Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, March 1, 2016

PIZZA HOMEMADE SUPER SEDAP

Dah lama anak-anak minta buatkan pizza untuk mereka.. tapi tu lah.. mama dorang ni bz memanjang hihi.. bz la sgt kan.. so termasak lah Pizza untuk mereka yang serba serbi lebih.. anak2 request nak cheese lebih, sos lebih, bahan lebih.. haaaaa apa lagi.. suka sgt la dorang tu makan.. kesiannya anak2ku.. mengidam rupanya hahahaha.. Amacam.. terliur tak???







Ok jom check bahan Pizza Super Sedap ni.. anak2 la yg memuji.. ada 2 makna tu.. 1 benar2 sedap.. 2 suh masak lagi nanti hihi.. layankan aje :) .. nak buat sgt2 lah mudah.. nampak bahan macam byk sgt.. tapi takde la sgt pun.. jom kita semak..




Memula sediakan doh roti..

Bahan Doh roti
2 cawan tepung gandum
2 st yis mauripan
2 sb minyak masak
1/2 sk gula
1/2 sk garam
1/2 cwn air suam

1. Campur semua dlm bekas besar.. kecuali air..
2. Gaul ramas2 adunan dgn tgn kemudian masukkan air sikit sikit sambil uli doh..
3. Uli doh sehingga x melekit kat tangan.. masa uli tu tabur sikit tepung..
4. Uli lagi dlm 5-10 mnit.. Rehatkan 30 mnit & tutup bekas adunan.. Sy tutup dgn pinggan je hehe.. Ok.. Boleh siapkan sos pulak..

Bahan sos
Isi ayam potong dadu..
1/2 biji bwg Holland - dadu
1 ulas bwg putih - dadu
1 st minyak utk tumis
Sos prego kecik
2 sb gula
1 st garam

Cara sediakan sos..
1. Masukkan 1 st minyak dlm kuali.. Tumis bwg Holland & bwg putih hingga layu. Masukkan ayam.. Kacau seketika..
2. Masukkan sos preggo
3. Perasakan dgn gula & garam..

Sediakan topping..
Sosej
Cili benggala merah/hijau/kuning
Cheese Mozzarella
Slice Cheese

Dah 30 mnit..
1. Tumbuk2 adunan yg dah naik tu..
2. Leperkan atas penutup periuk.. Sy guna Loyang kek je..
3. Cucuk dgn garfu permukaan doh supaya bila masak doh tak mengelembung..
4. Bubuh slice cheese n sedikit parutan cheese mozarella
5. Ratakan sos prego & tabur toping yg dah di potong2 tu..
6. Akhir sekali.. taburkan cheese mozarella ikut suka anda nak byk mana hihi..dan bakarr selama 25 mnit dgn suhu 200c .. Ejas ikut oven korang jugak tau.. Ok siap!

No comments:

Iklan