Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, October 30, 2015

MASA YANG DITUNGGU TELAH TIBA

Harini 30hb Okt 2015.. tarikh aku akan melahirkan seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW .. kelahiran ni nanti dilakukan dgn kaedah czer.. sebab tu dah tau tarikh.. Takut, cuak, risau, nebes.. semua ada barcampur baur.. Semoga semua nya dipermudahkan olehNya.. Amiinn..

Ya Allah, panjangkanlah umurku.. berikanlah aku peluang untuk membesarkan cahayamataku ini bersama-sama dengan abah, kakak & abang2nya.. bersama dgn orang2 yang menyayanginya.. Hanya kepadaMu tempat aku bermohon. Amiinn.

Tapi di satu sudut hati ini.. ada perasaan risau.. ada perasaan redha.. adakah aku akan mengikut arwah ayah yang telah pergi 14 hari yang lalu?? aku nak mohon maaf pada semua.. pada semua yang mengenali aku.. terutama pada suamiku yang aku sayang sgt.. pada Mak yang melahirkan aku.. pada Mertua aku.. pada adik beradik aku, pada saudaramara aku, pada ipar duai aku.. pada kawan2 aku.. pada customer2 aku.. dan pada semuanya.. MAAFKAN DIRIKU..

Aku kene kuatkan semangat, pikir positif.. InsyaAllah semuanya akan selamat..

#emositakstabil

Sakit

Aku tak suka jarum..
Aku tak suka kene cucuk..
Aku tak suka tengok tangan ku ada jarum..
Sakit tau tak..
Tapi nak wat camne.. Redah je lah..
Dari kecik sampai dah tua.. Jarum enjet pun takut.. Apa daaa..

Saturday, October 17, 2015

ALFATIHAH BUAT AYAH

Jumaat sekitar pukul 9.00 mlm.. Aku dapat panggilan dari adik aku.. "Akak..cepat dtg, tlg tengok ayah.. Ayah x sedar.. Cari nadi tak jumpa.." aku yg ketika itu sdg berehat2 berbual2 dgn asben dan anak2 bingkas bangun..
 Abg..cepat siap..gi umah Mak.. Ayah... " tersekat utk aku teruskan kata2..
 Aye kata ayah tak sedar.. Aku ulang balik apa yg adik aku cakap tdi.. X sampai 5 mnit.. Aku siap.. terus pecut motor gi umah Mak..


Aku meluru masuk ke bilik ayah.. Di satu sisi aku tgok Mak menangis..

"Yupa.. Ayah ko dah xde.." Aku dgr suara Mak menangis meratap hiba..
Aku pegang tangan ayah.. "Sejuknye.. Aku cari nadi ayah.. Tak jumpa!! Aku tetap tak mau pikir negetif..

 Aye..call ambulance skrg!! Aku suh adik aku hubungi medic HKL .. Aku keluar dari bilik ayah utk hubungi adik beradik lain.. Aku hanya mampu ckp ayah x sedar.. Tgh tunggu ambulance dtg..


10mnit kemudian.. Ambulance sampai.. Pegawai medic tu terus pasang alat utk kesan jantung ayah.. Arahan dri mesin tu suh buat CPR kat ayah.. tapi atas beberapa perkara, CPR x buat.. & medic mengesahkan yg ayah dah tiada.. Dan minta asben aku ke balai utk buat laporan..

 Aku ketika tu terdiam.. X tahu nak pikir apa.. Air mata je laju mengalir dipipi.. Aku xde meraung sbb aku sgt2 kene jaga emosi ketika ini..ketika aku sdg sarat 37w..
Aku kol adik2 aku.. Asben pun tlg sama kol adik2 yg lain..  Maklumkan berita sedih ni..

 Walaupun hati ini sgt2 sedih..aku redha.. dah berbulan ayah sakit.. Ayah pergi pun dlm senyap.. seolah segalanya dipermudahkan.. 

Ayah.. semoga ayah ditempatkan bersama mereka yg soleh.. Alfatihah







Wednesday, October 14, 2015

SALAM MAAL HIJRAH 2015 1437H

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri" QS 13:11

Semoga ada perubahan yang lebih baik dalam diri ini pada tahun ini..




Tuesday, October 13, 2015

KADAR TOL DI BANDAR DINAIKKAN

Udahlah belanja dok kat KL ni besar, ditambah pulak bebanan baru oleh kerajaan.. kesiannya kami..  Terima kasih kerajaan..







Iklan