Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, September 30, 2016

CARA TUKAR KAD ATM MAYBANK SECARA ONLINE

Masih ingat lagi yang viral baru2 ni bahawasanya semua kad bank perlu ditukarkan kepada MyDebit / PayWave atas arahan Bank Negara Malaysia SEBELUM 1.1.2017?
Kad sekarang (yang TIADA perkataan "MyDebit / Paywave" sah digunakan sehingga hujung tahun ni saja).
Jika x ditukarkan, nak guna kad apa ye tak? Camne nak kuarkan duit kat atm?? pasal kad yang lama tidak boleh digunakan lagi pada tahun 2017..  pertukaran lps 1 jan 2017 tetap free ye.. kalau hilang baru kene bayor.. tapi korang keluarkan lah siap2 duit pada 31 Dis 2016 tu.. kalo tak nak makan ape hihihi..
Selain pergi ke kaunter, kita jugak boleh tukar kad di http://www.maybank2u.com.my/ .
Disini saya kongsikan step by step untuk tukar kad secara online. X sure bank lain ada jugak ke x.
- Tiada cas dikenakan
- Jimat masa
- Kad akan siap selama 14 hari bekerja.
- Selama 14 hari bekerja, kita masih boleh guna kad ni.
- Pihak bank akan poskan kad seperti alamat yang kita berikan.
P/s : Sy sudah.. awak dah ke belom?

Wednesday, September 21, 2016

ANDAINYA TAKDIR ANUAR ZAIN

Biarlah tiada pesan dan janji
Biar tiada kau di sisi
Aku mengerti

Seterdaya semampuku
Kucoba menunggu
Biarlah lompang hatiku ini
Mengharap pulang kau yang pergi

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka, biar berlalu

Biarlah waktu ini
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu
Pulang ke pangkal ku menunggu

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka, biar berlalu

Biar sementara ini
Tiada terisi kekosongan hati
Diriku air tenang mengalir tuju muara
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha

Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka, biar berlalu

Ohhh..
😂😂😂😂😂😉 Layannnn

Friday, September 2, 2016

PERBEZAAN WHIPPING CREAM

Perbezaan Whipping Cream
Perhatikan betul betul setiap gambar di bawah. Jika nak beli patikan anda benar benar tahu apa yang anda beli.
Kek Coklat Ganache menunjukkan DAIRY WHIPPING CREAM - rasa susunya kuat (boleh di beli di pasaraya dan kedai bahan bakery)
KEK Krim Putih menunjukkan NON DAIRY WHIPPING CREAM - rasanya sedikit manis (boleh di beli di kedai bahan bakery sahaja)
Kredit: Chef Poji

ILMU FRESH CREAM TERBAIK

Dah lama cari ilmu pasal Fresh Cream ni.. alhamdulillah bertemu jua.. jom beginner.. kita hadamkan ilmu yang dikongsi bersama ni.. semoga owner dimurahkan rezeki hendakNya.. amiinn..

Cara Guna, Simpan, dan Warna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream) 

   Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).  
Step-by-step cara mudah (bergambar) memukul fresh cream atau non-dairy whipping cream untuk tujuan hiasan kek. 

Selalu fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:   

1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.   


2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggoncangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.   


3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.  


4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.   


5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.   


6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.   


7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).   


8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.  


9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk. 

Fresh cream kental yang dinyahbekukan kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul dengan mixer sebentar hingga kembali kental. 

Fresh cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik. Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak cepat cair. 

12) Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja. Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan. Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang terdapat dalam fresh cream tersebut.

13) Sekiranya cuaca ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik. (Credit to Puteri Aida sebab beritahu pengalamannya pada saya.)

Credit buat Zack atas perkongsian ini..  http://zachoes.blogspot.my/

Thursday, September 1, 2016

SAMBUTAN HARI MERDEKA


Memenuhi permintaan anak daraku.. dgn tidur x cukup, badan yg penat, aku gagah juga la bersiap pagi tu.. nak tengok perbarisan merdeka katanye..

Sampai stesen lrt, aduhai dah sesak beratur beli tiket.. apa da.. bagi je la 1 day free utk rakyat malaysia sempena merdeka ni.. dekut toiii..  nak tak nak kene la beratur..

Kami turun kat stesen bandaraya je.. malas nak ke dataran.. kat sini pun okay.. perbarisan tamat kat sogo.. pbarisan tamat, kami ke sogo pulak hehe ..

Lepas mkn2 kami gerak balik..

Iklan