TIPS ELAK HILANG WANG DARI KAD DEBIT BARU
.
.
Bermula 1.1.2017 semua kad debit dan kredit hanya akan gunakan sekuriti PIN menggantikan tandatangan.
.
Bagi yang dah tukar ke Debit Kad yang baru, anda perasan tak dalam kad baru telah ditambah fungsi Contactless Transaction (Paywave) yang membolehkan transaksi TANPA masukkan SEKURITI PIN untuk belian RM250 kebawah.
Dengan Contactless Transaction, anda hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Nilai maksimum untuk setiap transaksi adalah RM250. (Amount Bank Standard Chartered)
Bayangkan kalau anda ada 4 kad debit yang baru dari bank yang berlainan, anda akan kehilangan RM1000 jika wallet anda hilang atau dicuri.
Bagaimana nak atasi masalah ini?
Perkara pertama setelah dapat kad debit yang baru
1. Hubungi pusat servis bank yang mengeluarkan kad debit anda dan bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka
2. Minta mereka berikan amount Contactless Transaction untuk kad anda.
3. Minta pihak bank hapuskan atau kurangkan nilai Contactless Transaction kad anda.
4. Pihak bank akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja untuk kemaskini sistem ini.
5. Hubungi pihak bank selepas 3 hari untuk pastikan Contactless transaction telah dihapuskan atau nilai telah dikurangkan.
.
Bagi aku biar leceh sikit kena masukkan sekuriti pin bagi setiap transaksi daripada tau tau duit susut dalam akaun tanpa kita sedar. RM250 kecil bagi sesetengah orang tapi besar bagi aku.
.
Benda ni penting bagi aku dan aku rasa dah jadi tanggungjawab untuk aku share benda ni pada orang lain.
Please share kalau rasa bermanfaat untuk kawan-kawan lain.
Assalamualaikum
Anwar Badroldin
#kredit to Anwar Badroldin