Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, February 26, 2015

Instant Shawl Diana Amir

Material: Chiffon Plain 2 tone
Size: Medium
Cepat, ringkas dan cantik.. Hanya sarungkan shj Labuh menutup dada, depan dan belakang sama labuh

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Cepat, ringkas dan cantik. Hanya sarungkan sahaja.
Labuh menutup dada

HARGA:
RM19 sehelai


[Pos RM6 SM , RM10 SS]
Untuk order boleh watsap 0123637531 ye..



SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD

 SOLD 

SOLD

 SOLD

SOLD

 SOLD
RESTOCK... New Color Material: Chiffon Plain (2 color) Size: Medium Cepat, ringkas dan cantik.. Hanya sarungkan shj Labuh menutup dada, depan dan belakang sama labuh HARGA: RM18 sehelai PROMOTION Beli 3 helai FREE inner (Pos RM6 SM / RM10 SS)

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
RESTOCK... New Color Material: Chiffon Plain (2 color) Size: Medium Cepat, ringkas dan cantik.. Hanya sarungkan shj Labuh menutup dada, depan dan belakang sama labuh HARGA: RM18 sehelai PROMOTION Beli 3 helai FREE inner (Pos RM6 SM / RM10 SS)

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Saturday, February 14, 2015

Instant Shawl Murah

 Laris bagai goreng pisang panassss!!!

Jom dapatkan shawl instant untuk diri sendiri atau anak2 pakai..
Pilihan terbaik!!

Nak bawal satin pun ada.. design terkini!!

Untuk order boleh watsap 0123637531 ye..








Friday, February 13, 2015

Pejuang Islam Malaysia Yang Disayangi Allahyarham TGNA




Perginya seorang murabbi..
Perginya ku titis air mata..
Perginya meninggal seribu permata..

Perginya seorang murabbi..
Yang tiada galang ganti..
TGNA sentiasa menjadi idola..
Ketika hatiku kian lara..
Permata bersinar sentiasa..
Di bakar, direbus, tiada ternoda..
Kehilangan mu di malam barakah..
Malam ketenangan dan keberkatan..
Malam penghulu segala hari..
Malam syahdu buat semua insan..
Walau dicerca, dihina, diperkata..
Engkau memang tabah berdiri..
Walau apa orang nak mengata..
Langsung tiada sifat iri..
Perginya bukannya meluntur semangat..
Pergimu membawa seribu alamat..
Islam pasti akan tertanam di bumi Malaysia.
Harapanmu tiada sia-sia.
Perjuangan mu akan diteruskan..
Legasimu tumbuh melata..
Islam sebenar akan terpantul..
Perjuanganmu tiada terkubur..
In Sha Allah..
Harapanmu akan termakbul..
Allah maha menentukan..
Yang benar pasti akan tidak di persia
Takbir!!!
Nukilan..
Hamba Allah..

Biodata Tuan Guru Nik Aźiz

Alfatihah.. Mari sama2 kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah TGNA.. semoga rohnya bersama2 orang2 yg Allah kasihi..



Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka, Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat. Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid. Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah.

Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah. Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain. Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Thursday, February 12, 2015

Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia

Di KL suasana sejuk mengiringi tangisan sendu warga kota yang kasih dah hormat pada Tuan Guru Nik Aziz yang telah menghembuskan nafasnya sebentar tadi kira2 pukul 9.40 mlm di rumahnya.. Marilah sama2 kita sedekahkan Alfatihah buat arwah TGNA.. alfatihah




Tuesday, February 10, 2015

Tunggu ibu dan ayah di sana ye sayang2 ibu ayah

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan.. walaupun sukar mana pun keadaannya si ibu tetap bertarung demi insan2 yang dicintai.. malah yang dinanti adalah kembar perempuan.. bayangkan betapa teruja dan tak sabarnya menanti hari melahirkan mereka.. kita hanya merancang.. hanya Allah sahaja yang tahu apa yg akan berlaku pada masa depan.. semuanya telah tertulis..

Hebatnya ibu ini!! sebab aku juga ibu kepada anak2 kembar.. aku tahu perasaan si ibu bila memiliki anak2 kembar.. dan aku tak mampu bayangkan jika berada di tempat si ibu ini.. Jom kita baca perkongsian cerita dari seorang ibu yang telah dianugerahkan kembar dan kembarnya telah dipilih untuk menanti ayah dan ibu mereka di sana.


"Ayu juga dianugerahkan kembar.. pernah dianugerahkan kembar.. dipinjamkan kembar.. hanya utk beberapa jam selepas dilahirkan. ayu juga pernah merasa punya anak kembar..walau hanya utk bbrp jam. ayu juga pnh menikmati indahnya saat memeluk dan mencium kembar..walaupun hanya di saat mereka sudah kaku dan tdk bernyawa.

2 disember 2011...tarikh keramat yg tdk akan ayu lupakan smp akhir hayat. kerana pada hari itulah ayu dianugerahkan dua bidadari syurga yg akan setia menunggu ibu di sana. hari itulah ayu bertarung nyawa antara hidup dan mati kerana komplikasi yg dialami.

Semasa usia kandungan 5 bulan, doktor mengesahkan yg salah seorg kembar tdk sihat. buah pinggangnya tdk berfungsi. keadaannya sedikit membengkak berbanding yg sorg lagi. stress...risau...susah hati...membuatkan ayu mengalami contraction awal. ayu dimasukkan ke hospital selama 2 bulan...hanya berbaring di katil...menunggu waktu yg sesuai utk melahirkan kembar. drip anti contraction sentiasa dipasang...bagi mengawal contraction ayu yg datang setiap hari. dan setiap kali contraction terlalu kuat..injection akan diberikan. 2 bulan terbaring di hospital cukup menyeksakan..namun demi si kembar, ayu sanggup. usahkan 2 bulan..2 tahun pun ibu sanggup asalkan anak2 ibu selamat.

Malam jumaat..1 disember 2011..ayu mula mengalami komplikasi kesan drp drip anti contraction yg ayu ambil selama 2 bulan. jantung ayu mula tdk stabil. sakitnya dada di saat menarik nafas. badan mula berpeluh...dan kaki mula kebas hgga ke lutut. malam itu...5 org jururawat termasuk seorg midwife berkampung di bilik ayu. bermacam mesin dipasang...suami dihubungi..doktor dipanggil. patient kritikal...kata mereka. dan ayu....separuh sedar. antara dengar dgn tidak..antara nampak dgn tidak. suasana ketika itu sggh merimaskan ayu. ayu juga mengalami gangguan dr makhluk halus yg dtg mengambil kesempatan ketika keadaan badan dan mental yg lemah. bermacam jelmaan dtg..bermacam suara kedengaran silih berganti. ayu...kau mesti kuat!!!

disebabkan jantung yg mula tdk stabil, drip anti contraction terpaksa dihentikan. bantuan oksigen diberikan...namun blm mampu utk membuatkan ayu selesa bernafas. jururawat di sisi sentiasa mengingatkan ayu utk mengucap dan stay strong. ya...ayu masih blh dengar semua tu.
seawal jam 7 pagi 2 disember...ayu mula turun darah. dan contraction yg malamnya hanya perlahan..kini mengganas. sakitnya hanya Allah yg tahu. tdk dpt nak digambarkan. darah bertakung di katil...membuak2 macam dipam keluar. ayu disorong ke labor room. walaupun bantuan gas diberi, ia masih belum cukup utk membuatkan ayu lupa tentang kesakitan yg dtg. dan ia blm mampu membuatkan telinga ayu kabur drp mendengar perbualan cemas doktor2 dan suami.
"keadaan isteri encik kritikal. darah byk keluar. anti contraction x blh diteruskan kerana jantungnya bermasalah. jadi kami terpaksa lakukan emergency operation." kata pakar sakit puan.
"keadaan jantung dan tekanan darah isteri encik sgt bahaya utk kami berikan bius. kami terpaksa kurangkan satu dose bius..dan kemungkinan isteri encik tidak akan sedar lagi selepas itu agak tinggi. 50-50." kata pula pakar bius.
setiap kata2 itu kedengaran jelas di telinga ayu. ya allah..andai jumaat ini jumaat terakhirku...aku redha. kau selamatkanlah anak2ku.
suami mengiringi ayu ke dewan bedah dgn linangan air mata. menggigil tangannya saat menggenggam tangan ayu. menitis air matanya saat kemaafan dipohon. ayu sempat berpesan supaya menjaga anak sulung kami yg ketika itu berusia 5 tahun dgn baik...jaga kembar kita dgn sempurna...berikan didikan yg sempurna kpd anak2 kita. kerana ayu dpt rasakan yg itulah kali terakhir ayu dpt berinteraksi dgn suami.
sayup2 ayu dengar nama ayu diseru. seorg lelaki tua tersenyum memandang ayu. "tadah tangan nak..."
tadah tangan?
"pakcik nak bg hadiah.."
ayu menghulurkan tangan kanan..dan pakcik tersebut meletakkan dua batang gigi baby bertangkup..di tapak tangan ayu. ayu terpinga2.
"simpan baik2 nak. ini hadiah berharga.."
lalu ayu genggam gigi tersebut...kemas.
sebaik sahaja membuka mata...org pertama yg ayu lihat ialah suami ayu..yg sdg membaca yaasin di sebelah kanan ayu. ohhh...baru ayu tahu...rupanya pakcik tadi hanya mimpi. jam pada waktu itu sudah pukul 3 petang. lamanya ayu tidur. suami tersenyum...syukur ayang dah sedar..katanya. ayu senyum. mana anak kita?
abg dah tgk anak kita. anak kita comel. macam aqilah kecik2 dulu. hidung mancung...bulu mata lentik. mulut dia mcm ayang..jari runcing...
ayu senyum...bkn itu yg ayu mahu dgr dr suami. ayu mahu tahu di mana anak kita.entah kenapa naluri ayu mengatakan yg anak ayu dah tiada. walaupun suami tidak maklumkan..namun ayu tahu..kembar ayu sudah tiada.
bang...ayang nak tgk baby..
suami diam. tunduk....menyembunyikan air matanya.
bang..ayang tahu anak kita dah takde. ayang nak tengok..
pada awalnya jururawat tdk membenarkan..kerana ayu masih lemah katanya. namun ayu berkeras. izinkan saya tgk anak2 saya sebelum dibawa balik. saya mengandungkan mereka. saya bergadai nyawa utk mereka. izinkan saya tatap dan peluk mereka.
siapa yg mampu melawan kerasnya hati si ibu kan. akhirnya jururawat mengalah.
kedua mereka ditolak ke katil ayu. sungguh.....saat itu tidak ada walau setitik air mata yg keluar. bahkan ayu tersenyum dan teruja melihat mereka. subhanallah....indahnya ciptaan Allah. cantiknya mereka...comelnya bidadari ibu.
ayu pangku...ayu cium..ayu sentuh setiap inci tubuh mereka. wanginya anak2 ibu...walaupun berbalut kain putih. tidak akan ayu lupa smp bila2 wajah mereka....tdk akan ayu lupa smp bila2 wanginya bau mereka.
abang kata...aina pergi sejam selepas dilahirkan (krn masalah buah pinggang). auni pula...mula meragam sebaik sahaja aina dikeluarkan dr incubator...dipisahkan. keadaannya merosot perlahan2... pakar baby kata...kami buntu. dia seolah2 menolak semua yg kami beri. ya...ayah faham syg. syg nak ikut kakak kan?
suami memangku auni...mengqamatkan..dan membisikkan zikir di telinganya. sayang...klu syg nak ikut kakak, syg pergilah. ayah dan ibu redha. jgn paksa diri. tggu ayah dan ibu di sana nanti ya...
sebaik sahaja ayah berbicara...auni seakan faham...dan auni pergi mengikut kakak.
nurein qasrina aina...
nurein qaisara auni...
bidadari ibu...
tunggu kami di sana ya.
pergimu hanya sementara. kelak kita akan bersua di alam yg abadi. tunggu ibu..ibu rindu nak peluk dan cium kalian berdua. ibu rindu bau itu..


Wednesday, February 4, 2015

Panduan masuk ke Singapore dengan kereta


Ni cerita seorang teman.. baru2 ni dia ke sana..
Katanya....

Banyak blog yang tulis cara2 camne nak drive bwk kete masuk Singapore. Punyalah standby semua bagai, last2 tak gune jugak..

Ni cara latest drive masuk Singapore dari Tambak Johor atau Link Kedua Tuas:-

1- Drive dari memane ke Selatan (Johor). Kalo UTARA, tu nak masuk Thailand, bukan Singapore yer. Take Note.


2- Make sure PASSPORT tak mati dalam masa 6 bulan. Kalo tak memang xley g memane dah.


3- Make Sure drive kete sendiri dan owner kete jadi driver, bukan wife atau skandal. Kalo tidak nanti, semua dokumen Imigresen nak. Payah!!!


4- Dari JB, ikut laluan WOODLANDS dan PASTIKAN imut lane kereta. Boleh ikut lane lain TAPI kalo kene saman, tanggung senduri. Hahahh.. 


5- Drive sampai Imigresen Malaysia. Dorang ni check passport jer. (Semua tingkap kene bukak) Dah pass semua, ikut lane KERETA juvak sampai CIQ Singapore (Imigresen Singapore) dan beratur lah yer....


6- Di Imigresen SINGAPORE pulak:-
> 1st Dorang akan check passport dan KAD PUTIH. Makesure dah ade kad putih yang dah siap tulis. Kalo 11 orang, semua kene ade kad (letak dalam passport). Semua tingkap kete WAJIB DI TURUNKAN. Dan nama akan di panggil termasuklah baby..


Selesai semua, teruskan ke RED LANE, untuk beli AUTOPASS. Ape autopass ni? Macam TOUCH N GO gak la cume xley di PINDAH MILIK. Mase register pon kene masukkan no kete. So mmg xley pindah milik. Beli harga SGD10, dalam ade SGD4 jer. Cari 7-Eleven untuk topup at least lagi SGD20.. Parking ngan Tol pakai benda alah ni. Bestnye kat Singapore, tol xde BOOTH bagai. SEMUA AUTO. Takde lah jem macam KESAS. Haha.. Oh ye.. Kalo 1st time masuk Singapore, ade 10 hari excess FREE. Boleh duk sampai muntah secara FREE.. Hahaha.. Lps 10 hari, caj sehari SGD 35.. Kali lah sendii..


Dah dapat kad, teruskan ke check point 2 untuk check BONET. Bukak jer. Kastam tengok, lepas. PERHATIAN PEROKOK!! Rokok dibenarkan bawak SEKOTAK jer tau. Yg lain tu, pepandai la sorok memane. HAHAH..


Selesai check point 2, dah masuk WOODLANDS dan silalah berhemah memandu kereta max 90km/jam.. Hahahaha.. Kamera merata-rata yer. Kalo rase xnak masuk Malaysia balik, silalah bawak laju yer. Saman SGD 300 bersamaan? Kire sendiri.. Aku pon rase fedup drive kt sane.. REDHA je la... HAHAHAHAHA.. Patutlah kete Singapore masuk Malaysia, bawak macam jahanam laju. Beli FERRARI kat sane, bawak 90km/j highway, 60km/j jalan bandar.. Parok oooooooo... But memang bagus pon buat camtu.. Merata POLIS trafik duduk hanya memerhati. Dah di terapkan dengan FOLLOW THE RULES..

Masuk Malaysia pon lebih kurang same prosedur.. Yang bestnye, lepas je kastam malaysia, terus pecut 140km/j sambil tangan pegang rokok..

Kredit to: Encik Zack

Ni ada peringatan tambahan.. pastikan uols bawa GPS macam Garmin ke sebab bila masuk je Singapore line hpon dah takde.. tak boleh nak akses waze bagai.. kalau takde gps ntah mana2 nanti korang sesat huhu.. 






Monday, February 2, 2015

Harap Suamiku Pulang Dengan Selamat

Dulu masa aku berpantang kat rumah mertua.. aku takde la segelisah macam sekarang.. baru seminggu kot.. maybe sebab aku hanya boleh berhubung dengan watsap je kot.. atleast kalau dengar suara takpe la jugak.. ni hanya jari jemari je yang berkata2.. uwaaaaaa.. apa la kedekutnya asben aku ni.. pi la beli kad kat sana.. kol la.. adehhhh... nasib la ada dia watsap sekeping dua gambar untuk kitorang kat sini.. rindu ke?? mahu tak rindu.. bantal peluk kot hahahaha..

 makin gelap huhu..

Takpe.. seminggu dah pun berlalu.. hari ni asben aku naik flight kol 9.30 pagi dari Brunei ke KLIA2.. tu pun klau xde delay huhu..  harap sampai rumah dengan selamat.. amin. Anak dara aku pon dok tunggu ole2 dari abah dia.. aritu dah kautim ngan abah katanya.. hurmmm.. ok!

Anak kembar aku pulak.. si abg haritu macam mimpi kot..mimpi bergurau ngan abah dia.. bangun2 dalam kol 7 pagi nangis.. si abg jarang bangun pagi nak meragam.. tapi semalam dia cakap "abah tu.. abah wat.." huhu.. x tau la dia rindu kot.. klau tanya dua2nya abah mana?.. mesti dorang jawab.. "abah je (keje)" ..  xde pun nak tunjuk reaksi rindu ke apa hihihi..

Oklah.. nak masuk dapur dah.. jom sarapan.. :)

Sunday, February 1, 2015

Seminar PT3

Hari ni anak bujang aku ke Seminar PT3 anjuran Yayasan Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia.. kat UM.. awal pagi dia dah berkumpul kat sekolah.. katanya bas datang kol 7 pagi nanti.. kol 7.30 bas gerak.. sarapan pun tak mau.. memang tak penah sarapan pun.. perut dia selalu nak meragam kalau minum pagi.. tapi ni aku takut la pihak sana lambat bagi makan.. karang study dalam lapar lak.. roti pun xmau bawa.. budak bujang kan.. hmmm..


Dia balik rumah dalam kol 7 malam.. lepas dia mandi2.. then makan malam.. aku pun mula menanya2 itu ini pasal seminar tu.. dapat banyak tips tak? rugi atau berbaloi achap pegi? dia kata best juga.. banyak gak tips.. berbaloi la mama.. hehehe.. bukan apa.. boleh tahan gak lah mahalnya seminar seharitu.. RM140 untuk semua subjek PT3 dengan sekali makan tengahari.. dah dia kata berbaloi, seronok.. nanti klau ada lagi seminar aku nak suh dia pegi.. cari ilmu.. duit jangan risau.. untuk pelajaran anak2 mama, mama akan sediakan juga.. janji kene ada usaha untuk berjaya..

Doa buat anak2ku..
Ya Allah.. Kau terangkanlah hati anak-anakku dalam menimba ilmu pelajaran, Kau jadikanlah anak2 ku menjadi orang yang soleh dan solehah.. yang hormat dan kasih pada ibu bapanya hingga akhir hayat mereka, yang sayang adik beradiknya, saudaramara nya dan seluruh umat Islam amnya.. jadikanlah anak-anakku insan yang berjaya dan berharta agar mereka mampu membantu insan2 yang memerlukan bantuan.. dan mampu berjihad ke jalanMu Ya Allah.. Amin Ya Rabbalalamin.

Iklan