai.. sedangkan pukul 4ptg semua pelajar baru dah kene berkumpul kat surau.. time ni lah keluarga yang menghantar anak2 kene say goodbye.. aunty time ni sebak sikit lah hihi.. klau datang lewat kan kelam kabut nanti.. oh ya.. start kol 4 tu lah bermula sesi orientasi yang dipanggil Minggu Destini Siswa @ MDS .. haaa time ni pakaian kene ikut arahan dah.. kene pakai kemeja lengan panjang tak kisah kaler apa dan kasut kulit.. seterusnya apa yang terjadi? aunty tak tau.. aunty dah otw balik cari musang king hihi

Korang nak tahu tak bilik asrama tu macamana.. nanti aunty sambung cerita kat SINI ..
No comments:
Post a Comment